Mimi n i have just come back from the Palestinian Refugees Camp in Baqa'ah. The trip was organized by Ibn Nafees Center for Scientific Research & Women Studies , pusat yang diselenggara oleh one malaysian lady, Nurhana. Alhamdulillah , kami bertolak 10.30am dari pusat itu dan tiba di baqa'ah camp half an hour later. The bus was packed with 50packeges of grocery stuff and around 20 boxes of household goods together with 2 americans, 1 from sri lanka, 1 dari filipina, 4 malaysians including mimi n 2 jordanians. When we reached Baqa'ah town, we stopped by the center (office) for the refugees camp and 3 male officers came along with us with list of names(orphans) and houses that we would distribute the goods that we brought.
We first stopped by a house with 14 people living together . Oklah jugak rumah ni taklah teruk sangat. Kami singgah dalam 12 buah rumah yang ada antaranya tak berbumbung dan kebanyakannya atap zink yang dah karat. I tak dapat bayangkan macamana mereka tinggal dalam musim sejuk...memang tak boleh imagine..Kasihan...Dahlah lari dari perang dan jauh dari tanahair, kem yang dah wujud 50 tahun lalu tak terbela, mereka kekal dengan status pelarian perang tanpa adanya proper planning to upgrade their lives. Ramai yang datang meminta wang dan makanan yang kami bawa tetapi hanya yang berdaftar di bawah pusat kem pelarian baqaah yang layak menerima barang2 yang kami bawa. Kami hanya sempat singgah 12 buah rumah sahaja kerana waktu tidak mengizinkan. Barang selebihnya akan di agihkan oleh camp tu sendiri. Keadaan di situ amat menyedihkan , there are thousands of houses yang bersesak-sesak macam rumah teres yang setiap satu berlainan bentuk dan saiz, bau tak usah kira, setengahnya hancing terhidu dari dalam bas. Selain dari barang-barang diagihkan ada di antara kami yang memberi sumbangan wang secara peribadi kepada golongan tua yang ada dalam setiap rumah yang diziarahi.
For me amat malang umat Islam dilayan sedemikian rupa, macam tak percaya dalam dunia arab yang kaya raya dengan limpahan rezeki yang Allah beri dari hasil perut bumi( Jordan tak de minyak , tak boleh salahkan Jordan keran membiarkan pelarian palestin tinggal di camp tersebut). Yang i maksudkan negara2 arab lain , apalah salah membantu dan beri tempat tinggal serta peluang pekerjaan kepada mereka agar dapat mereka hidup dalam keadaan selesa. Macamana nasib masa depan nak-anak kecil yang tinggal di situ...Menurut Nurhana that's not the only camp yang ada di jordan. tapi banyak lagi pusat kem pelarian palestin yang senasib dengan camp yang ada di baqa'ah.... Agaknya sampai bila mereka akan hidup sedemikian..
Ramadan yang hadir dapat jugak sedikit sebanyak mengubat luka kesengsaraan hati mereka ..berlalunya ramadan nanti tak siapa tahu...masih adakah NGOs yang datang ziarah dan menghulurkan bantuan kepada mereka..Sebak dada melihat mereka bangsa arab yang amat dikenali dengan limpahan kekayaan hidup merempat ,rumah tanpa bumbung tempat berteduh .
I masih ingat jika tahun lalu di malaysia i dikejutkan dengan sebuah rumah yang i ziarah tidak berbumbung dan rumah terpaksa dipotong sekerat akibat kerakusan tuanpunya tanah tidak memberi kebenaran separuh rumah berada di atas tanah nya. Terpaksalah Cek Ngah Jah ( bukan nama sebenar ) memotong separuh rumah nya , jadi yang tinggal hanya bahagian rumah yang berada di atas tanah rezab sungai kerajaan..I memang tak sangka jiran-jiran yang agak mewah yang tinggal di sekeliling buat tak endah membiarkan ibu tunggal ni duduk dalam rumah yang separuh berbumbung...Menitis air mata sewaktu bersalaman sambil sumbangan dihulurkan . Itu juga berlaku dalam bulan Ramadan...I tak tau sekarang ni dah berbumbung penuh belum rumahnya sebab sebelum i pindah ke jordan ada hamba Allah yang sanggup membantu meringankan bebanan keluarga Che Ngah Jah .
Pendek kata di mana sahaja ada saja insan yang memerlukan sumbangan material dan sokongan moral untuk terus menjalani kehidupan seharian.Kadangkala kita lalai dengan dunia syok sendiri...wang, harta, anak-anak yang berjaya ..tetapi ingatlah bahawa itu semua pinjaman dari Allah dan dugaan kemewahan yang jika tidak disertakan dengan ketakwaan akan membinasakan kita semua akhirnya.
Bulan Ramadan yang telah seminggu bersilih ganti diharapkan akan lebih banyak menyedarkan diri ini agar selalu bersyukur dengan segala apa yang Allah kurniakan. Jangan sentiasa mengharapkan kehidupan yang perfect at all time, nobody's perfect but ALLAH THE ALMIGHTY.
Thanx a lot to Ibn Nafees Center n Nurhana for giving me a chance to go to the refugees camp n learn the facts of life here in Jordan...Thank you.
Saturday, September 30, 2006
Baqa'ah Camp for Palestinian Refugees....Ramadan Kareem
Posted by silversarina at 2:42 PM 0 comments
Monday, September 25, 2006
!st day of Ramadan in Jordan
Today is the 1st day of ramadan here in jordan ,UAE where my hubby works started fasting yesterday. Alhamdulillah, with only 2 of us here fasting, Izzat n i, I tak masak banyak, just ayam percik which izzat dok sebut2 teringin nak makan, for me i masak sambal tumis telur je with some ulam n caramel pudding.
Well this year ramadan dalam sederhana in terms of juadah berbuka. Kalau di tanahair, i jarang masak, beli je kat bazar ramadan. Rm20 boleh dapat macam2 makanan but for sure pilih kedai yang bersih, itupun bila dah hari2 mula naik muak. Cuma satu yang izzat tak muak, ayam percik.Memang sedap ayam percik gerai i yang beli, tak de nama gerai tu, tapi the lady tukang masak nampak very clean.....lupakanlah pasal makanan..tahun depan boleh makan puas2 ayam percik bila balik negara sendiri.
Tengah hari tadi mimi n izzat bawak balik risalah puasa n kurma yang yang dibungkus comel, lout lout tariq school tempat mereka berdua belajar yang beri kepada setiap pelajar. Bagus betul sekolah di sini. begitu prihatin berkenaan ramadan, Alhamdulillah.
Anak2 jiran yang selalunya tak kenal penat asyik bermain, tapi petang tadi layu tak bermaya, masing2 keluar petang dengan mata yang masih merah, mungkin baru lepas bangun tidur, Salim yang paling aktif adalah boy yang paling lembik petang tadi, dia janji nak habiskan puasa sebulan tahun ni. Dia kata petang ni mak dia masak nasi yang digulung dalam daun anggur, Muhammad pulak kata mak dia masak mansaf, nasi dengan laban dan kambing(i tak berapa suka baunya ).Wah, dalam hati kata hebat jugak masakan diaorang bulan puasa sebab biasanya makan roti dengan kumus je.
Tarawikh kami buat di rumah, susah nak keluar ke masjid(tak jauh mana ) tapi mimi sekolah n dia pukul 8 dah nak tidur. Izzat i tak lepaskan dia pergi sorang sebab zaid tak de, takut ape2 jadi tak tau nak cari kat mana. Esok zaid balik dari mutah InsyaAllah izzat akan bertarawikh di masjid bersama zaid.
Pengalaman berpuasa dan merasai suasana ramadan di jordan merupakan pengalaman yang amat bermakna. Selama ini i selalu merasakan i yang terbaik dalam menyambut ramadan , tapi rupanya tidak, masih ramai lagi manusia yang jauh lebih baik dalam menghayati ramadan yang datang setahun sekali.
Semoga Allah menguatkan azam dan tingkatkan iman.Amin.
Posted by silversarina at 8:34 AM 0 comments
Friday, September 22, 2006
mimi ok i pun ok....
Almost 1 week since sue left jordan..at this moment 3 orang je termasuk i ada kat rumah, zaid dah balik mu'tah ada urusan dengan u di sana...semalam terasa sunyi jugak tapi today, rasa macam biasa cuma i don't have 'anybody' to talk to. mimi n izzat are still too young to share 'adult matters'. Anyhow, Alhamdulillah, i'm getting okay staying alone in this lonely planet of life..
Yesterday i brought my kids to amman mall which mimi loves very much since there's an indoor theme park mainly for small children. I purposedly went there to cheer her up because she's been so upset for the past few days . Amman mall is a small shopping complex with a few shops plus a C TOWN hypermarket plus an indoor theme park. I was surprised to see many arabs went shopping on Thursday afternoon......maybe thursday is the last day of the working days. Surrounded by mostly arabs , i masih ingat mula2 pindah jordan 9 months ago, i was surprised to learn that arabs don't speak loudly, they don't yell at each other tak seperti yang biasa i tonton dalam tv , menjerit tak tentu pasal n suka cari gaduh.. Ramai jugak arab yang baik, tapi ramai jugak yang tak baik, mana-mana pun sama... Tapi one thing i know, jordanians are much better than syrians. Masa cuti jun lalu i melancong to syria n turki, sampai je damascus, kepala i serabut dengan bandar yang sibuk, taxi yang kecil dan banyak, tak tahan drebar taxi kuat menipu, meter tak nak ikut..sampai mimi kata orang arab syria jahat, suka tipu...dalam hati kata Alhamdulillah i tinggal di jordan, setakat ni taxi sume ikut meter. kalau ada yang tak ikut tak payah naik, ambik je taxi lain.Cara bawak kereta sama je , syria/jordan macam nak masuk racing. Banyak kali we all wonder kenapa setakat ni tak ada orang arab nak masuk lumba kereta dalam formula 1 sebab cara pecut boleh kalah michael Shumi n other formula 1 drivers. ..Fikir balik memang arab hebat sendiri je, tak masuk dalam arena antarabangsa pun....
Talking about arabs,baru-baru i diperkenalkan oleh sahabat dengan a few malaysian women who got married to arabs(3 jordanians, 1 palestinian, 1 egyptian) . Ada yang dah tinggal di jordan 14 tahun .Masa belum jumpe those ladies, I heran macamana they all boleh kahwin dengan arab yang pada i terlalu banyak weaknesses. Tapi bila dah jumpa i mula faham kenapa they all bertahan kahwin dengan arabs. Their husbands are all pros n their life boleh dikatakan okay with beautiful kids, husbands pun jenis yang sembahyang ( ramai arabs tak sembahyang!!! ) Pendek cerita arabs yang they all kahwin bukan seperti arabs yang 'biasa'. walaupun tak dinafikan bangsa arab memang cantik n handsome nak dibandingkan dengan bangsa melayu tapi perangai/ behaviour mereka yang nampak mereka tak berapa cantik n handsome.Nanti from time to time i nak jot down here in my blog tentang arabs di sini.
Pagi ni mimi dah mula bercakap n menari macam biasa..memang dia ni penghibur.Alhamdulillah dia dah sihat dari demam n upset mood....So, bila mimi ok my life pun ok....
Posted by silversarina at 1:48 PM 0 comments
Wednesday, September 20, 2006
Di ambang Ramadan
Pejam celik pejam celik lagi 3 /4 hari lagi umat Islam seluruh pelusuk dunia akan menyambut ketibaan bulan Ramadan yang mulia Kali ini kami sekeluarga akan berpuasa di bumi asing. I, zaid, izzat n mimi(tak pose kecik lagi) puasa di jordan, my hubby puasa di abu dhabi, safiyyah di ukraine n sumayyah di korea. Berpecah lagi seperti tahun lalu, malaysia, jordan, ukraine, abu dhabi, kini malaysia diganti dengan korea.
Tak sangka setahun ke setahun semakin anak-anak membesar semakin banyak tempat dan negara yang diduduki oleh my family. Bermula dari 1 negara, jadi 2,3 dan kini 4.
Walau apapun, puasa tetap puasa tak kira di mana kita berada. For me , ini adalah negara asing kedua selain malaysia yang i pernah berpuasa. 4 tahun di Washington DC semasa belajar dulu, i puasa semuanya dalam musim panas, buka puasa dalam kelas dengan 'air gas'. curi keluar kuliah untuk solat maghrib sebelum sambung semula kelas..balik rumah baru makan and solat tarawikh . Di US dulu tak terasa langsung ramadan tiba, maklumlah umat islam tidak besar jumlahnya.
