I still remember masa di sekolah dulu mesti ada tajuk karangan tentang ' the unluckiest day of my life'...At that time selalu merapu n mereka cerita sendiri sebab tak pernah pun ada hari yang sebegitu tidak bernasib baik......
Tak sangka pagi ni boleh lah dikira sebagai pagi yang kurang bernasib baik bagi I........
Izzat is having fever and has to skip school ,so I have to send mimi to school by following her in ummu khatif's car...kalau tak ikut dia tak nak pergi sekolah... After sending her to school, I kena pulak tunggu taxi nak balik ke rumah. Tunggu depan sekolah dah lebih setengah jam sebuah taxi pun tak lalu di situ. I nak jalan jauh dan tahan taxi di tempat lain susah sikit..nak tau kenapa? Harini pulak nak bergaya pakai winter boots hitam bertumit tinggi (2inci )yang sumayyah tinggalkan(mungkin sebab tinggi/lama dia tinggalkan),jadi nak berjalan turun naik bukit amatlah menyeksakan.
Tak lama lepas tu nampak ada bas yang menuju ke University Balqa' yang lalu tak jauh dari tempat I berdiri. I buat keputusan untuk naik bas n berhenti kat mana-mana ambik taxi pulak. Maka melangkah dengan hati-hati takut tergelicuk/terpeliot kaki sebab jalanraya banyak batu kecil...huh siksanya...belum sempat I sampai kat atas bukit bas tadi dah patah balik ikut jalan bawah bukit yang lain...nak lambai memang tak logik sebab bas tengah turun bukit memang laju dan jauh dari I......I turun pulak bukit dan terkedek-kedek jalan, kalau ada orang nampak rasanya memang orang ketawa, dahlah berwinter coat colar berbulu, boots bertumit tinggi, body I pulak boleh tahan, boleh jadi plus size model...hahhah....nak ketawa pun ada, geram pun ada ,selalu senang je dapat taxi depan sekolah mimi.
Nak hilangkan letih kaki turun bukit(susah nak control kaki turun bukit dengan kasut tinggi tau !!) I singgah kat a shop and bought susu, juice, pencils untuk mimi n biscuits. I tanya pakcik arab kat kedai tu senang ke nak dapat taxi, dia tak faham english, tapi faham the word taxi...dia kata ok, ok, and dia kata ada bas ke Ragdan(bas stesyen dekat city centre)..dalam hati I kata nak buat apa ke ragdan sebab rumah I memang very far from ragdan and different direction pulak tu. I decided nak tunggu depan kedai pakcik tu..tunggu taxi yang lalu semua penuh, bas yang lalu memang ke ragdan..ada sebuah taxi yang kosong..tup tup budak lelaki arab pulak yang tahan dan terus naik taxi tu..geramnya...mula ingat diaorang tunggu bas....
I buat keputusan nak jalan naik bukit yang menghala ke jalan utama.. Mendaki bukit semput dibuatnya, sejuk, berhabuk, kasut tumit tinggi, berat body lagi..tercungap=cungap sampailah jugak kat jalan utama...proses menunggu taxi bermula sekali lagi...bayangkan dah sejam I tunggu taxi dari awal tadi hingga kini satu taxi pun tak de yang kosong....dalam hati kata tak kira kali ni kalau ada bas yang lalu kemana saja bas tu pergi I akan tahan dan pandai-pandailah berhenti kat mana-mana dan sambung semula dengan taxi nak balik rumah.sedang berkira-kira macam tu lalulah sebuah taxi dan berhenti depan I ( alhamdulillah , legaaaaaa! !)I kata ada jugak rezeki nak balik rumah. Pakcik tu terus buka cermin pintu depan, dia tanya nak ke mana, I kata abu nuseir, dia kata boleh tapi kena pergi U jordan dulu, rupanya ada penumpang kat tempat duduk belakang...Ok, I kata . . I tak kisah asalkan dapat naik taxi sebab kaki dah menggigil dek kerana penat, naik bukit, turun bukit, naik bukit (serik pakai kasut tinggi)....I duduk depan sebab perempuan arab di belakang ada dengan anak dia sekali.
Lega sikit dapat rehat kaki dalam taxi. Bila dah dekat sampai round-about yang tak berapa jauh dari abu nuseir , pakcik kata tak pe ke dia kena hantar perempuan tu dulu ke Jordan University Hospital sebab anak dia sakit. I kata tak pa. Takkan I kata tak boleh sebab perempuan tu yang naik dulu dari I. Kenalah meredah early morning traffic jam...naik bukit ke University hospital...bayangkan hospital ini on top of the hill, memang besar hospital, siap dengan ramai polis yang mengawal lalu-lintas dalam kawasan hospital..(my 1st time here). Masa hantar perempuan arab dan anaknya di hospital, meter taxi jd3.050, perempuan arab tu nak bayar hanya jd2.50...mungkin sebab dia tau yang pakcik dapat extra money sebab dia ambik I sebagai extra penumpang. Dahlah berbalah pulak depan hospital sampai polis datang suruh segera beredar..I tak pasti berapa mak arab tu bayar sebab I dengar dia keluarkan duit syiling..... I tak faham sangat apa dia cakap tapi dia tak nak bayar penuh. Memang meter tu dia yang punya tambang sebab dia yang naik awal dari I.
Lepas dah hantar mak arab teruslah pakcik taxi hantar I ke rumah...sambil tu dia sembang2...tanya suami I arab ke ( semalam pun ada polis arab tanya I the same question, macamlah arab nak sangat kawin muka I ni..) I malas nak bercakap, dia tanya rumah I ke kat abu nuseir, I kata rumah anak lelaki I( kena 'tipu' jugak sebab arab ni bukan boleh percaya sangat!!),bukan rumah I .
At last, sampailah I ke abu nuseir jam 8.35 , exactly 2 hours after sending mimi to school..perjalanan pergi-balik ke sekolah selalunya ambil masa setengah jam saja... Tak habis lagi ...Pakcik taxi nak I bayar jd3.(biasa jd1.7 sekolah mimi ke abu nuseir)...I Mula ingat nak gaduh jugak macam mak arab tadi tapi I dah malas nak kata apa, keluarkan duit terus bayar dan balik rumah....I siap ucapkan syukran kat pakcik taxi sebab dia yang 'baik hati' ambik I jadi penumpang di pagi Rabu yang malang ini.........
Itu sahaja perkara yang tidak bernasib baik yang I lalui hari ni... THE END.
Wednesday, December 13, 2006
Any Luck Today??........Nope..........
Posted by silversarina at 10:10 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment