BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 16, 2008

Blog ini 'hidup' kembali

Saya hidupkan semula blog loveujordan ini yang telah 'ditidurkan' hampir 6 bulan kerana kerinduan teramat sangat kepada negara Jordan yang ditinggalkan dengan penuh kenangan.

Saya beberapa kali bermimpi bertemu jiran-jiran arab di Amman dan pernah sekali saya bermimpi mereka datang menziarahi saya di Malaysia. Saya juga merasa rindu pada anak-anak kecil yang comel-comel yang hampir setiap hari datang bermain dengan mimi di halaman kecil rumah kami di sana. Masih terngiang-ngiang suara halus dan manja Syifaq dan kadang-kadang Maram ataupun Sobah ...

ding dong, ding dong..loceng tidak pernah dibunyikan hanya sekali....

pintu dibuka....

" til 'aab ?? ( nak main ? )" tanya syifaq ....

" saah khomsah ( pukul lima ) " balas mimi...

Apa yang pasti syifaq akan kembali lagi dan mengulangi soalan yang sama sehinggalah jam 5 petang barulah mimi keluar bermain dengannya dan kanak-kanak lain... saya sungguh merindui rutin tersebut....

Baru-baru ni Zaid memberitahu tahun ini salji kerap turun di Mu'tah dan Amman dan kali ini Irbid turut merasai salji... ohhh alangkah bestnya dapat bermain salji...saya amat suka pada salji dan cuaca sejuk walaupun sedikit 'tersiksa' namun ianya seolah-olah memberi kepuasan pada diri saya yang jelas menunjukkan perbezaan ketika berada di negara orang.




InsyaAllah saya akan cuba menulis lagi di blog ini atas rasa rindu dan sayang pada warga serta negara Jordan.