Penantian ketibaan cik abang hubby pulak... mesti tak percaya kan kalau I katakan my hubby's flite pun delay jugak. Sepatutnya pukul 2.30pm jap lagi dia akan tiba di Amman dari Bahrain ( transit di bahrain pasal asalnya nak catch early morning flite from bahrain to amman...)..pagi tadi hubby call kata flite delay dan hanya akan berlepas dari bahrain jam 4 petang ni and tiba around 7pm nanti...memang minggu delaysssss.InsyaAllah dapat jumpa darling malam ni....
Ada sedikit ruang ni ...I nak ceritakan satu documentary yang I tonton beberapa hari yang lalu yang anak I bawak balik dari Ukraine..." Sex Slaves "...
Gadis-gadis di Ukraine terkenal dengan kecantikan dan body yang sexy dan menggiurkan. Memang mereka amat menjaga penampilan dan pandai bergaya. Kecantikan semulajadi dengan kerangka tubuh yang kecil dan bertubuh tinggi lampai , menjadikan mereka rebutan para lelaki..... malangnya ramai gadis dan juga ibu serta isteri yang menjadi mangsa 'perhambaan sex' industri dan dokumentari yang ditonton memfokuskan penjualan gadis-gadis ukrainian di Turkey...
Ibu ayam yang bertindak sebagai agen kononnya mencari peluang pekerjaan sebagai salesgirl di kedai-kedai , bekerja di ladang , pekerja kilang pandai memancing gadis-gadis yang cantik dengan menjanjikan pendapatan yang jauh lebih tinggi dari apa yang mereka perolehi di Ukraine.
Mereka dibawa dengan ferry merentasi Laut Hitam dan dengan senangnya ibu ayam tersebut lepas dari sekatan imigrasi dan setibanya di tengah-tengah bandar Istanbul , lebih tepat di sekitar Aksaray, gadis-gadis tersebut dijual kepda agen 'pekerjaan' yang dijanjikan... setiap gadis dijual dengan harga USD500 - USD600 seorang....
Kehidupan mereka selepas itu menjadi igauan seumur hidup. Ada beberapa gadis yang dapat melarikan diri menceritakan bagaimana mereka dipaksa melayan 8 - 15 lelaki sehari dan ada satu ketika seorang gadis ni mengandung dan dipaksa menggugurkan kandungan tersebut dan hanya selepas 5 hari abortion dilakukan , dia dipaksa 'berkhidmat' semula...meraung kesakitan dia ...sedih ...benar-benar sedih ......
Lebih malang gaji yang dijanjikan kerana melayan lelaki turkey terutamanya iaitu sebanyak USD200 sebulan, tidak dikotakan...habis semua duit yang diterima dikaut oleh egen tersebut...
Dalam satu kisah lagi, seorang isteri dijual oleh rakan karib suaminya dengan harga USD1000 selepas ditipu oleh rakan tersebut dengan mengatakan dia sanggup menemani wanita tersebut untuk bershopping di Turkey..oleh kerana suaminya terlalu percayakan rakan sekerjanya, melepaskan isterinya pergi bershopping bersama rakan karibnya...beberapa hari lepas itu si suami menerima panggilan dari sahabatnya tadi mengatakan yang dia telah menjual isteri si sahabat tadi dengan harga USD1000 dan sekarang tinggal di salah sebuah rumah di Antalya , sebuah bandar pelancongan di persisiran pantai.....
Kisah sedih ini I pasti bukan hanya berlaku pada those gorgeous ukrainians tapi juga berlaku di serata dunia...wanita dan gadis dijadikan hamba sex lelaki yang bersifat binatang yang hanya mementingkan kepuasan nafsu iblis dan syaitan....
Didoakan agar perkara sebegini tidak berlaku kepada ahli keluarga , sahabat handai dan sesiapa jua dan harap agar gadis-gadis di luar sana tak kira walau di mana tidak tertipu denga janji-janji palsu mereka yang menjadikan wanita sebagai hamba sex... Amin.