16Jan07, 1.30pm Etihad Airways landed at KLIA and guess what..it's the first etihad flight coming to malaysia from abu dhabi( I transit at abu dhabi from Amman). Before the aircraft came to a complete stop, kereta bomba airport meraikan ketibaan kami dengan 'merenjis mawar' . My seat was dekat window and the kereta bomba menghalakan hose dan terus siram etihad sampai habis air. Masa tempah tiket I ingat I hanya naik flite etihad bilangan ke 2, rupanya it's the launching flite. Masa turun dari flite I disambut dengan deretan truly malaysians with truly malaysians costumes and dapat gift pax visit malaysia year 2007. It was such a very warm welcome(bukan sambut I, diaorang sambut a bunch of young emirates (bising bagai nak rak duduk dalam flite macam tak pernah naik flite!!! ) yang datang sebagai vips for this launching flite. Tapi tak pelah , I tumpang happy dapat sambutan macam tu setiba di tanahair, siapa sangka kan.... I terus ambik KLIA - Ipoh express bus and reached Ipoh at 6.30pm. Memang I sengaja nak naik bas sebab I balik sorang and pulak tu hari bekerja so tak nak bother sesiapa datang jemput sebab bas direct sampai Ipoh only cost me RM42. Dalam perjalanan ke Ipoh I rasa happy sangat sebab apa tau ...I dapat lihat pohon-pohon hijau seluas mata memandang..I rindu betul pada pokok/pohon hijau.....
Sampai rumah my mom I was shocked to see my mom had lost a lot of weight. She's been sick for almost a year (penyakit misteri/reality ) , I could see her tears flowed down her cheeks and she said that she's been waiting for me to come home because she missed me a lot.I didn't say anything except hugging and kissing her.Alhamdulillah sampai juga I ke rumah yang telah agak lama tidak dikunjungi berjumpa dengan orang tercinta.
My mom sihat dari segi fizikal sebab jantung dan darah tinggi dah ok lepas buat pembedahan memasukkan belon and dia pun dah boleh berjalan dengan sendiri tanpa mengunakan kerusi roda dan bantuan Ina helper Indon yang jaga my mom. Cuma I rasa my mom is not that spriritually/mentally well sebab sejak tahun lepas puas sudah my siblings berubat nak baikkan my mom selepas dirasuk /saka (I tak tau nak expain but it was awful !! ) So, bila I cakap dengan my mom dia macam tak berapa concentrate and kalau dia nak kan sesuatu dia insisted nak jugak apa yang dia mahu.She's too bossy with Ina the maid.She eats a lotttt. I bersabar sampai hari ke 6 I mula bersuara apa yang I rasa tak betul(terlalu complicated, biarlah I saja yang tau !! ) Samada my mom terima atau tak pendapat dan teguran I terpulanglah.Lepas tu I hanya perhatikan danbiarkan apa yang dia lakukan sebab rasanya tak berbaloi I tegur sebab I akan balik dan dia akan tinggal di situ balik seperti sedia-kala. My brother masih dalam proses untuk memulihkan ingatan my mom, tapi menurutnya mom banyak dah baik nya berbanding setahun yang lalu yang my brother described "mak macam exorcist "...kesian my mom.
I sempat ziarah my mom-in-law yang sekarang ni tinggal di bota bersama kakak ipar I selepas my biras meninggal dunia 3 months ago. My mom ni kena stroke 12 tahun yang lalu(waktu izzat masih kecil ) dan pernah tinggal di rumah I hampir 3 tahun di kemaman . Serupa macam my mom, dia tinggal dijaga oleh an indon maid. I tak sangka bila I salam n peluk dia, my mom menangis /meraung dan merangkul tubuh I dengan sebelah tangan (hanya sebelah yang boleh bergerak ) I memang tak sangka. Dia tanya I " Berapo lamo dah ekau duduk sano?" ...sambil meraung (dia orang rembau )...dia kata lagi " Tengoklah omak ni, tangan tak boleh bergorak do, kaki tak dapek nak bangun sendiri "..sambil menepuk-nepuk kaki dengan sebelah tangan yang boleh bergerak.I tak dapat menahan sebak dan sedu, airmata menitis jatuh di pipi , sedih dan pilu(masa menaip ni pun sebak menitis air mata teringat dialog ni !! ) I hanya menjawab menenangkan dia bahawa tak pe dia tak perlu susah-susah nak buat apa-apa sebab akak dan helper ada untuk menjaga mak. I doakan agar mak serta akak tabah dengan apa yang berlaku.Amin.
