Kami terus ke Cairo dan tiba di bandaraya berpenduduk 20 juta itu jam 2 pagi tetapi suasana di Cairo seolah-olah baru jam 9 malam , hiruk-pikuk Bandar dengan bunyi hon kenderaan dan lautan manusia memberi sedikit kejutan kepada kami, tertanya-tanya bila agaknya penduduk Cairo berehat melelapkan mata….malam itu kami berehat di Hamburg Hotel di kawasan Ramsis yang juga berhampiran stesen keretapi terbesar di Egypt….
Esoknya kami berpindah ke Hotel ElHussein di dalam kawasan pasar Hussein dan hampir dengan pasar Khan Halili, hotel ini bersebelahan Masjid Hussein dan bertentangan Masjid Al Azhar yang juga merupakan UniversitiAl Azhar yang paling awal dan asal. Rasa begitu teharu kerana selama ini I amat mengagumi Universiti Al Azhar dan kini bangunan masjidnya betul-betul di depan mata.
Kami berada di cairo 3 kali ( 6 hari jumlah nya) dan semasa di Cairo kami sempat ziarah :
*Masjid Al Hussein…. kawasan lapang yang menjadi pusat pelancong menikmati keindahan masjid serta membeli-belah di sekitar masjid Hussein….oleh kerana ini musim panas ,penduduk cairo berpesta sehingga subuh siap dengan menyanyi dan menaridan lepak-lepak disekitar nya, walaupun bilik hotel kami di tingkat 2 , namun masih jelas bunyi bising di bawahnya dengan lautan manusia yang tak kenal erti berehat di malam hari.
sekitar masjid Hussein
*Masjid Al Azhar…. Universiti Al Azhar dan sekitarnya…terasa tenang berada di dalam masjid ini dan masih kelihatan pelajar sedang berguru di dalam masjid ini.
masjid al azhar
*Salahuddin Citadel….kubu/kota pahlawan Salahuddin Al Ayubi yang amat besar..hanya zaid, izzat dan safiyyah yang masuk ke dalam kerana I dan hubby tak tahan panas kerana kami di sana pada tengah hari dan kawasan ini amat luas.
* Masjid Ar Rifai…..makam Shah Iran,makam king Farouk dan keluarganya.
makam Shah Iran
*Masjid Sultan Hassan….makam Sultan Hassan serta kerabatnya ,tempat pengajian empat mazhab utama dalam Islam ,hospital dan pelbagai pusat social di dalam masjid tersebut yang pernah digunakan suatu masa dulu.
tempat wuduk di masjid Sultan Hassan
*Makam Imam Syafie..sedih dan sayu melihat kawasan perkuburan dan masjid ini tidak terjaga dan terletak di kawasan terpinggir.
penuh kurafat di makam imam syafie...kertas doa dan wang yang ditinggalkan pengunjung makam.
*Kawasan Giza….Pyramids, Sphinx….. my dream come true…...speechless…naik kereta kuda, murah berbanding di Jordan.
*Egyptian Museum…..walaupun I kurang minat museum , tapi museum ini takkan I lepaskan peluang….beribu keranda firaun dan kuncunya ada didalam museum ini… Cuma mumia king tut yang I tak lihat sebab bayarannya mahal 100 LE=RM61 hanya untuk melihat mumia tersebut, sudahlah bayaran masuk ke museum ini LE50 seorang.
di luar Egyptian Museum
*Pusat Crystal Asfour…. Beli belah tapi taklah beli lampu-lampu kristal yang cantik lip-lap…terliur tapi tak terdaya nak beli…
*Pasar Khan halili dan pasar sekitar cairo….. kalau pergi sendiri tanpa zaid semua barang jadi mahal sebab tak cakap arab…
*Pusat penempatan pelajar Malaysia di kawasan Hay Asyir berdekatan madinah an nasr.sempat makan makanan Malaysia di bazaar terbuka Rumah Kedah (memang langkah kanan )…keropok lekor,nasi kerabu dan macam-macam ada.
