BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 28, 2007

Air Tangan Suami Juga Enak

I ambil petikan ini dari berita harian buat renungan bersama.....

Dr.Abu tidak kekok merintis tradisi lelaki masuk dapur memasak untuk seisi keluarga

SUDAH menjadi adat, wanita tempatnya di dapur. Bahkan adat itu tetap kukuh sedari dulu sehingga ke era globalisasi hari ini walaupun wanita sudah mencapai kemajuan setanding lelaki. Tidak kira berapa tinggi pangkat disandang wanita, tugas di rumah seperti memasak masih tetap dipikul wanita.


Si suami pula hanya tahu menunggu hidangan siap diatur di atas meja sambil sibuk menonton televisyen, membelek surat khabar atau berdengkur di sofa. Tidak keterlaluan jika dikatakan boleh dibilang dengan jari suami yang sanggup membantu isteri di dapur.

Apatah lagi yang sanggup meringankan beban isteri, memasak dan menghidangkan makanan di atas meja sementara isteri pula berehat selepas pulang dari pejabat.

Bagaimanapun, Rozima Yahya, 35, amat bertuah kerana bersuamikan Dr Abu Razali Saini, 34, yang bukan saja ringan tulang membantunya membuat kerja di dapur tetapi handal memasak.
Beliau akui air tangan suaminya itu jarang sekali mengecewakan, malah mengalahkan keenakan masakan Rozima sendiri.


Dr Abu, anak keempat dalam keluarganya, mengakui tidak janggal apabila terpaksa ‘turun’ ke dapur walaupun sudah mendirikan rumah tangga. Dibesarkan dalam keluarga yang tidak pernah menetapkan hanya wanita saja ke dapur, Dr Abu berasa agak pelik apabila dilarang oleh Rozima untuk membantunya memasak.

“Mula-mula kahwin dulu, rasa janggal apabila tidak dibenarkan membantunya di dapur. Secara peribadi bagi saya, sepatutnya semua orang kena tahu memasak kerana ia adalah satu kemahiran ‘survival’. Tidak kira lelaki atau wanita. Soal sama ada tugas memasak harus dipikul bersama, itu terpulang kepada individu. Kalau si suami minat, apa salahnya.


“Memang daripada kecil kami lima beradik, empat lelaki dan seorang perempuan dilatih memasak. Bila mak ke dapur, kami ikut bantu. Malah ketika emak dan ayah ke Makkah, saya memasak untuk adik beradik lain. Justeru, tidak hairanlah kami anak lelaki semua pandai memasak termasuk kakak,” katanya.

Bapa dua anak ini mengakui tidak canggung ke dapur apabila ada kelapangan atau apabila Rozima keletihan sebaik pulang daripada bekerja. Gelaran profesional juga tidak menghalang Dr Abu menjalankan tanggungjawab yang jarang mahu dilakukan suami iaitu menjaga isteri di dalam pantang.

Malah, sewaktu Rozima dalam pantang selepas melahirkan anak sulung mereka, Muhammad I’rfan, Dr Abu menggunakan kemahiran memasaknya untuk menyediakan hidangan ibu lepas bersalin untuk isterinya itu.


“Ketika berpantang, saya terkejut apabila suami menghidangkan makanan untuk ibu dalam pantang seperti ikan kukus dengan lada hitam. Saya tanya dari mana dia belajar masakan itu sebab saya sendiri pun tidak tahu menyediakan hidangan untuk ibu lepas bersalin,” kata Rozima.

Beliau berkata, antara masakan Dr Abu yang sememangnya enak ialah asam pedas ikan tenggiri dan sardin goreng sambal. Asam pedas ikan tenggiri Dr Abu diakuinya memiliki ciri dan kriteria tersendiri yang tentunya berbeza dengan asam pedas lain.

“Resipi asam pedas saya pelajari daripada ibu, manakala sardin goreng sambal daripada ayah. Rahsia untuk mendapatkan asam pedas yang enak ialah dengan menggunakan belacan Banting yang berwarna hitam.

“Bagi saya kalau rajin bertanya dan minat belajar, kita boleh memasak apa saja. Ketika Rozima bersalin, saya ke pasar malam dan tanya seorang makcik apa yang perlu saya masak untuk ibu lepas bersalin. Bila balik, saya masaklah seperti yang dikatakannya,” katanya.

Bapa kepada dua anak itu berazam memastikan anaknya, Muhammad I’rfan, tujuh tahun dan Nur I’rdheena, tiga, dilatih untuk memasak. Baginya, memasak adalah satu pengalaman yang manis dan atas alasan itu, beliau mahu anaknya menikmati pengalaman berkenaan.

“Hari ini memasak bukanlah satu tugas yang sukar kerana dilengkapi pelbagai peralatan elektronik. Berbanding ketika saya kecil dulu, di kampung, terpaksa guna dapur kayu dan minyak tanah. Api perlu sentiasa dijaga agar tidak terlalu besar sehingga membuatkan masakan hangit,” katanya.

Begitu pun, Rozima akui, seperti kebanyakan lelaki lain apabila memasak dapur akan menjadi tunggang langgang dan suaminya tidak terkecuali.

“Apa yang tidak tahan, bila Dr Abu selesai memasak, dapur macam baru kena tsunami,” katanya sambil ketawa mengakhiri perbualan.


******************************************


Berapa ramai agaknya isteri yang bertuah punya suami serajin Dr. Abu ????



26 comments:

D said...

setiap suami (hopefully la) mesti ada kelebihan tersendiri. Mr D bab mengemas memang tak payah sebut tapi tang lain si isteri lah yang kena buat. Well, pizza boleh la. Kita terima seadanya yek. Jangan tak tolong langsung sudahlah!

Anonymous said...

Salam cik ina apakhbar?saya seseorang yang jauh di Bumi Mutah,selama ni silent reader aje.Bila menghadap pc wajib bagi saya melawat blog cik ina ni.dah dekat 4 bulan jugak saya menjadi pengujung setia blog ni seperti wajibnya saya membaca akhbar2 tanahair malaymail,harakahdaily,utusan,metro,beritaharian singapura,brisbane time-sekadar menyebut beberapa nama-
walaupun jarang text sms kat cik ina atau emel,blog u tetap di hati.Terima kasih kerana menolong saya couple of months dulu.

Kak Elle said...

Rina my father used to be a good helper in the kitchen when my arwah mak was around.He is good with his mee goreng that when his siblings come that was his speciality.

He will clean my kitchen too in the evening once upon a time after that but since he had the stroke he flies his flag to surrender:)

yes I think MEN should help in the kitchen but the mess jgn ler cakap eh.....haha

~ GAB ~ said...

I am not trying to boast here. And I may be am not taking over my wife's job in kitchen eithwe but I am quite handy in kitchen as well. I do have my way of cooking that my kids love it. When my wife is away for overseas trip, symposium, seminars, training or conference, I'd be taking over fully. The good thing is, it's never been a burden to me. Hence, I am happy to see my kids enjoying my cooking more than I love to cook. Sometimes, over the weekends, I'd team up with my son Sam to cook and Edrin would mess around while my wife would be having her time reading magazines and Fara would be watching Astro. Well, just for the fun of it.

May be I was trained to cook since schooling days as a Quarter Master in the Scouts and some experience in overseas as well.

Jo Kontan said...

I'm quite Ok (handy) in kitchen but very bad in cooking. The bad cooking coming from my "tak cerewet" taste.

There's no Bad food for me.Only Good food and Best food.

That, by itself, I think "Bertuah jugak."

:-)

NURAZZAH8 said...

hurm...kali nih I nak baca comments fr male bloggers only..... as for my hubby, dolu-dolu masa baru kahwin adalah tolong masak, tapi since he was always working far away fr home, tak berpeluang nak rasa 'air tangan' dia...nnt bulan Ogos maid I dah habis permit dan nak berhenti. I dah ckp tak nak ambik maid lagi..so I nak tunggu after that hubby nak tolong I tak kat dapur...FYI dia baru dpt kerja kat m'sia...in KL.... Alhamdulillah...

Anonymous said...

Wah, bagusnya dapat suami macam tu:)

lelakhalidah said...

K RIna...

husband saya pandai masak air jer :) tapi husband kawan baik saya sangat rajin memasak.. hari-hari huband dia yang masak..

silversarina said...

d,

Memang kalau dah sibuk bekerja mana ada masa hubby nak masak selalu, tapi buat kata you, asalkan tolong walaupun sedikit, kira okay dah...kira bertuah dah :)


++++++++++++

anonymous,

Makcik okay je ..makcik ingat lagi you, hope everything is going on well over there... thanks for browsing thru my blog daily...how nice of you ... hai ada orang mu'tah baca ni, takleh nak 'mengata' orang mutah ni ... hehehe :P


+++++++++++++


kak elle,

bestnya ada ayah yang rajin masak, mee goreng ayah kak elle mesti tak boleh challenge sedapnya.... My late father tak pernah masuk dapur untuk masak, goreng telur pun tak tau...mak pun tak pernah pulak komplen...


+++++++++++++


gab,

Untung betul your wife dapat seorang suami yang masih rajin membantu, mesti macam-macam menu you dah pandai masak.... yelahkan pengalaman memasak masa belajar dulu tak habis di situ saja.... to tell you, my darling, makin lama makin tak masuk dapur... pernah kalau anak-anak kata 'ayah masak lah pulak'... the same menu je dia masak... roasted chicken .... yang paling senang, masuk oven, terus tinggalkan , tunggu masak. Masa dulu2 kat US bukan main pandai dia, I pun belajar 'potong' ayam dari dia dan dia pernah masak rendang minang , asam pedas dan lain-lain ....

silversarina said...

jo,

You memang the Food Master who only eat good food with the best taste .... ok jugak , tolong kemas/komen , bertuahlah tu namanya :)

btw, I'll be going home this year InsyaAllah, nanti bagitaulah kat mana nak makan best2 nak JJCM kat malaysia...


++++++++++++


nurazzah8,

Tahniah dapat kerja di KL,what a relief....HONEYMOON !!!!!!

