BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 04, 2006

Amannya Amman di bulan ramadan...

Yesterday kami bukak puasa di cairo restaurant di city centre. Ingat nak beli ikan dan kacang soya. Alhamdulilah dapat beli ikan dan sedikit sotong tapi kacang soya tak dapat sebab kedai banyak yang tutup awal. pergi restoran pukul 6 ptg dah hampir penuh walaupun restaurant tu 4 tingkat. Kami ordered 'ikan masak cina', ayam panggang dan chicken n vege soup. Sedap jugak ikan masak cina tu. Jordan susah nak jumpa seafood, kalau ada pun di aqabah, selatan jordan.

Time bukak puasa padat dan penuh restoran dengan orang lelaki, cuma ada 4 meja yang customers perempuan....ada yang terpaksa berkongsi meje dengan orang 'lain' selain ahli keluarga atau kawan yang datang bersama. Kami berempat nasib baik tak disuruh share meja dengan orang lain.

Tak sampai 6 minit bukak puasa, makcik yang duduk sebelah meja kami dah keluarkan rokok .hai memang tak sabar nak berasap, dia cuba pasangkan rokok dengan lighter yang dibawa tapi tak menyala api...datang seorang pemuda yang entah dari meja mana tolong pasangkan api lighter untuk makcik tu yang nak hisap rokok. I bagitau izzat, hai baiknya pemuda tu buat 'amal jariah' dalam bulan puasa , tolong orang hisap rokok haha. Tak lama lepas tu berasaplah restoran kaherah dengan asap rokok yang ditahan sedari pagi di bulan ramadan ni.

Selesai makan kami solat di masjid hussein yang berdekatan restoran. Pelik sungguh sebab jalanraya yang selalunya sibuk dan bising dengan hon dan deruan kenderaan, sunyi dan kosong, sampai zaid kata boleh baring atas jalanraya...semua buka puasa dan solat di masjid. Suasana nyaman dan sunyi di bulan ramadan membuatkan hati sayu dan sayang nak tinggalkan bumi jordan jika sekiranya terpaksa meninggalkan negara ini untuk pulang ke tanahair...

Sewaktu di dalam restoran yang biasanya tingkat atas hanya untuk keluarga dan wanita tapi semalam dipenuhi orang arab bujang. kami meja malaysia dan ada 2 meja lagi orang indonesia yang ada perempuan beserta 1 meja makcik arab yang hisap rokok tu. Baru semalam i perhatikan dan amati ramai jugak lelaki arab yang hansome and macho, dengan kening yang cantik terlukis dan lebat serta hidung yang mancung...selama ni i pandang tak pandang orang arab sebab rasa macam biasa je muka diaorang tapi semalam baru 'discovered ' that arabs ramai yang handsome....harap my hubby tak marah i tengok n admire muka arab hahaha..

Best jugak bukak puasa di bandar atau dikenali dengan balad. Nanti nak pegi lagi sebelum ramadan tamat sebab semalam we all tak bawa kamera...Nanti dekat raya my hubby balik jordan boleh pergi balad lagi...My hubby balik tanahair hari ni ...urusan kerja dan peribadi selama 2 minggu sebelum balik beraya di jordan bersama kami. Safe journey to him, amin. I dah pesan suruh bawa balik kuih tat nenas n almond london kegemaran kami sekeluarga n barang grocery bila dia balik ke jordan nanti..harap dapatlah merasa tempe n tauhu...i bukan jawa tapi memang miss those jawa stuff...

This afternoon sumayyah sent a few photos of hers and palaces in seoul, so beautiful...I'm glad that she's ok n dah pandai guna subway n buses to get around in seoul.Next week she'll be going to KNU in daegu to start her korean class.

My second child, safiyyah from ukraine bagitau 2 hari lepas dia terpaksa buka puasa sebab nak makan ubat demam n sakit tekak serta batuk...mungkin musim demam. Lagipun dia bagitau sekarang dah pergi hospital ( observing ) since she's now in second year.I hope she'll take care of herself because kat hospital macam-macam penyakit ada.

My eldest son zaid baru balik mutah tadi, sempat i masakkan ayam masak kurma n sweet sour ikan untuk dia berbuka bersama housemates . Dia bawa balik vcd 'mutah in memory' yang dia sendiri terbitkan untuk dijual di mutah. Dekat seminggu dia pulun edit n produce vcd ni. Harap berjaya percubaan pertama bisnes vcd ni. Baru kejap tadi dia sms bagitau dia dah bertolak ke mutah naik coaster tapi malang dapat duduk sebelah pak arab yang hangit bau ketiak, terpaksa tahan hidung. I balas balik sms, janganlah ayam masak kurma yang i bekalkan lekat bau ketiak arab tu..zaid balas balik kata nanti sampai mutah ayam masak kurma jadi ayam masak ketiak..hehe i balas balik suruh dia cium puas2 ketiak arab sebab nanti kalau balik tanahair tak dapat cium dah...memang kalau yang hangit tak tahan dibuatnya nak terloya..kat kedai banyak jual minyak atar tapi pelik ramai yang tak guna...itulah arab.

Harap tak kurang pahala puasa mengata arab di sini.Ramadan terasa berbeza , Amman terasa lebih aman dari biasa...I love Amman yang aman.

0 comments: