Just got back from the police station to have my visa stamped for another 2 months . The police station is just 3 minutes by taxi , but I'm not willing to walk because my housing area is very hilly.
Setiba di hadapan balai polis, kami (I, mimi n zaid )disambut oleh police guard yang amat muda dan setelah mendaftar nama dan manyatakan tujuan, kami di benarkan masuk menuju tingkat kedua tempat sambung visa. Di atas ada 3 orang polis yang bertugas, seorang man and 2 women. Cantiknya kedua-dua policewomen tu dan mereka bekerja dengan senyuman , beberapa soalan ditanya dengan bahasa yang lembut dan sehingga selesai urusan masih tersenyum(polis backhome susah senyum!! ). Salah seorang dari mereka tanya adakah I kakak Zaid( wow!! entah kali ke berapa soalan macam ni ditanya pada I atau pada Zaid )I kata I mama Zaid, kedua-dua bisik-bisik kata mudanya mama zaid.Kemudian kami turun ke tingkat bawah untuk mendapatkan tandatangan pegawai atasan yang bertugas, terus je pegawai polis tu tanya zaid, adakah I isteri Zaid dan mimi anak Zaid...wow!!wow!! kali ke 2 dalam masa beberapa minit soalan perasan ditanya...kali ni lagi hebat perasan, tadi kakak ..yang ni isteri...( tapi kalau mimi anak zaid=my cucu, ish,ish complicated )yang kelakarnya baru pagi tadi zaid bagitau sumayyah yang kawan-kawan dia di mu'tah ramai yang kata dia baby-face, cute. Ha I kata pada zaid sapa yang baby-face ni , zaid ke mama. Those 2 questions yang polis tu tanya membawa dua maksud...samada I nampak muda atau zaid nampak tua...INi dah kali ke berapa orang jordan sangka I isteri/kakak Zaid sebab kami selalu jalan bersama sebab my hubby jarang ada di sini. Bila I bagitau my hubby tentang hal ni seperti biasa response dia...laaaa . Mungkin sebab I kahwin muda semasa tahun 2 U and dapat zaid tahun 3, so sekarang ni umur I double umur zaid. Apapun dalam masa beberapa tahun mungkin orang akan nampak yang I memang mama zaid, yang takut jangan orang sangka I nenek mimi...eeee tak naklah sampai macam tu...Let's forget about this tua/muda/perasan/perasaan things for a moment.
Malam tadi my students , nain, fadli and his wife saadiah spent a night at my house. Since saadiah had finished her studies, she has to renew her visa here in amman. Last night we had a good time together, eating and chatting and before they left for the immigration dept this morning , we also had a joyful moment during breakfast. Even though thay used to be my students back home but they are now adults and dah jadi macam kawan-kawan. We shared banyak cerita masa dulu dan cerita terkini. Tak sangka begitu cepat masa berlalu, anak murid yang dulunya suka buat lawak dalam kelas dan begitu creative semasa my drama project, kini telah beristeri dan bakal menimang cahaya mata dalam masa terdekat, fadli you are still funny but now you can talk on any topic seriously.
Memang anak-anak murid I ramai yang telah berumahtangga dan beranak-pinak.LAst I jumpa my first batch pelajar di kemasik , terengganu, semasa jamuan alumni mereka (mereka jemput I sekali ) seorang pelajar I dah ada 6 orang anak dah waktu tu (3 tahun lepas ) sedang mengandung anak ke 7. I amat rapat dengan anak-anak murid sebab I mengajar kelas menengah atas yang tidak berapa jauh beza umur mereka dengan umur I. Bila my hubby out-station I selalu ajak a group of girls tidur di rumah. I tahu di mana rumah mereka dan kenal keluarga mereka, ada yang susah, ada yang ditinggalkan bapa , ada yang sakit, ada yang anak yatim, ada yang mak ada skandal dengan lelaki lain dan macam-macam perkara yang membuatkan I amat prihatin dengan segala masalah yang mereka hadapi. I jadi macam kakak dan ibu tempat mereka mengadu dan bermanja.
Apapun I'm happy sebab hampir semuanya menjalani kehidupan yang agak baik, Alhamdulillah. Memang kita tidak boleh mengharapkan mereka semuanya berjaya ke menara gading kerana masing-masing mempunyai latar-belakang keluarga yang amat berlainan. I learnt a lot about kesusahan hidup melalui mereka kerana ramai dari mereka berbapakan nelayan /kerja kampung yang tidak menentu imbuhan hariannya. Semua kenangan manis dan pahit bersama mereka akan I semat di sanubari, betul kata pepatah ' WHILE YOU TEACH YOU LEARN' .
Semakin meningkat usia , kita yang dulunya pelajar, kini masih lagi belajar dan belajar , biarpun bukan secara formal di dewan kuliah dan sekolah , kita belajar erti kehidupan secara live , praktikal seharian, knowing people and their behaviour, dan macam-macam lagi yang tidak akan berhenti sehingga ke akhir hayat. Biar berbeza usia dengan anak-anak, anak murid, sahabat handai namun we are all the same, semuanya makhluk ciptaan Allah yang setiap satunya unik.