Tak lupa kami sempat bertemu teman lama di kemaman,Ustaz Mohd Razi Musa serta keluarga dan sempat kembali ziarah baby baru dilahirkan semasa berada di Aswan.
bersama sahabat lama, ustaz razi
Kami juga sempat bertemu rakan karib sumayyah , saffaa yang juga my blogger friend yang belajar medicine di Universiti Cairo . memang I kenal rapat dengan saffaa dan keluarga nya di kemaman, lepas rindu pada beliau.
Berada di Cairo terasa berada di tengah-tengah masyarakat arab yang sentiasa sibuk dengan urusan mencari pendapatan seharian dan dengan jumlah penduduk di bandaraya ini sama dengan 20 juta / 80% penduduk Malaysia….3 juta penduduk cairo tinggal di dalam kawasan perkuburan lama ….bayangkan bagaimana penuhnya setiap ruang dengan manusia ke hulu ke hilir , dengan deruan taxi yang sama banyaknya dengan jumlah manusia , bunyi hon tanpa henti dan satu yang utama , tiada servis dan bantuan yang diberikan secara percuma …semuanya mesti diikuti dengan BAGHSYISH… TIPS… penjaga kasut dan tempat wuduk pun perlu diberi tips… nanti I akan buat satu entri tentang TIPS aka BAGHSYISH…
Cairo , bandaraya yang hidup 24 jam akan tetap indah dalam kenangan …..
Next entry….Bandaraya Iskandariah atau Alexandria…..
13 comments:
Rina very very interesting lah...selamat pulang:)
selamat kembali.... 2 minggu duk menanti org cuti-cuti Mesir balik, nak tgk gambar menarik dari sana... tak dapat pergi, tgk gambar pun jadilah
Sounds like you had a fantastic trip.
Welcome home! :)
so..after this satu lagi tugas menanti... buat persiapan kenduri pulak...nak sambut menantu....tentu seronok kan...bila tarikh kenduri kat Jordan?
Bestnyaaaa berjalan:D
Jealous I;)
syoknya pi egypt. lama dah dalam kepala ni... insyaAllah..
Egypt is one of the place that my hubby wanted to go - one of the destination in his list to visit.
Hubby Cath ingin sangat nak tengok The Pyramid.
Glad to know you and your family had a good time.
wah wah syoknye meround ke sana sini.. terbayang camne bunyi hon yang bising tu ek? jauh lebih bising dari mutah kot..^_^
kak elle,
Thank you. Nak online memang tak sempat sebab we moved a lot....
+++++++++++++++
nurazzah,
2 minggu rasa sekejap sangat , dapat sebulan baru best.... :)
Ni tengah busy nak siap wedding pulak, buat simple je, yang penting nikah and ada kenduri jemput kawan-kawan, tarikh nikah 26 julai, 28(sabtu ) kenduri.. baru nak start menjemput tetamu...
j.t.,
Egypt is very fascinating.... but I'm so glad to be back in Jordan...my 'home'.
++++++++++++
hazia,
You take a month break and be wherever you want to be.... mesti puas hati :)
mulan,
Pergi Egypt paling kurang 2 minggu, dapat 3 minggu lagi selesa...so much to explore and discover....pergilah bercuti ke Egypt, best !!
++++++++++++++
cat cat,
May the list /wish come true...go for it..you'll never regret visiting Egypt,it's a wonderful place to visit..we had a great moment there :)
+++++++++++
princess,
bunyi hon kat mu'tah is nothing banding kat mesir sebab jalan dari 4 lanes jadi 2 , lampu isyarat tak ikut, so cramp semua kereta...hon hon hon honnnnnnnnnn.
aunt ina...
itu name nye...janji arab...
kadg tak biasa...
mesir lagi teruk kate nyehhhh...
janji pkl 7 pg....
kot kot 7 mlm...
sabar sabar dgn arab...
[p/s-sorilah terkasar atau terbuat2 cerita....ape pon kesimpulannya...hidup di ngr arab kena bersabar]
ustaz munn,
masa balik, memang makcik cop arab ni 3B ( macam-macam perkataan yang tak elok bermula dari B ).. geram betullllllll .....macam baru sehari je ferry tu beroperasi, padahal dah bertahun-tahun masih tak terurus .... pelik, pelik !!!
Post a Comment