Pagi yang dingin dengan hujan membasahi bumi I mulakan hari yang ini dengan rasa syukur tak terhingga ,Alhamdulillah kerana dapat bersama suami dan anak-anak sebagai pelengkap kehidupan . Pagi ni baru terasa sihat dan segar selepas pulang dari tanahair, semalam sewaktu ke safeway membeli grocery rasa macam nak pitam dek kerana sesak hidung dan panas muka dan badan, rupanya I demam(jarang sekali demam ). So last night I masuk tidur awal selepas ambil ubat dan pagi ni bila segar sikit my darling hubby minta buatkan breakfast. I tengok my kitchen dah clear/bersih , semua pinggan-mangkuk siap berbasuh. My darling yang buat semua tu malam tadi sebab dia tau i memang betul2 tak larat .So I prepared our breakfast , roti+sausages+tauhu goreng+cucur serunding ikan bilis +kuah kacang sebagai pencicah +jagung manis +biskut tart nenas+milo+air suam. Lama tak breakfast bersama darling..ingat dulu di kemaman kalau hari sabtu kami (hanya my hubby n I ) akan breakfast di luar , hampir semua restoran di kemaman ,kerteh, cherating telah kami kunjungi .Kat amman ni jarang ada restoran yang buka awal pagi , itupun kalau ada breakfastnya hanya roti n khumus(kacang hijau blended), so memang I kena masak/sediakan breakfast.
Pagi semalam kami ke pusat servis motorola di Garden street sebab my hp yang my hubby baru beli di abu dhabi tiba-tiba screen nya blank. Dah cuba betulkan tapi masih camtu. Oleh kerana hp ni intn'l warranty kami ke kedai motorola di amman. Nak cari kedai ni satu hal, pekerja dahlah cakap english merangkak-rangkak, lepas tu dia kata cabel rosak dan suruh kami ke motorola outlet yang satu lagi di 8th circle yang agak jauh dari situ. Then my hubby kata kenapa tak diaorang yang contact dan uruskan hal tu, dia kata tak boleh, kami kena uruskan sendiri. Pastu my hubby minta dia tanyakan agen yang satu lagi samada diaorang ada kabel yang dimaksudkan agar kalau kami pergi nanti ada alatnya. Pekerja tu kata dia tak boleh call agen tu sebab they are under 2 different companies(motorola agents !!! ). I pun masuk campur and minta dia call jugak that agent. I kata I tak deal dengan company sesiapa but I deal dengan agent motorola.Akhirnya pekerja lelaki di situ called and di sana pun tak de kabel yang dimaksudkan. Then dia kata kena tunggu dia order kabel and dia akan call me bila ada alatnya nanti tapi tak tau berapa lama. I kata I baru beli hp ni tak sampai 2 minggu dan memang perlu gunakan hp . Selepas berdolak-dalih dia akhirnya kata dia akan cuba baiki my hp dan akan siap dalam masa satu jam.....???? Memang siap dia baiki dalam masa sejam. Memang arab ni pemalas, tak pandai business, kaki putar belit. I bagitau my hubby arab ni banyak persamaan dengan orang melayu, selalu cari alasan malas nak buat kerja. Kalau arab ni kerja dengan tauke cina baru dia tau, lama dah kena buang kerja.
After that kami ke al mawed travel nak refund air ticket sumayyah(kami ambik return ticket) sebab dia tak de cuti panjang nak balik ke amman tahun ni. Mr Tariq agen al mawed yang dah biasa dengan kami selesaikan urusan ni dengan baik.Then I booked ticket untuk safiyyah yang akan balik ke amman jun ni dari ukraine dan akan ke sana semula akhir ogos. Booking jugak untuk 3 sahabat safiyyah yang akan ke amman cuti nanti sebelum pulang ke malaysia dari sini. I booked jugak seats untuk kami sefamily except sumayyah julai nanti nak melancong ke Egypt. Harap semuanya berjalan lancar sebagaimana yang dirancangkan.
Pagi semalam Zaid started 'jelajah jordan 07 ' tour yang dia kendalikan . Alhamdulillah kali ni seramai 96 peserta/pelajar mengikuti tour pakej selama 5 hari. Harap semuanya berjalan lancar.
Safiyyah dah habis exam, alhamdulilah semuanya lulus. Dia tengah bersiap nak melancong ke Italy, Hungary, Poland bermula 2 feb ni bersama 10 orang yang lain. Happy holiday dear.
Sumayyah baru selesai mid-term exam dan baru balik dari ski-trip yang dikelola oleh pusat bahasa KNU selama dua hari di Phoenix Ski Resort 4 hours from daegu and 1 hour from seoul. Lenguh-lenguh badan dibuatnya but dia happy sangat puas main salji.
Izzat dan Mimi dah mula bercuti 2 minggu dan kami semua akan join ' jelajah syria 07' tour dari 4- 8feb ni juga dikendalikan oleh zaid. 9 feb my darling hubby akan pulang berkelana di island kesayangannya........
Tuesday, January 30, 2007
Indahnya hidup ini...
Posted by silversarina at 7:19 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment