Tiba-tiba Amman saya ingati.... betapa saya rindukan baladnya ( city centre ).....
Wajah pakcik penjual chewing gum di sekitar masjid hussein di balad kembali menggamit rasa rindu pada bandar Amman yang semakin jauh ditinggalkan segala kesibukannya. Pakcik yang tidak pernah kenal jemu dan penat memujuk manusia yang lalu lalang di sekitar gerai jus buah-buahan palestin agar membeli chewing gum yang djual dalam kotak kecik . Itulah rutin hariannya menjual chewing gum dan kadangkala bertukar kepada menjual snek biskut coklat yang dalam harga 10 /15 /20 qurush setiap satu. Satu yang pasti pakcik ini tidak pernah meminta sedekah. Ada sahaja yang dijualnya walaupun nilaiannya amat kecil. Adakalanya saya tidak membeli apa-apa dan adakalanya saya membeli sehingga 1 dinar dan tersengih pakcik itu berlalu pergi , saya puas dapat membantu .
Seorang lagi pakcik yang tidak akan saya lupakan ialah seorang pakcik yang amat payah bergerak kerana masalah sakit kakinya , jadi dia hanya duduk di tangga di pasar abu nuseir setiap hari menanti insan yang lalu di situ untuk memberi sedikit rezeki buatnya. Dia tidak meminta tapi sifat orang arab yang suka menderma saya dapati rezekinya setiap hari tak pernah tiada. Ramai insan yang ke pasar di tingkat atas akan memberi 10/20 /50 qurush dan adakalanya saya dapati ada wang kertas sedinar di sisi pakcik tersebut ....murah rezeki .
Seorang lagi pakcik yang tak pernah ketinggalan menjadi penghuni tetap di balad ialah pakcik yang tempang sebelah kakinya dan tugasnya ialah menjual seluar/ t/shirt pagoda / singlet/ boxer , mengikut musim jualannya dan setiap satu tak lebih dari 2 dinar . Cara dia menjaja adalah dengan memegang beberapa helai seluar/baju dan berdiri di kaki lima dan menyebut harga jualannya. Saya sering membeli dari pakcik ini kerana kasihankan dia dan jugak kerana harga barangannya adakalanya lebih murah dari yang dijual di kedai.
Wajah-wajah pakcik di atas akan tetap diingati .............
Sunday, April 20, 2008
takkan ku lupa wajah-wajah itu....
Posted by silversarina at 2:26 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Salam kak..bahagianya saya baca entry ni,rasa nak mengalir air mata saya,selain tersentuh dengan kisah di entry ini..jua tentang memori zaman remaja saya..
Post a Comment