BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 26, 2007

SELAMAT PENGANTIN BARU ANAKANDA !!!!

Alhamdulillah jam 12 tengah hari tadi, anakanda Zaid Anuar selamat dinikahkan dengan Siti Nuradzra Zulkafli bertempat di rumah kami beralamat di 287 M Al Qurtubi Street, Amman .

Dengan ini juga secara rasmi I menjadi Mak mertua kepada menantu pertama kami, Azra.

Kini hanya tinggal majlis kenduri yang perlu diuruskan dan majlis ini akan berlangsung di ruang legar Jabatan Penuntut Malaysia ( MSD ) Amman dari jam 12.00 pm - 3pm , 28 Julai ( Sabtu ) .

Semoga segalanya berjalan lancar, InsyaAllah.

Terlebih dahulu ingin diucapkan jutaan terimakasih kepada semua pihak yang terlibat termasuklah :

* Pengarah, Pegawai Atase dan kakitangan MSD Amman.
* Persatuan Pelajar Malaysia Amman.
* Persatuan Pelajar Malaysia Irbid.
* Persatuan Pelajar Malaysia Mu'tah.
* Jabatan Agama Suweileh, Jordan.
* Semua petugas dan tetamu yang hadir semasa majlis pernikahan dan kenduri.

TAHNIAH DAN TERIMAKASIH !!!!!

34 comments:

Kak Elle said...

Tahniah Rina yg baru jadi mother in law:)mesti lega ni kan akad nikah dah selamat.

Insya'allah sabtu jamuan akan berjalan sebagai yg di idamkan.

Lee said...

Hi Loveujordan, Wow, a wedding occasion. Looks like a real society wedding too.
By the way, nice blog page, very attractive design too.
Keep well, UL.

Cat Cat said...

Tahniah Kak Rina. Cath dah rindu sangat dengan blog Kak Rina ini.
Nak tengok gambar kahwin Zaid boleh tak?

The.Libyaman said...

alfu mabruk
cepat masa nie berjalan kan?
mesti akak masih terbayang saat melahirkan Zaid dan sekarang Zaid dah berkahwin pulak ye. Dah ada menantu. Saya kena mula panggil makcik pulak lah. hehe

aNIe said...

TAHNIAH buat Zaid dan isteri...SELAMAT PENGANTIN BARU...Moga akan sama-sama bahagia melayar bahtera rumahtangga dan tak lupa buat ibunya yang pertama kali menerima menantu....hehehe

NURAZZAH8 said...

Selamat Pengantin Baru dan SEMOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA KE AKHIRNYA buat Zaid dan isteri. SEMOGA ALLAH sentiasa melimpahkan rahmat dan hidayahNya ke atas kalian. Begitu juga buat Ina dan suami, Tahniah kerana telah menerima menantu dan telah jadi "Mak dan Pak Mertua"...hehehe...IA jika dimurahkan rezeki tak lama lagi u terima cucu pulak... hehehe... lepas ni kena masuk "Kelab Nenek Bloggers" pulak....
jangan marah..
Semoga Kenduri pada hari Sabtu ni berjalan dengan lancar....

arZOoo said...

selamat pengantin baru for ur son n selamat jadik ibu mertuaku kak rina.....

silversarina said...

kak elle,

Thanks .... sebenarnya takut nak jadi mak mertua ni, taktau kenapa ...


+++++++++++++


Uncle Lee,

Almost all parties are so excited about my son's wedding since it's been quite a while any malaysian got married here in Jordan.

Thanks for the compliment and sorry for not reading your blog for so LONGGGG... I'll make sure to be 'there' once I'm done with the wedding and kargo stuff( I'm leaving Jordan early next month ! ).

silversarina said...

cat cat,

Akak pun tak sabar dah nak menjengok blog rakan-rakan.... thanks, gambar kawin nanti akak masukkan selepas kenduri esok.


++++++++++++


babazahra',

Syukran ya baba !!
Haa ni ikut jejak langkah you lah ni, dapat jugak den menantu kat jordan.... panggil lah makcik pun tak kisah , jangan nenek cukup ekkkk :)

silversarina said...

kak lady,

Terimakasih , harap kekal selamanya perkahwinan mereka, I ni serupa je , maintain glamour jadi mak mertua.... hehe.


+++++++++++++


nurrazzah,

Harap taklah cepat sangat I jadi nenek, tapikan kalau I jadi nenek , kelab nenek bloggers masih asing, boleh I jadi PRESIDENT nya... hidup nenek cyber !!!!

Thanks , lepas ni tak sabar nak balik dah, barang pulak kena siap untuk kargo sabtu ni jugak, rumah I dah tak nampak macam rumah, nak cari barang pun susah... hope to see you lepas raya ke di Shah Alam, InsyaAllah.... ni nenek cyber nak jadi kutu rayau pulak :P


+++++++++++++


arzooo,

Thanks for the wedding and MIL wishes..... tua dah rupanya akak ni ( perasan masih muda, hey I'm only 42 tau, tak nak jadi nenek lagiiiiiiiiiii )

Pi Bani said...

Mak pengantin lelaki menitis airmata tak anak teruna dah jadi suami orang?

Anyway, selamat menyambut menantu! Rasa-rasanya next year ada kot posting pasal sambut cucu pulak...

Umi Hazim said...

salam. congrats tu zaid n wife. of course la akak gak kan.

dh jd mak mertua dh akak ye. cepat2 terima cucu lak pas ni.

semoga majlis esok berjalan lancar hendaknya.

tahniah, tahniah...

Anonymous said...

congrats makcik ina.. dah jadi mak mertua org.. jgn gaduh2 ngan menantu pulak nanti. hihihi

MAMAMIA said...

Selamat Pengantin Baru untuk Zaid & Isteri.

Buat LUJ semoga menjadi "Ibu Mertua Mithali"

zlaa said...

Salam. Selamat Pengantan buat Zaid dan isteri. Juga tidak lupa pada ibu dan bapa mertua di atas 'title baru'. Tahniah di atas bertambahnya keluarga baru. Ehem.. jadi a good mak mertua ye...

mommy said...

tahniahla ye dapat menantu baru..tambah sorang lagi dalam keluarga..
tak lama lagi giliran sofie plak..kui3

eden pun dah dapet kakak ipar..^_^

Anonymous said...

salam makcik,
tahniah makcik n pakcik coz zaid ngan ara pun dah selamat nikah. alhamdulillah..semoga dengan kehadiran ahli keluarga baru dalam famili makcik menambahkan lagi keceriaan dan kebahgiaan..

D said...

Congratulations!!! Semoga dirahmati Allah sentiasa...

J.T. said...

Congratulations, once again.

Glad everything went well. Don't forget to post some photos. :)

Anonymous said...

salam..tak sangke makcik pun ade blog.he3..ape2 pun, tahniah, akhirnye jadi mak mertua =)..n tak lupe gak..selamat kembali ke tanah air..

Anonymous said...

tahniah buat aunt ina....
ALLAH barik fiik....
ade rezeki boleh jadi grand ma...
ok slmt

Dzaatun Nitaqain said...

alfu mabruuk buat aunty sekeluarga..tahniah krn semuanya tlh b'jln dgn lancar..so,apa perasaan aunty?? hehe,doakn sy lak ekk pasni..=)

Anonymous said...

askm

template baru wo..

tahniah buat zaid n ara. s

maklang said...

tahniah...

NorAiniJ said...

Congratulations.

Dah lama tak jengguk blok Kak Rina, wow dah jadi a cool mom-in-law dah sekarang. Tahniah akak and to Zaid n wifey as well!

Nak tengok gambar, nak tengok gambar!

KAMATO said...

Tahniah, semoga perkahwinan itu akan diberkati dan kekal hingga ke akhir hayat

::alifdalmim:: said...

salam mak cik..

Congrate utk mak cik n pak cik serta zaid..

tapikan mak cik..mak cik ina n uncle anuar pun nmpk mcm pengantin ari tuh..hehehehe

mak cik blk msia jgn lupa kt sy yer..

Mimiamilia said...

tahniah kak sarinah sekeluarga..
semoga pengantin baru setiasa diberkati Allah.

silversarina said...

pi bani,

Mula ingat nak emosional jugak tapi tak kuar pulak airmata ni...hehe...bab cucu tu takut betul den...takut jadi nenekkkkk.


++++++++++++


mmj,

thanx and alhamdulillah semuanya ok..sikit-sikit ada jugak 'slacknya'....


+++++++++++++


jhazkitaro,

timakasih.... isy mana ada gaduh, I kan mak mertua mithali.... :P

silversarina said...

mamamia,

tq... rasa macam payah jugak nak jadi mertua mithali..... nak kena kuat iman betul.......


++++++++++++


zlaa,

timakasih dan semoga hari mendatang menambah ceria kita bersama, menantu baik mak kertua pun baik and vice versa....


+++++++++++++


princess,


thanx to you too sebab dah jadi adik ipar yang glamour lagi... cikpiah hari tu lebih 'hot' dari pengantin :P

silversarina said...

hazimin,

terimakasih . Doakan agar keluarga kami lebih bahagia.

Jutaan terimakasih atas bantuan dan pertolongan hazimin selama ini dan dalam persiapan majlis perkahwinan zaid dan azra.


++++++++++++++

d,

Thanx a lot.


+++++++++++++


jt ,


Thanks a lot. Pics are on the way :)

silversarina said...

muna,

Thanx and jumpa nanti di kampung halaman :)


++++++++++++


ustaz munn,

Syukran .... eeiii cepatnya jadi grandh pipi cucu makcik nanti :P


++++++++++++++


dzaatun nitaqain,

Thanks...InsyaALlah your wedding akan berjalan lancar dan meriah .


+++++++++++++


sweileh family,

salin kulit musim panas ni :P

timakasih bagi pihak pengantin... thanks a lot for your help.

silversarina said...

maklang,

thank you very much !!


+++++++++++++


nj,

timakasih...pics nanti akak letak.


++++++++++++


kamato,


Terimakasih...itulah doa yang terbaiknya.

silversarina said...

adam,

terimakasih kerana sudi hadir dan mendoakan kebahagiaan mereka berdua... Alaaa tak de duit 'nus' lah nak bagi sebab 'terperasan' makcik dan pakcik macam pengantin 'tua' ...hahaha.



+++++++++++++


mimi amilia,


thanx a lot dear :)