BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 20, 2007

NILAI SEBUAH PERKERJAAN...

Nice weather with beautiful green hills all around..I love this part of the year , still not so hot and windy a little bit….Indah ciptaan Ilahi.

Tiga hari lepas bila tukang sapu kawasan perumahan tempat I tinggal sedang menjalankan tugas seperti biasa ( di sini majlis bandaraya amat menjaga kebersihan, adakalanya jam 11 malam ada yang masih lagi bekerja menyapu kawasan sekeliling. )…. Kawan Izzat, Maein bertanya kepada pakcik janitor yang bekerja , berapa gaji bulanan yang diperolehi dari kerja menyapu…jawapannya JD2 sehari, benar …JD2 = RM10 sehari….

Terkejut I bila diberitahu itulah gaji yang didapati dari kerja menyapu beliau…Maein tanya lagi…apa yang pakcik buat dengan duit gaji sebanyak tu ???
Dia menjawab… cukup untuk pakcik beli rokok sebulan……

I terbayang bagaimana boleh that janitor survive hidup di Amman dengan gaji sebanyak itu…I mengandaikan dia pasti ada 2/3 pekerjaan lain…. Atau memang betul yang dikatakan …hanya cukup membeli roti..2 keping roti=JD0.05 x 2 kali makan = JD0.10 =RM0.50…air kosong…entahlah , itulah my calculation….rumah mungkin percuma jika tinggal dengan family(parents )….

Cakap pasal kerja , teringat pekerjan pertama yang I lakukan adalah semasa menunggu keputusan SPM …lama dulu…

Masih ingat lagi sewaktu tu I telah mula belajar shorthand/trengkas + typing di Medan Kidd , Ipoh …tapi rasa boring pulak…so I told my parents I nak kerja . Tak de yang menentang, cari pengalaman…

I pergi interview di sebuah restoran makanan segera di tengah Bandar Ipoh berdekatan panggung wayang ( I tak ingat nama apa !! ), berhadapan dengan KFC dan dekat dengan A&W. This restaurant namanya First Fried Chicken…. Terus diterima bekerja dengan gaji RM5 sehari….tolak EPF….kiralah sendiri berapa gaji I sebulan…..

Kerja ni ada 2 shifts…1 shift ada 4 orang waitresses, 1 dispenser, 1 cashier.. 4 dari kami adalah pelajar yang sedang tunggu SPM, semuanya Chinese kecuali I…Boss I Mr. and Mrs L….. Mr L baik dan pendiam, auntie L..cerewet sedikit tapi memang baik hati….kalau kerja shift pagi I akan mula bekerja 9am dan restaurant dibuka jam 10am…So sejam pertama adalah untuk mengemop lantai, set the tables, susun kerusi , lap cermin tingkap dan pintu dan akhirnya berdiri menanti pelanggan datang..part ni yang paling menyiksakan..berdiri 8jam tanpa boleh bersembang sesama sendiri…kalau ramai pelanggan seronok sebab dapat banyak bergerak, ambik order, hidang, kemaskan semula dan selalunya dapat tips dengan pembelian tisu basah oleh pelanggan…wang jualan tisu dikumpul dan akhir bulan dikira dan dibahagi sama-rata kepada semua pekerja….

Pernah 2x I jatuh tergelincir semasa ingin set tables dengan garfu , sudu dan pisau berterabur atas lantai dek kerana kasut badminton master yang I pakai telah kehabisan ‘bunga’ dan licin akibat lantai masih basah ketana baru dimop… uniform kerja adalah kemeja putih berlengan pendek, skirt warna light brown dan kasut kanvas dan stokin putih...Masa I jatuh boss hanya menggelengkan kepala tanpa berkata apa-apa…nasib baik tak cedera…kena kutip dan lap kan semua cutlery tu semula….

Bila shift malam , Boss sediakan asrama buat pekerja semua sebab cuma I dan sorang lagi waitress yang tinggal di Ipoh, yang lain datang dari jauh seperti Tronoh, Parit yang menyebabkan mereka terpaksa tinggal di asrama yang disediakan secara percuma. I Cuma kena pulang ke rumah sebelah pagi dan datang semula sebelah petang Seronok berkawan dengan Ah Moi- ah Moi yang lain kerana sebaya umur dan mereka baik…adakalanya selepas habis bekerja dalam jam 12.30 / 1.00 pagi kami akan keluar ..I Cuma temankan mereka keluar makan supper di tengah Bandar Ipoh… auntie selalunya meyuruh anak saudara lelakinya yang bertugas sebagai chef untuk menjadi bodyguarad kami. Auntie memang amat menjaga keselamatan kami semua….selalunya bila temankan mereka makan , ada sahaja pakcik Cina yang tegur I dengan berbahasa China … agaknya mereka hairan apa yang I buat keluar sama gadis-gadis cina di tengah malam..tentulah I tak ( pandai cakap bahasa cina.

Selain keluar makan-makan tengah malam, kadangkala kami jadi pengintip maksiat… asrama kami di tingkat paling atas dan ada tingkap-tingkap kecil yang membolehkan kami mengintai apa yang berlaku di seberang jalan. Selalu jugak kami jadi spy ….kami lihat bila menjelang jam 1-2 pagi beberapa buah kereta datang ‘menjemput’ gadis-gadis melayu yang berpakaian sexy ( memang jelas di bawah lampu samar-samar di parking lot ) dari Kg Jawa ( taktau ujudkah lagi kampong ni ), kami yang semuanya masih ‘budak-budak’ berbisik-bisik ( cakap kuat nanti auntie dengar sebab dia tinggal di tingkat 2) dan mengutuk perempuan-perempuan yang jadi kupu-kupu malam.Pelanggan-pelanggan perempuan ni hampir kesemuanya melayu.

Selang 2 kedai dari restoran yang I kerja ada sebuah coffee shop yang selalu jugak order fried chicken dan fried noodle dari restoran kami. I paling tak suka kalu kena hantar pesanan ke coffee house tu….. sebabnya.….???

Masuk saja ke coffee house tu, penuh asap rokok dan lagu yang dipasang selalunya lagu yang romantic…ada kakak melayu yang bekerja sebagai waitresses…hidang arak dan bergesel-gesel dengan pelanggan lelaki. Selalunya I akan hantar pesanan dan cepat-cepat dapatkan bayaran dan terus keluar dari situ secepat mungkin. Selalunya memang ada ‘ulat bulu’ yang cuba nak mengada-ngada…pelanggan yang ramai mabuk di situ adalah pakcik melayu dan cina….

I sempat bekerja di First Fried Chicken selama 2 bulan dan sempat dapat angpow tahun baru cina berjumlah RM30 dari boss. Pengalaman semasa bekerja memang takkan dilupa sampai bila-bila kerana itulah my first paid job yang I usahakan walaupun gajinya tak seberapa tapi I dapat mengerti nilai sebuah pekerjaan dan persahabatan.

Sebelum terbang ke USA menyambung pelajaran dengan biasiswa JPA , I sempat ucapkan thank you and goodbye pada auntie dan boss serta kawan-kawan yang masih ada di sana, sorang dapat masuk UTM, 2 orang lagi sambung Tingkatan 6, sorang chef ( bukan anak saudara auntie ) hijrah ke San Francisco dn buka restoran di sana. Boss dan auntie ucapkan thank you dan good luck kembali pada I dan itulah pertemuan terakhir kerana setelah itu I tidak punya kesempatan untuk meninjau dan bertemu mereka lagi , tak pasti restoran tu masih beroperasi lagi kerana agak payah untuk ianya berkembang maju kerana saingan yang besar dengan KFC yang terletak setentang dengan restoran First Fried Chicken ni….

15 comments:

Anonymous said...

hehe..aunty ...wat sye teringat tyme saye keje cashier kt petronas..tyme tgu result spm dlu...pengalamn plg berharge seumo idop!!

Faizah said...

saya x pernah bekerja lepas sekolah..masa tunggu result SPM ambik lesen kereta dan motor..pastu masuk maktab..hehe

Anonymous said...

Kak Rina, a touching story...rasa macam tengok filem lama pulak...hehe...
BTW, Chicken First ni cannot beat Chicken King la ya (did I get d correct name from film Sepet?):)

Kak Elle said...

wah Rina u jadi spy mat bond eh?hehe

pengelaman kita masa dulu2 kalau di kenang kembali mmg seronok kan?

masa menunggu result cambridge I tlg my uncle ual buku sekolah masa cuti sekolah tahunan....satu hari $20/- byk juga pada masa tu.

Kaklong Syikin said...

salam,

hehe..jadi james bond akak ya..

silversarina said...

asma,
ha ah penagalaman pertama bekerja amat tinggi nilainya :)


++++++++++++++


faizabelle79,

oooo masa tunggu result lah banyak peluang nak buat apa yang diinginkan....mesti dapat je lesen ronda-ronda jelah keje nya ye ...


+++++++++++++


hazia,

kisah lama penuh nostalgia...
entahlah akak tak tau kisah cerita sepet, tapi KFC memang takleh kalah dengan FFC.


++++++++++++


kak elle,


bukan mat bond , minah bonda :P
memang happening masa tu, siap berebut panjat-panjat kerusi lagi nak mengintai....


+++++++++++++


kak long,

james bond memberi khidmat percuma kepada sesiapa saja..tulah masa budak-budak tengah aktif, memang seronok, tapi memang tak senonoh orang melayu kat kawasan tu...geli bila ingatkan.

Intan said...

My hubby used to work as a janitor and later as a van driver while in uni. My girlfren Niza used to work at the cafeteria eventhough she was not financially strapped

They're just being themselves... hardworking and till today it shows.

No matter what job a person holds, if it's honest and he does it with sincerity, it'll be enough.

J.T. said...

Everyone has to start somewhere. And sometimes not everyone moves on. Some stay on in their jobs for the love of it or for security.
We still need people to do the jobs others don't want to do. As Intan said "No matter what job a person holds, if it's honest and he does it with sincerity, it'll be enough" Thanks Intan. :)
I have been feeling nostalgic for weeks blogging about past memories.
Thanks for sharing the story of your first job.

Unknown said...

Hi Loveujordan,

Thanks forn hopping over to my blog just now. lovely of you.

Nice to reminisce what we did when we were young. During my A-levels it was glamourous to be able to secure any summer job. Even working in a restaurant washing dishes..ha ha. That means one is cool!

Mimiamilia said...

mak i tak bagi keje after spm.dia suruh duk umah belajar masak.Alhamdulillah, kalau tak sampai la tatau masak.

silversarina said...

intan,

betul kata you intan, apa saja pekerjaan asalkan ikhlas, besar ganjarannya....kadangkala manusia memangdang hina pekerjaan kelas bawah macam ni padahal mereka bahagia kerana masih ada pekerjaan yang boleh dilakukan....


++++++++++++


j.t. ,


once in a while we need to at least ponder how those unfortunate people struggling to survive ... sometimes I just couldn't stop my tears rolling down my cheeks to see them being poor in the rich arab country...

flashing the old memories could be very thoughtful indeed...miss my energetic youthful life too .

silversarina said...

ruby,

I always surf your blog but sometimes I feel 'shy' to jot down my thoughts... love ur writing so much :)

Apa yang penting kita cari pengalaman kerja agar dapat menilai kejujuran dan ketabahan...tidak semua pekerjaan sesuai untuk semua insan, masing-masing punya peranan yang berguna .

Masa I undergraduate, I memang terpaksa bekerja part-time, masa tu lagi tinggi nilai pekerjaan tu walaupun habuannya juga tak seberapa...being a librarian and staff at the registrar office..US$3.45/hour...national minimum wage at that time ...needed the job to survive...


+++++++++++++


mimi amilia,

bagus tu belajar masak...makcik bila bekerja memang tak sempat nak belajar masak, pergi US satu apa pun taktau masak, balik-balik goreng telur makan dengan potato chips .... nak potong ayam dah kahwin baru tau darling makcik yang ajar...hehehe :)

trueblue said...

I wanted to work so badly while waiting for my SPM results but my mum wouldnt let me. She gave this excuse: "takut I 'tersangkut' dengan konduktor bas".(those times kalau nak keluar kena naik turun bas la kan).

Ada ka patut?

Makcik Runner said...

alahai..bila baca citer psl janitor yg dapat gaji RM10 sehari tu boleh beli rokok sebulan rase cam terkilan sangat. kenapalah si janitor itu perlu merokok. kan ke elok duit tu salurkan kat family dia buat belanja dapur ke..isk isk. rokok gak yg nak dibelinyer.

anyway, citer kak rina kali ni menusuk kalbu. teringat masa my 1st job dulu. semasa tgh mencari2 kerja yg sesuai selepas grad dulu dapatlah satu keja as receptionist cum general clerk kat satu comp cina ni. gaji masa tu tak sampai RM500. but it was enough for me. boleh plak jimat simpan dlm akaun, bagi sket kat mak dan buat belanja sekolah adik2 yg lain kat U masa tuh...ewah! sekarang gaji ribu riban pun asyik ngeluh tak cukup...isk isk. nak wat camana, kerak periuk pun dah besar mase tuh...hehehe

silversarina said...

trueblue,

You mesti sweet and ladylike kind of girl and that's why ur mom was so worried that you might bump into the conductors muscular body while you're on the busride :P

each mother sure has a million reasons for 'yes' or 'no'...


+++++++++++


kc,


memang hairan dan pelik bila ingatkan that man masih nak merokok walaupun tahu gaji hanyalah seciput je.... well...the bottom line is...he survives...