Kali ini Ramadan terasa benar akan menjelang. Anak-anak jiran heboh menanyakan samada kami berpuasa tak di malaysia. Mereka menunjukkan poster yang mereka lukis dan warna , poster menyambut Ramadan, sampai macam tu sekali. BIla i tanya tahun lepas habis tak puasa, Salim anak jiran sebelah kanan rumah kata dia puasa 'nus' atau separuh saja... I bagitau dia tahun ni mesti habis sebulan sebab dah strong, ok, dia jawab. Anak-anak jiran perempuan yang lain Hanin n Manal, semua habis puasanya. Satu perkara yang puzzles me , boleh ke orang arab tahan tak hisap rokok masa ramadan. Di Jordan, boleh kata 99/100% rakyatnya hisap rokok, perempuan pun tak kurang ramai yang merokok. Kami selalu komplen tentang merokok, satu hari anak jiran sebelah kiri, Muhammad tanya pada izat, orang di Malaysia tak hisap rokok ke? Izat jawab ada yang merokok tapi taklah di semua tempat merokok. Muhammad jawab balik , dia kata di Jordan 'kullu' semua merokok tak kira tempat. Yang pelik setiap kali naik teksi, pemandu teksi mula nak merokok. Entah berapa kali anak sulung i zaid lecture drebar teksi pasal merokok....nasib baik setakat ni tak kena penumbuk lagi dengan drebar teksi...Baru-baru ni waktu hantar safiyyah balik ke Ukraine, sewaktu di Queen Alia International Airport...ada seorang pakcik arab hisap rokok betul-betul bawah signbord 'no smoking'... tempat lain jangan heran lah, berasap walaupun berkali-kali kedengaran larangan no smoking di kawasan airport.
Ramadan bakal tiba, udara di jordan terasa semakin bersih tanpa asap rokok.Itulah kuasanya ramadan. Masing-masing berebut mahu mendapat pahala puasa. Kalau di Malaysia jarang terdapat poster dan signboard ucapan selamat berpuasa(kalau ucapan selamat hari raya penuhlah ) , tapi itulah realitinya di Jordan ni , especially around my housing area, kedai-kedai siap pasang banners selamat menyambut ramadan and ada yang siap ruang baru untuk jual kurma(mahal di sini ) dan serba jenis kekacang untuk bulan puasa.
Apapun, i really hope my family will strive our best dalam bulan ni untuk dapat rahmat dan keampunan dari Allah swt, INSYAALLAH....Amin.
Posted by silversarina at 5:13 PM 0 comments
Monday, September 18, 2006
happy sweet 17...sue
Happy bday sumayyah. Alhamdulillah she had safely arrived at Incheon International Airport last night(korean time ). My sister's student, brother Zairemy welcomed and fetched sumayyah at the airport.
Tengah hari tadi i talked to sumayyah di rumah girls yang sumayyah tumpang sementara. She sounded happy, alhamdulillah. thank you so much to zairemy,leela ,fung yee, siaw fen and other students yang banyak membantu. Semoga Allah membalas jasa kalian.
Petang tadi i kemas bilik sumayyah and simpan barang2 yang tak berkenaan. Actually i can't stand looking at her stuff(makes me sob,sob,sob) I miss her so much, she's been so kind to me, she shares a great deal of sweet and bitter life sepanjang kami bersama.She understands my mood , my sadness,ohh she means a lot to me.
Anyhow, i wish sumayyah a happy 17th birthday(surprise party dah buat ) , sorry hadiah mama tak seberapa ( poket kurang !! ).
Posted by silversarina at 5:54 PM 0 comments
Saturday, September 16, 2006
hope she's okay....InsyaAllah
Sumayyah, my daughter had left jordan for Korea, this evening.....leaving us with great memories.So far she's the only one who had been staying with me since born.My eldest son, Zaid masuk asrama al imam umur 11 tahun, safiyyah anak ke2 masuk mrsm umur 15 tahun. Sumayyah refused to go to boarding school because she's a kind of girl yang suka stay kat rumah with her own self decorated pinky bedroom. I masih ingat bila dapat surat tawaran masuk boarding school, dia tak hepi and tanya i, kalau tak pergi tak pe tak? I jawab, mama tak kisah, bukan mama yang nak belajar, u yang nak belajar, kalau u feel at ease staying home, please do so, however kalau result tak bagus don't blame me or school or teachers...Alhamdulillah, she proved that she could be cemerlang walaupun tinggal di rumah.
She'll be studying korean language for 1 year and lepas tu ambik engineering ( undecided yet engineering ape.. )She'll be the first malaysian to enter Kyungpook National University. I really hope she'll succeed, InsyaAllah.
