BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 25, 2006

EID MUBARAK ...KULLU AM WA ANTUM BI KHAIR...

Kullu am wa antum bi khair...itulah ucapan yang diberikan ketika menerima tetamu atau berkunjung ke rumah sahabat semasa aidil fitri di jordan...mula-mula terbelit jugak lidah nak menyebut tapi selepas zaid tulis atas kertas senang sikit baca, tak ingat refer kertas.....

Sehari sudah syawal berlalu namun suasana raya masih dirasai walaupun tidak berhari raya di kampung halaman tercinta. Di jordan suasana raya agak serupa seperti di malaysia, selepas solat sunat hari raya kunjung mengunjung , ziarah menziarahi sesama tetangga n famili lumrah raya.. tapi cuma di hari raya pertama sahaja....taklah sampai sebulan seperti di malaysia.

raya 1
solat raya di masjid berdekatan , diaorang pegi solat relax je dengan t-shirt lusuh je, tapi hari ni tok imam yang hari biasa pakai jubah, hari ni siap pakai kemeja n neck-tie imamkan solat raya n baca khutbah.
lepas solat our house was full with anak-anak jiran, semua pakai baju n kasut baru, macam kat malaysia, bagi jugak duit raya jd1 je (rm5.20) sorang sebab diaorang pun bagi , ada yang bagi coklat n kad, girls masing-masing bawak purse n handbag...i masak lontong tapi tak offer pun diaorang makan sebab memang diaorang takkan makan sebab kata pedas, daripada membazir bagi diaorang baik bagi yang manis-manis je, Amar anak pegawai askar, my jiran makan popia kecik yang isi serunding, dia kata' harr an nar' pedas macam api, pada hal tak rasa apa...izzat mengomel...allah bagi lidah pada arab ni buat apa entah, rasa benda manis je,...tak pandai guna lidah hehe.....

12 pm pegi embassy , jamuan , duta tak de balik malaysia , kata nak dapat anugerah datuk, yang ada pengarah msd n staff yang lain, ramai betul hadir semua pelajar hadir dengan bas sewa ..dari irbid , mafraq n mutah..masing-masing datang sebab ni je peluang nak jumpa rakan...harini je boleh hepi sikit sebab minggu depan nak exam dah..balik pelajar-pelajar irbid singgah rumah... dekat senja baru balik, tak tidur sebab nak study untuk exam..jumpa azah aziz anak kawan di malaysia yang baru datang buat medic di just...azra pelajar mutah je tidur rumah malam ni... malam lepas maghrib , jiran muna,n muaz datang beraya, lelaki arab kalau raya pakai coat/suit...makan kuih n m inum jus je, diaorang nak rasa kuih malaysia. siang tadi jiran sebelah bagi kuih arab yang isi kurma..alhamdulilah diaorang sudi datang rumah kami beraya...

raya 2

pagi masak laksa n lontong lagi....laksa untuk dibawa ke gathering malaysia with foreigners di ibnu nafeees center tengah hari karang.....
10am open house di rumah ustaz mujahid ( buat Ph D d U Jordan ) di sweileh, makan nasi dagang (orang ganu kite ) sedap...
12.30 pm satu van datang dari mutah, selepas makan lontong, kami semua termasuk gang mutah (memang dijemput jugak ) bergerak ke ibnu nafees center di jubaihah. i bawak laksa yang di masak...banyak makanan kat center ni. jumpa ramai americans n other malaysians/arabs kat sini..sembang n makan..
6.45pm . 22 orang gang malaysians di arjan (di amman jugak ) datang beraya. memang diaorang dah bagitau, i memang balik petang tadi terus masak laksa lagi ....alhamdulillah habis semua..9.30pm selesai...close for the night

raya 3
( belum lalui tapi dah ada planning )
tengah hari open house rumah sahrul n marwah....di sweileh
malam lepas maghrib rumah zul n diana .....di sweileh

raya 4
tengah hari open house kat my house...

itulah pengalaman beraya di tempat orang..alhamdulillah ok

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN.

0 comments: