BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 30, 2007

DI SEBALIK TABIR .............

Tanpa mereka , tak mungkin majlis kenduri perkahwinan Zaid dan Azra dapat terlaksana sebagaimana yang dirancang........

Jutaan terimakasih kepada semua ahli Persatuan Pelajar Malaysia Amman, Jordan yang diketuai oleh Sagol .......jasa kalian hanya ALLAH sahaja yang dapat membalasnya ...

Kenangan manis semasa sebelum dan selepas majlis akan sentiasa terpahat dalam ingatan kami sekeluarga.

Terimakasih buat Ust .Sagol, Wawa, Ust. Asyrafdini, Ust. Mizi , Ust. Nuh, Ust . Asyraf , Ina, Ilyana , Ust. M. Razi, Ust. Mujahid, Ust. Muhaimin, Ust. Hazimin , Ust. Izzat dan Safiyyah yang menjadi tulang belakang persiapan dan perlaksanaan majlis kenduri kahwin pada 28 julai 2007.
Mr. President Persatuan Pelajar Malaysia Amman.... pengarah majlis kahwin....Terimakasih ye Ustaz M. Shahrol .....


si kenit-kenit ni, orang sibuk keje diaorang best je main buai ye...


videolady .....mak ooiiii cik piahhhh ... dressing kalah pengantin....


sian pengantin kena potong cili... biasalah kan....kena genyeh periuk lagi susah...


petugas makan dulu sebelum bertugas, baru perut tak keroncong dan dapat jalankan tugas dengan adil dan saksama...hehe


Ust. Izzat ni sedap berehat je ekkk, kutip sampah-sampah tu... Izzat Cleaning Services sedia memberi khidmat mengutip sampah tak kira di mana....


gurau-gurau menanti tugas seterusnya.....siapa yang paling peramah tu haa ?? macam tau-tau je...




sempat posing depan buah...Asyraf, Mizi ( dari Syria ) , Nuh.... semua masih single dan I memang rekomen sape-sape makcik yang nak jadikan diaorang ni menantu....




tengah busy menggenyeh periuk selepas masak..... gang tahan lasak ni.... eehhh Nuh, jimat air tu, ni Jordan , air susah tau....
tukang basuh periuk yang hensem dan ceria... dua-dua telah berpunya... sorry...Ust Sagol , Ust. Muhaimin.



patutlah daging ni sedap dan lembut..selembut dan sesopan tukang masaknya..ust. Muhaimin...


DJ Razi yang glamour diimpot khas dari Radio 007FM Sweileh , Amman.... sesiapa yang memerlukan khidmat beliau boleh hubungi hotline 00962007700 sambungan 999....
pantang anak jantan menangis kerana cik bawang..... siap kau bawang....3 anak jantan macho, Asyrafdini, Asyraf, Hazimin.... siapa memerlukan pisau yang tajam sila hubungi Asyrafdini di http://wewr.multiply.com/music/item/609 .

eh..kerusi ni nak susun macamana ...melintang ke memanjang ?? ke guane asyraf ???

ehhh DJ Razi ke ni.... silap lah, ni Chef Razi kembar DJ tu....


lepak setelah selesai majlis.. ina dan ilyana....


Bos BESARRR sembang-sembang setelah siap segalanya...Alhamdulillah.


Timakasih Sagol dan rakan-rakan, tanpa kalian majlis kawin saya taktaulah jadi camne... kalau ada yang nak kawin saya pulak sanggup masak untuk majlis tu... hehehe....kata zaid kepada sagol dan rakan-rakan...




Semoga persatuan ini berjaya melangkah maju dari hari ke hari ..... ukhuwah yang terbina InsyaAllah akan terus bersemi dan subur demi mencari cinta Ilahi yang hakiki.... Amin.

17 comments:

The.Libyaman said...

hehe muka mak mentua serius giler pic yg kat bawah nuu
menantu siap macam cuak-cuak nak tersenyum
majlis takde joget lambak ke kak?
hehe

silversarina said...

babazahra',

orang habis control macho tau...tak main la joget lambak..gelek arab close door.haha.

k.d said...