I know, I'll miss her so much tapi nak buat macamana mesti tiba jugak masa untuk dia berdikari and starts her own life. Tapi nowadays senang nak berhubung tak macam zaman masa i belajar di US dulu,call home mahalnya.
To my dearest sumayyah, mama will always remember all the sweet memories that we shared together for the past 17 years .Mama doakan agar kita sama-sama tabah menghadapi cabaran hidup di perantauan..who are better to live with ? Koreans or Jordanians?....jangan lupa catat pengalaman di sana ...
Posted by silversarina at 8:19 PM 0 comments
Friday, September 15, 2006
keluarga i..
Dari kiri... sumayyah(3rd), my hubby anuar, syamimi (youngest), i ,safiyyah (2nd),
sitting kat depan....zaid (eldest), izzat (4th)
zaid...just graduated from U of Mu'tah, Jordan
Syariah Islamiyyah
safiyyah..2nd year medic ..csmu, ukraine
sumayyah..baru masuk Kyungpook National U, South Korea
Izzat..grade 7, Louq louq tariq school, amman, jordan
syamimi...tadika louq louq tariq school, amman, jordan
I love them all...................
Posted by silversarina at 6:13 PM 0 comments
happy birthday.....my darling hubby
My handset pagi lagi dah tak berhenti alarming...It was set for my husband's 41st bday....well he's not here ,so we couldn't celebrate his bday together....I sent him a bday greeting by saying that he's already old... he replied it's ok to be old physically but still young at heart haha... yesterday we threw a surprise bday party for my 3rd child, sumayyah...her bday will be on the 18th sept , but she's going abroad tomorrow...we held a very modest party for her. she'll be 17 this year....
lunch tadi we went to hadramaut restaurant dekat jubaiha...my youngest daughter ,mimi dah 2 hari sibuk nak makan nasi mandi, nasi arab yaman, served dalam dulang....nasinya banyak ,1 serving boleh makan 3 orang...nasinya sedap tak berapa berminyak..cashier di situ pandai cakap melayu...bolehlah bilang harga dalam malay...dia kata malaysian selalu jugak datang makan di situ... i sent sms to my hubby that we all makan nasi mandi sempena bday dia... my husband balas balik ..semua yang pergi mandi tak, jangan nasi je yang mandi..hehe..maklumlah jordan memang kurang air..air datang 2x seminggu, pandai-pandailah bajet guna air...pagi jarang orang mandi...musim panas ni susah sikit nak bajet air..ada jugak habis air sebelum dapat air..tapi i dah spare air 2 tong besar plus banyak botol kecil..so tak de masalah sangat tentang air.
tomorrow, sumayyah will be leaving for south korea to further her studies....i pray to Allah that everything will be fine, insyaAllah...
Posted by silversarina at 5:47 PM 0 comments
Wednesday, September 13, 2006
lega....everything went okay
semalam ada kenduri kat rumah, ank yang sulung dah graduated and my 3rd child nak pegi belajar di korea hujung minggu ni...alhamdulillah semua berjalan lancar...
persiapan nak ke korea hampir selesai. pagi ni nak pegi tukar usd untuk belanja perjalanan n pocket money for the next 3 months. pas tu nak beli sedikit souvenirs for those who have been helping us all this while in korea. pelajar di korea memang terkenal dengan sifat ringan tulang , alhamdulillah...........
minggu depan nak mula kelas arabic and al quran. okaylah dapat belajar cakap arab, sebab dah 9 bulan di jordan tapi tak tau arab ( boleh pun hidup )..sekarang my youngest daughter has started sekolah , so I have my free time the whole morning...seronok jugak bila fikir nak mula dapat cakap arab. petang semalam ada budak arab yang tak pernah datang main kat depan rumah, bila i tanya nama dia , dia kata natalie(arab christian )...i cuba cakap arab dia tak faham, sudahnya cakap english jugak yang senang. alhamdulillah neighbours okay boleh speaking english.
i sebenarnya created this blog to jot down my experience staying with arabs...woosh..ramai yang perangai not so good...i'll write about them ........InsyaAllah
Posted by silversarina at 9:46 AM 0 comments
Monday, September 11, 2006
welcome to my blog!
Sept 11 ( unforgettable date ) 2006
Praise be to Allah, the Almighty God..I have my own blog finally. I'm a modest person ,now staying in one of the middle east countries.... I hope I will make full use of my blog to share ideas with other bloggers...
Posted by silversarina at 9:16 AM 4 comments