Kalau kes your hubby ni memang excuselah sebab jarang ada di rumah, takkan balik je kena masak, sian pulak... ha now, bolehlah demand dia masak sekali-sekali, nak rasa air tangan dia pulak... hehehe.


++++++++++++


hazia,

memangbertuah, tak payah disuruh,memang dah minat dia memasak. Ha tu satu kriteria nak cari suami tau.... :)


+++++++++++++


lelakhalidah,


masak air ??? eh kira bertuah dah tu, at least dia masak jugak :P

Nik Farizah said...

A'kum, thank you for visiting my blog....GOOd that i now have a friend who is staying in Jordan.

Sure enough i will sneak into your blog from time to time...

Mama Rock said...

i have an uncle who is do much like dr abu. most of the time dia masak, his wife tolong potong2 je. and selalu jugak orang order his specilaty of laksa johor. tapi now ni since he is diagnosed with cancer, dia tukang bagi instruction je coz tak larat kan diri lama2 kat dapur. good thing that one of his sons follows his footstep yang pandai masak tu :)

aNIe said...

Rozima memang beruntung mempunyai suami seperti Dr. Abu...

Hubby kak lady memang tak pernah membantu di dapur...kerana keluarga mereka memang dididik...lelaki tak sepatutnya berada di dapur...

aNIe said...
This comment has been removed by the author.
J.T. said...

LUJ,
When I first got married, I had to change my style of cooking from Malaysian to completely western. Some days I would huff in frustration because I did not know what else to cook that would suit the hubby's taste buds. Those were the days, I stayed away from the kitchen and he would prepare something simple. Slowly but surely, I learned as the years passed.
Now, he does not even help barbeque in summer! that is okay. When I am sick, he usually does makes something for us to eat. All hope is not lost yet. haha

Kiah Kardashian said...

suami saya pegang senduk pun tak pernah.(periuk nasi pernahlar. itupun saya yang cakap baper cawan air nak masuk. hihihih) TAPI.....ada tapinya. Setiap suami ada keistimewaannya. Suami saya suruh dier jaga anak no.1. Jadi kalau saya masak...dier jagala hero 2 orang tuh. Jadi dapatla makan.

silversarina said...

nikfarizah,

sila-silakan bertandang ke loveujordan...


++++++++++++


mama rock,

bagusnya ada uncle yang rajin macam tu dan tak rugi sebab anaknya pulak ambik alih ... yelah ramai pro chef pun lelaki :)

+++++++++++++++


kak lady,

ramai memang orang tua tak suka anak lelaki masak untuk keluarga... tapi zaman berubah dah sekarang sikit-sikit dan kaum lelaki dah tau tugas membantu isteri adalah juga tugas mereka..

silversarina said...

j.t.,

sounds like so romantic when your darling gave you some cooking lessons ... well now that you're a pro in the kitchen, he doesn't want to interfere ....relax..sini pun sama juga.... :)


++++++++++


zakiah,

Ada jugak baiknya sebab kalau takde yang nak tolong jaga anak, kelaparanlah si ayahnya... biar taktau pegang senduk asalkan tau apa itu senduk...hehehe :P

FaRuHa said...

salam k.sarinah

Itu perkara biasa dalam family kami,dia makan air tangan saya, saya makan air tangan dia..hihihi.

ps: akak peminat dikir barat ke? ingatkan lagu arab versi mana tadi.

silversarina said...

faruha,

wah cam ni lah best, bantu-membantu dalam masak-memasak , menu pun mesti pelbagai... :)

sekali-sekala dengar dikir barat sedap jugak..hobi akak tukar lagu kat blog....saja suka-suka.

taufiq said...

Assalamualaikum, salam there!
Don't forget to let me know whenever you're coming back to DC! I might be here for another year or two =)

Faizah said...

alangkah beruntungnye klu dpt suami yg rajin membantu di dapur betul x?
my hubby rajin juga ke dapur especially bab memasak makanan barat..apa x nye..masakan barat mmg simple kan...x susah mcm masakan melayu..haha

silversarina said...

taufiq,

InsyaAllah I'll be there ..don't know when, still have my business trip visa valid until 2011... is Diana(working at the Embassy ) still there ??? If so, send my regards to her, Sarinah AU...

have a good day !!

++++++++++++


faizabelle79,

Ni lagi bagus, western food, senang tak payah nak pergi restoran , chef dah ada kat rumah... :)

Anonymous said...

askm, my hubby likes jammie the naked chef, loves wof gang puck, does not miss even a serial of hell's kitchen.
he wanna be like chef ramsey....wow
i goyang kaki ler lepas ni

silversarina said...

anonymous,

wow..if he's the ramsey, don't try to offer any help, he'd yell like hell..ayoooo me ..takut dengan chef ramsey...memang patut you goyang kaki sambil berblogging.. hehehe :)

Anonymous said...

Salam , bagusnya husband kak Rozie ni..Dah lama mencari Kak Rozima ini...contact la saya di amn752001@yahoo.com...banyak benda nak cerita.saya try search kot dapat cari kak Rozie