K.Rina
ALhamdulillah...selamat seorang...

Selamat terima menantu..Insya-Allah tak lama lagi mungkin terima cucu!!

Seronoknye kenduri...ramai juga yek student kat situ...hensem-hensem yek...semua dah ada yang punye ke? Hahahaha...!!!

Besar and lawa rumah K.Rina kat Jordan...

silversarina said...

k.d.,

Alhamdulillah, lega dah selesai... hulubalang kat amman ni memang hensem-hensem belaka, ada yang masih single... bukan rumah akak, buat kat MSD Amman sebab rumah akak kecik, tak muat nak sambut semua tetamu.

mommy said...

inila rupenye orang disebalik tabir pembikinan majlis kahwin nie ek..
nyam2 sedapnye nampak buah tembikai tu..
habisla jordan x cukup air..dek nuh basuh pinggan..hihi

aNIe said...

Rina...alhamdulillah ade orang yang sama-sama bertungkus lumus menguruska majlis kahwin zaid ...tak terbalas budi mereka tu...terasa lah jugak macam kat malaysia bila di kelilingi anak2 malaysia di sana...

Kak Elle said...

banyak juga yg bergotong royong ye?baik2 si hensem2 tu nak menolong sama mungkin cuma begini lah dapat berkumpul semua nya.

Kak Elle said...

hampir terlupa...HAPPY BELATED BIRTHDAY TO MIMI.

NorAiniJ said...

Seronoknya tengok kenduri kahwin orang kite kat Jordan.

Akak nak tengok gambar menantu akak lagi lah leh, sweet je die. Mesti comel cucu2 akak nanti yek.

SoFie NuR said...

cik piah kan..dressing memang kene 'up' sokmo...hehe

Anonymous said...

happening la auntie...huwaaa

Anonymous said...

best best...
cume tak sempat saye nak maen kompang coz bergegas ke airport...
heheheh...
ape pon...
zaid punye baju mmg sempoi

Cat Cat said...

Ramainya tukang masak.. Hensem hensem pulak tu... ;D

silversarina said...

princess,

Ha ah inilah barisan lasak sebalik tabir..... tanpa 'pakcik-pakcik' macho ni tak jadilah kenduri tu rasanya...


++++++++++++


kak lady,

betul tu kak lady, tak terbalas jasa mereka, walaupun muda-muda lagi dah pandai uruskan kenduri, masak dan pelbagainya... ustaz-ustaz semuanya.

silversarina said...

kak elle,

tu jelah pelajar yang ada di Amman, memang bergotong -royong betul...

Thank you for the birthday wish...dah 5 tahun MIMI tu :)



++++++++++++++++++


nj,


dah lama betul takde pelajar yang kawin di jordan, tak sangka pulak anak akak yang kawin kat sini... gambar kawin kalau sempat akak letak lagi....

silversarina said...

sofie nur,


kalau mama dia yang 'up' kan bajet, tak merasalah baju cantik tu..... ada orang kata mama dia lagi vogue and hot... hahaha :P



+++++++++++++


saya lah ,


happening kat mana tu ?????? nak pening pun ada sebab panas dan pengantin tersekat lambat dek kerana jalan jam teruk , bebudak jordan dok sibuk celebrate result 'SPM' diaorang.

(kenapa 'saya lah', tak 'aku lah' or 'ana lah' ....hehehe )

silversarina said...

ustaz munn,

nak buat camne pengantin tiba lewat, anyhow timakasih sebab sudi hadir... baju zaid and ara tu sendirian berhad ( makcik pun tak tau baju apa yang diaorang nak apkai haraitu !! ), diaorang yang pilih sendiri, tema sempoi lah tu ... hehehe.


++++++++++++


cat cat,


agaknya kalau bukak catering, laku kot, dahlah hensem , pandai pulak buat kerja...( tak nak puji banyak-banyak, perasan susah oiii )