Mimi n i have just come back from the Palestinian Refugees Camp in Baqa'ah. The trip was organized by Ibn Nafees Center for Scientific Research & Women Studies , pusat yang diselenggara oleh one malaysian lady, Nurhana. Alhamdulillah , kami bertolak 10.30am dari pusat itu dan tiba di baqa'ah camp half an hour later. The bus was packed with 50packeges of grocery stuff and around 20 boxes of household goods together with 2 americans, 1 from sri lanka, 1 dari filipina, 4 malaysians including mimi n 2 jordanians. When we reached Baqa'ah town, we stopped by the center (office) for the refugees camp and 3 male officers came along with us with list of names(orphans) and houses that we would distribute the goods that we brought.
We first stopped by a house with 14 people living together . Oklah jugak rumah ni taklah teruk sangat. Kami singgah dalam 12 buah rumah yang ada antaranya tak berbumbung dan kebanyakannya atap zink yang dah karat. I tak dapat bayangkan macamana mereka tinggal dalam musim sejuk...memang tak boleh imagine..Kasihan...Dahlah lari dari perang dan jauh dari tanahair, kem yang dah wujud 50 tahun lalu tak terbela, mereka kekal dengan status pelarian perang tanpa adanya proper planning to upgrade their lives. Ramai yang datang meminta wang dan makanan yang kami bawa tetapi hanya yang berdaftar di bawah pusat kem pelarian baqaah yang layak menerima barang2 yang kami bawa. Kami hanya sempat singgah 12 buah rumah sahaja kerana waktu tidak mengizinkan. Barang selebihnya akan di agihkan oleh camp tu sendiri. Keadaan di situ amat menyedihkan , there are thousands of houses yang bersesak-sesak macam rumah teres yang setiap satu berlainan bentuk dan saiz, bau tak usah kira, setengahnya hancing terhidu dari dalam bas. Selain dari barang-barang diagihkan ada di antara kami yang memberi sumbangan wang secara peribadi kepada golongan tua yang ada dalam setiap rumah yang diziarahi.
For me amat malang umat Islam dilayan sedemikian rupa, macam tak percaya dalam dunia arab yang kaya raya dengan limpahan rezeki yang Allah beri dari hasil perut bumi( Jordan tak de minyak , tak boleh salahkan Jordan keran membiarkan pelarian palestin tinggal di camp tersebut). Yang i maksudkan negara2 arab lain , apalah salah membantu dan beri tempat tinggal serta peluang pekerjaan kepada mereka agar dapat mereka hidup dalam keadaan selesa. Macamana nasib masa depan nak-anak kecil yang tinggal di situ...Menurut Nurhana that's not the only camp yang ada di jordan. tapi banyak lagi pusat kem pelarian palestin yang senasib dengan camp yang ada di baqa'ah.... Agaknya sampai bila mereka akan hidup sedemikian..
Ramadan yang hadir dapat jugak sedikit sebanyak mengubat luka kesengsaraan hati mereka ..berlalunya ramadan nanti tak siapa tahu...masih adakah NGOs yang datang ziarah dan menghulurkan bantuan kepada mereka..Sebak dada melihat mereka bangsa arab yang amat dikenali dengan limpahan kekayaan hidup merempat ,rumah tanpa bumbung tempat berteduh .
I masih ingat jika tahun lalu di malaysia i dikejutkan dengan sebuah rumah yang i ziarah tidak berbumbung dan rumah terpaksa dipotong sekerat akibat kerakusan tuanpunya tanah tidak memberi kebenaran separuh rumah berada di atas tanah nya. Terpaksalah Cek Ngah Jah ( bukan nama sebenar ) memotong separuh rumah nya , jadi yang tinggal hanya bahagian rumah yang berada di atas tanah rezab sungai kerajaan..I memang tak sangka jiran-jiran yang agak mewah yang tinggal di sekeliling buat tak endah membiarkan ibu tunggal ni duduk dalam rumah yang separuh berbumbung...Menitis air mata sewaktu bersalaman sambil sumbangan dihulurkan . Itu juga berlaku dalam bulan Ramadan...I tak tau sekarang ni dah berbumbung penuh belum rumahnya sebab sebelum i pindah ke jordan ada hamba Allah yang sanggup membantu meringankan bebanan keluarga Che Ngah Jah .
Pendek kata di mana sahaja ada saja insan yang memerlukan sumbangan material dan sokongan moral untuk terus menjalani kehidupan seharian.Kadangkala kita lalai dengan dunia syok sendiri...wang, harta, anak-anak yang berjaya ..tetapi ingatlah bahawa itu semua pinjaman dari Allah dan dugaan kemewahan yang jika tidak disertakan dengan ketakwaan akan membinasakan kita semua akhirnya.
Bulan Ramadan yang telah seminggu bersilih ganti diharapkan akan lebih banyak menyedarkan diri ini agar selalu bersyukur dengan segala apa yang Allah kurniakan. Jangan sentiasa mengharapkan kehidupan yang perfect at all time, nobody's perfect but ALLAH THE ALMIGHTY.
Thanx a lot to Ibn Nafees Center n Nurhana for giving me a chance to go to the refugees camp n learn the facts of life here in Jordan...Thank you.
Saturday, September 30, 2006
Baqa'ah Camp for Palestinian Refugees....Ramadan Kareem
Posted by silversarina at 2:42 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment