BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 05, 2007

Being a Motivator Again???

Jemputan menjadi motivator kepada ahli PERMATA (Persatuan Mahasiswa Malaysia Mu'tah ) pada awalnya ditolak kerana telah lebih setahun I memencilkan diri di bumi Jordan dan rasa tidak mahu berkecimpung di dalam arena HRM ini lagi . Hidup rasa amat selesa kerana dapat 'berehat' dan hanya melayan diri dan famili sendiri.

Setelah meminta sedikit masa untuk berfikir samada mahu menerima jemputan itu atau tidak I akhirnya I bersetuju menjadi free lance motivator semula . Dengan masa yang diberi amat singkat iaitu hanya 4 hari preparation I kembali mengadap PC mencari bahan yang sesuai untuk dibicarakan beserta aktiviti indoor yang memang I amat suka berkongsi dengan setiap para peserta program . Sewaktu berpindah ke jordan I tinggalkan semua sekali bahan 'motivasi' kerana dalam fikiran tidak akan terlibat di bidang ceramah motivasi ini lagi.

Alhamdulillah dengan bantuan Zaid I dapat menyiapkan bahan untuk slide show dan bahan bercetak .

Malam tadi I menjangkakan hanya sedikit pelajar yang hadir sebab cuaca sejuk. Setibanya di Dewan Wisma Negeri Sembilan, nervous jugak bila mendapati lebih dari 70 orang pelajar hadir. Program solat hajat dan motivasi peperiksaan bermula pada waktu maghrib dan my slot ceramah motivasi bermula pada jam 6.15pm .

Alhamdulillah selesai ceramah, feedback dari peserta amat positive, selama 2jam I berceramah ditemani slide shows dan mind stimulative games I kembali bertenaga dan terasa semacam baru semalam meninggalkan bidang ceramah ini. Ini semua kuniaaan Allah yang telah memberi jalan dan kekuatan melaksanakan tugas kepada yang memerlukan.

Maybe this is a fresh start but I don't know whether I nak teruskan memberi khidmat kepada pelajar malaysia di bumi Jordan ini atau tidak . I just wanna wait and see and kalau ada yang memerlukan bantuan, I might consider to assist. Thank s a lot to PERMATA for inviting me.

Actually I memang amat berminat di dalam bidang HRM ( my major masa kat U pun ) .

Am I keen to be a motivator again???? Keep the answer to myself.........

0 comments: