Yesterday we all makan very 'hot' pizza di pizza corner not far from my house.Arab punya harr or hot pizza tak rasa apa, siap waiter tu reminded us that the pizza that we chose harr jiddan, i kata kat zaid ma tak caya pedas, just order , memang tak pedas langsung, arab memang tak makan pedas, so bila pizza tu ada cili slices dia kata pedas sangat. Selalunya we all just call for pizza delivery but yesterday kami mula-mula pegi mecca mall, ingat nak beli kasut baru mimi, sibuk nak snicker barbie pulak, rupanya semua kedai di mecca mall tutup awal, kami tiba pukul 5pm dah tutup semua kecuali fast food restaurants yang buka n ramai dah orang duk menunggu nak buka pose walaupun lambat lagi masa berbuka (6.13pm). I dah muak makan those fast food , so kami patah balik ke kawasan Abu Nuseir dekat dengan rumah n singgah di pizza corner untuk berbuka...Sekali lagi bila masuk waktu berbuka those arabs buka dengan kurma (sunat) tapi after that terus grabbed that damn rokok,rokok,rokok, semua termasuk waiters hisap rokok. Kami berempat makan 2 regular pizaa(terpaksa izat habiskan ), arab sebelah meja 2orang makan 3 regular pizza, habis semua. memang hebat arab, badan kecik je...
Sewaktu dalam taxi nak balik rumah lepas berbuka , i saw a few buses yang parking dekat dengan masjid, bila kami sembang kemungkinan kenapa banyak bas di situ, drebar taxi macam faham je, dia terus menyampuk yang bas-bas tu nak bawa jemaah umrah dari perumahan kami ke mekah . Wah bestnya kata dalam hati dapat buat umrah bulan ramadan. many jordanians go for umrah by land sebab dekat je ( 24hours jugaklah dekat pun ) n cheap. Macam i tak boleh pegi sebab visa tourist , dia kena ada PR baru boleh ikut pakej umrah dari sini.
Bukan apa dah hampir 10 tahun i tak menjejakkan kaki ke mekah n madinah, first pegi with darling hubby 1995 , last pergi 1 family 1997, semua pergi except mimi yang belum lahir lagi...Rindu nak lihat kaabah, rindu nak pusing tawaf keliling kaabah, rindu nak saie safa marwah n rindu nak ziarah maqam nabi dan para sahabat. RINDUUUUU .
Teringat kali pertama menatap kaabah tak tertahan air mata terharu meresap ke sanubari, bila lihat anak-anak kecil berlarian di hadapan kaabah, terus menadah tangan berdoa agar ALLah murahkan rezeki agar kami dapat membawa anak-anak bersama di lain masa. Kuasa ALLAH, 1997 kami datang semula bersama semua anak-anak, zaid waktu tu 11tahun, safiyyah 10, sumayyah 8, izzat3.Kami sunatkan izzat segera sebab senang urusan umrah(pakai full bius sebab kecik lagi ). Alhamdulillah anak-anak semua faham apa yang dikatakan buat umrah, apa yang perlu dilakukan, kat mana nak miqat, apa itu ihram dsb. Izzat yang kecik pun tau n dia dapat buat a complete umrah by himself, pakai ihram dari mula sampai habis selesai satu umrah.Orang lain i, my hubby, zaid, piah, sumi semua dapat completekan 11 times umrah,alhamdulillah. I masih ingat sumi takut betul dengan drebar bas, pakcik arab mustafa yang badannya besar , berjambang, suara garau, garang selalu jerit IJLIS, IJLIS suruh semua duduk dalam bas sebab dia nak pastikan semua ada dalam bas.BIla dia tau nama sumayah terus dia baik sebab anak diapun nama sumayah. Kami panggil pakcik unta sebab tak henti mengunyah chewing gum n sekali minum air habis satu flask, dahlah hari panas dia minum teh panas berasap satu flask sekali minum. Hari terakhir kami belikan serban pada pakcik unta(rugi tak bawa apa-apa dari malaysia ). dia tersenyum gembira. Bila berhenti rehat, dia hadiahkan sumayyah 10 gelang n rantai n air jus entah berapa botol...tak sangka sungguh sampai begitu dia balas pemberian kami yang hanya 10riyal je. Ada budak-budak lain yang pergi sekali umrah bersama kata, tak acilah asyik sumayyah je dapat banyak hadiah...nasiblah..rezeki sumayyah.
I masih ingat malam terakhir kami saja nak buat tawaf sunat, pergi hampir tengah malam ,kurang orang dalam kawasan masjidil haram, tengah kami tawaf, tiba-tiba seorang lelaki yang macam muka pakistan jatuh secara tiba-tiba betul-betul sebelah kaabah, kami panik tapi tak berhenti sebab tengah tawaf, kalau berhenti pun bukan tau nak buat apa, ada seorang perempuan iran ( dari cara berpakaian) terus pergi kepada lelaki tu serta beberapa orang polis, terus that lady kata , i'm a doctor. Di pusingan seterusnya kami lihat lelaki tu diangkat ke tepi tanpa bergerak..di sini kematian memang senang sangat berlaku.
Selepas melihat kejadian tersebut berlaku di depan mata, hati dan fikiran mula berkata, dan befikir, alangkah baiknya kematian lelaki tadi, dahlah sedang beribadat, tawaf, dah pulak tu betul-betul sebelah kaabah, baitullah, apa lagi yang mahu dipinta selain daripada kematian sebegitu..i tak pernah terlintas agar Allah ambil nyawa semasa tawaf...selepas tu i mula berdoa agar kalau ajal i tiba i nak i sedang beribadat kepada NYA,amin.
Dalam menjalankan ibadah puasa ramadan yang hampir kepenghujungnya, i sentiasa berdoa agar diberikan kelapangan untuk mengerjakan haji pulak, yang buat masa ni kami perlu memberi priority kepada anak-anak menuntut ilmu demi masa depan mereka jua .. InsyaAllah satu hari nanti (harap dalam masa terdekat !!) kami dapat menyahut panggilan haji dan menyambut lambaian kaabah yang dirindui selamanya, AMIN.
Thursday, October 12, 2006
Lambaian Kaabah
Posted by silversarina at 6:20 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment