BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 20, 2006

Di ambang Ramadan

Pejam celik pejam celik lagi 3 /4 hari lagi umat Islam seluruh pelusuk dunia akan menyambut ketibaan bulan Ramadan yang mulia Kali ini kami sekeluarga akan berpuasa di bumi asing. I, zaid, izzat n mimi(tak pose kecik lagi) puasa di jordan, my hubby puasa di abu dhabi, safiyyah di ukraine n sumayyah di korea. Berpecah lagi seperti tahun lalu, malaysia, jordan, ukraine, abu dhabi, kini malaysia diganti dengan korea.

Tak sangka setahun ke setahun semakin anak-anak membesar semakin banyak tempat dan negara yang diduduki oleh my family. Bermula dari 1 negara, jadi 2,3 dan kini 4.

Walau apapun, puasa tetap puasa tak kira di mana kita berada. For me , ini adalah negara asing kedua selain malaysia yang i pernah berpuasa. 4 tahun di Washington DC semasa belajar dulu, i puasa semuanya dalam musim panas, buka puasa dalam kelas dengan 'air gas'. curi keluar kuliah untuk solat maghrib sebelum sambung semula kelas..balik rumah baru makan and solat tarawikh . Di US dulu tak terasa langsung ramadan tiba, maklumlah umat islam tidak besar jumlahnya.

Kali ini Ramadan terasa benar akan menjelang. Anak-anak jiran heboh menanyakan samada kami berpuasa tak di malaysia. Mereka menunjukkan poster yang mereka lukis dan warna , poster menyambut Ramadan, sampai macam tu sekali. BIla i tanya tahun lepas habis tak puasa, Salim anak jiran sebelah kanan rumah kata dia puasa 'nus' atau separuh saja... I bagitau dia tahun ni mesti habis sebulan sebab dah strong, ok, dia jawab. Anak-anak jiran perempuan yang lain Hanin n Manal, semua habis puasanya. Satu perkara yang puzzles me , boleh ke orang arab tahan tak hisap rokok masa ramadan. Di Jordan, boleh kata 99/100% rakyatnya hisap rokok, perempuan pun tak kurang ramai yang merokok. Kami selalu komplen tentang merokok, satu hari anak jiran sebelah kiri, Muhammad tanya pada izat, orang di Malaysia tak hisap rokok ke? Izat jawab ada yang merokok tapi taklah di semua tempat merokok. Muhammad jawab balik , dia kata di Jordan 'kullu' semua merokok tak kira tempat. Yang pelik setiap kali naik teksi, pemandu teksi mula nak merokok. Entah berapa kali anak sulung i zaid lecture drebar teksi pasal merokok....nasib baik setakat ni tak kena penumbuk lagi dengan drebar teksi...Baru-baru ni waktu hantar safiyyah balik ke Ukraine, sewaktu di Queen Alia International Airport...ada seorang pakcik arab hisap rokok betul-betul bawah signbord 'no smoking'... tempat lain jangan heran lah, berasap walaupun berkali-kali kedengaran larangan no smoking di kawasan airport.

Ramadan bakal tiba, udara di jordan terasa semakin bersih tanpa asap rokok.Itulah kuasanya ramadan. Masing-masing berebut mahu mendapat pahala puasa. Kalau di Malaysia jarang terdapat poster dan signboard ucapan selamat berpuasa(kalau ucapan selamat hari raya penuhlah ) , tapi itulah realitinya di Jordan ni , especially around my housing area, kedai-kedai siap pasang banners selamat menyambut ramadan and ada yang siap ruang baru untuk jual kurma(mahal di sini ) dan serba jenis kekacang untuk bulan puasa.

Apapun, i really hope my family will strive our best dalam bulan ni untuk dapat rahmat dan keampunan dari Allah swt, INSYAALLAH....Amin.

0 comments: