Harini best sekali dapat melawat the royal automobile museum yang di dedikasikan khas buat almarhum king hussein, king jordan sebelum king abdullah sekarang. Terletak tak jauh dari rumah i , king hussein park ni baru lagi dibuka , taman yang amat luas yang terdapat pelbagai tempat rekreasi seperti gelanggang futsal, basketball etc, king hussein medical center n yang i pergi semalam museum kereta2 yang pernah digunakan oleh king hussein semasa hayat baginda. wow,wow!!! itu saja yang dapat i luahkan bila lihat koleksi kereta dari mercedes benz, ferrari, rolls royce, jeep. motorbikes, n pelbagai jenama kereta yang i tak pernah tau , all together more than 200 automobiles. Kebanyakan adalah hadiah yang diberikan kepada baginda n kebanyakannya hanya digunakan a few times...waduh, keliur tengok kereta-kereta tu, kalau dapat sebuah pun rasanya tak duk rumah , kereta jadi tempat tidur n shelter haha.
Lepas melawat museum kereta pergi pulak ke mukhtar mall, pusat belilbelah baru buka , oklah jugak harga barang2 yang rasanya dikhaskan untuk orang jordan berbelanja sebab unlike mecca mall yang mahal macam di klcc, this mukhtar mall sederhana harga barangannya,mampu dibeli oleh jordanian yang gaji tak berapa besar, tempat dream park kanak-kanak pun murah , dengan hanya 10 kurusy (52 sen malaysia ) boleh main satu permainan, puaslah jugak mimi main , izzat n zaid main bowling yang hanya jd1.5 sebelum buka pose n jd2.5 selepas buka pose. Yang hairan tokeh tempat permainan china sama seperti di aman mall..sudahnya orang arab jadi kuli cina yang memang pandai berniaga tak kira di mana.
Kami berbuka di mukhtar mall, i n zaid makan set lasagna di simply italian restaurant , izzat n mimi mcD. Selepas solat maghrib terus balik dan sampai rumah azan isyak baru dilaungkan. Jordan ni sedang membangun so hidup tak lah sunyi sangat sebab banyak tempat menarik yang boleh dilawati....
Monday, October 09, 2006
Bestnya kalau ada kereta raja....
Posted by silversarina at 1:24 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment