BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 19, 2007

ALHAMDULILLAH.....EGYPT IS FANTASTIC !!!!!

Alhamdulillah, 4 am tadi tiba di Amman setelah 15 hari bercuti di Egypt..... letih tapi amat puas hati dengan percutian ke negara penuh sejarah Islam dan purba.

Kami sempat melawat 5 buah daerah/ negeri utama di Egypt.... Cairo, Alexandria/ Iskandariah , Aswan, Luxor dan kawasan Sinai...... dari utara hingga ke selatan bersempadan dengan Sudan... Egypt sebuah negara yang besar , masih banyak negeri dan kawasan yang tidak sempat diziarahi..........

Pelbagai kenderaan yang kami naiki dan tunggangi termasuk ferry, boat, taxi, van, kereta kuda, felluca, keretapi...... semuanya telah kami naiki kecuali kapalterbang...kami ke Egypt menaiki ferry Princess 'laju' dari Aqabah, yang mengambil masa 1 jam untuk tiba di Nuweiba Port, Egypt.

Sepanjang perjalanan di sana kami temui perbagai ragam manusia dan cara hidup rakyat Egypt yang amat ketara bezanya bergantung kepada bandar yang dihuni...rata-rata rakyat Egypt masih ramai yang hidup miskin dan susah . Namun begitu mereka amat gembira bertemu kami , pelancong yang sudi melawat negara mereka.

InsyaAllah I akan catatkan pengalaman megikut bandar dan tempat yang dilawati serta pengamatan tentang kehidupan penduduk setempat ... tak lupa akan dimasukkan gambar-gambar semasa di sana... ( hampir 1000 gambar yang sempat diambil sebagai kenangan ....)

Terimakasih kepada semua bloggers yang memberi ucapan selamat kepada kami dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan berkat doa kalian kami dapat merasai percutian yang sungguh menyeronokkan......

Jika ada yang ingin melancong, Egypt adalah salah sebuah negara yang sangat-sangat menakjubkan....

Egypt is absolutely FANTASTIC !!!!!

4 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah selamat sampai semula ke jrdan :).skrg sudah kembali menulis..hehe..

mmg egypt sgt2 best.sy harap dapat 2-3 bulan disana nnt. Ameen.

Anonymous said...

hah.. dah balik.. lama menunggu update..syukurlah dah selamat sampai

silversarina said...

hazimin,

bila sampai jordan rasa macam dah sampai kampung halaman dan bersyukur dapat tinggal di jordan.kalau nak ke sana spend paling kurang sebulan, kalau 2 bulan lagi baik... makcik tak larat lah nak lama-lama sakit kaki dibuatnya :)


++++++++++++


ummi,

baru balik, kalau ikutkan tak nak balik lagi, tapi visa dan 'visa card' dah nak tamat... :)

Anonymous said...

wah3.. balik2 je terus update blog dgn kisah2 travel.. bagus2.. tak sabar nak baca.. best tgk gambar2 u.. terasa mcm deejavu pulak.. hihihi..