I hanya sempat ziarah bapa/mak saudara yang berada di Ipoh , itupun atas jasa baik my brother yang ambik cuti untuk bawa I berjumpa keluarga . I tak sempat menjengok my house and friends di kemaman ( takpelah rumah memang ada orang yang menjaganya ) sebab masa hanya sebentar (12 hari termasuk travelling days ) dan my darling hubby tak benarkan I ambik my car di kemaman and drive my self macam dulu-dulu sebab dia bimbang kat malaysia musim hujan.Jadi pergerakan I sedikit terbatas dan terbantut.Apapun back to my ultimate plan balik malaysia nak ziarah mak yang uzur.
Semasa 2-hour-outing dengan my sister-in-law nak cari barang-barang keperluan untuk dibawa balik ke amman, akak bawa i makan laksa di warung di bawah pokok di kawasan silibin, ipoh. Waktu I duduk menanti makanan yang dipesan tiba, I terasa amat kekok dan terasing, tak tau kenapa. Suasana persekitaran yang amat asing bagi I ...dah berzaman I tak makan di warung ( even waktu di malaysia I tak biasa )dengan wanita/perempuan/lelaki/tua/muda bergurau dan bercakap bahasa perak (walaupun I orang perak I tak tau cakap perak sebab tak membesar di perak ) I terasa macam terkena cultural shock....Kiralah mana ada orang arab di amman yang duduk-duduk makan sesama lelaki perempuan di tempat terbuka ..begitu asing...rasa macam oh my god, this isn't right, this isn't my way...rasa macam tak boleh nak kunyah makanan....memang I tak habis pun makan...Lepas tu masa sumayyah called me from korea, i told her what happened that day ...dia pun kata ...patyutlah orang malaysia yang kahwin dengan orang arab yang tinggal di negara arab memang ikut cara hidup arab...tak de macam melayu..agaknya kalau lama lagi ai tinggal di negara arab.. i pun akan jadi orang asing di negara sendiri. Suasana begini i tak rasa bila masa i balik dari Us dulu sebab tiada perbezaaan ketara antara US and malaysia in terms of social/behaviour/culture....
I jugak sempat ke KL berjumpa my eldest sister and my youngest brother yang. Akhirnya kami bertemu 5 beradik setelah sekian lama tidak berkesempatan berkumpul bersama . Kami bergambar dan bersembang(my mom pun ikut sama). I jugak sempat bertemu brother Zairemy yang(anak angkat my sister / senior yang bantu gsumayyah di korea yang telah tamat belajar dan telah mula bekerja di Malaysia )...Gembiranya dapat bersama family.
Itulah lebih kurang apa yang sempat I lakukan dan alami di Malaysia dalam masa 10 hari.Walupun banyak 'benda' yang i tak dapat rasa/beli (biarlah rahsia) sebab I tak nak menyusahkan orang melayan I , lain masa I balik dan layan diri sendiri dan beli dan rasa apa yang I ingin makan/rasakan .I tak terkilan sebab yang penting I dapat berjumpa mak dan famili. Bagi sahabat-sahabat yang I tak sempat jengok dan ziarah harap kalian mengerti dan faham situasi I..insyaallah bila i berpeluang kembali ke tanahair i akan pergi berjumpa kalian semua .
Kepada kak idah/abang amir, kak nor/abang khalil, abang chaa/kak yam, jai/lynn, akak noriah, ina helper, dan semua saudara mara dan jiran-jiran di tanahair yang telah bersusah payah menjaga dan merawat mak berdua, I ucapkan jutaan terimakasih di atas segala jasa kalian , hanya ALLAH yang dapat membalasnya. I memohon jutaan maaf kerana tidak dapat bersama kalian menjaga mak tapi ketahuilah DOA sentiasa dipohon agar mak sembuh dan kalian beroleh berkat dari ALLAH MAHA PENYAYANG.
0 comments:
Post a Comment