BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �

Tuesday, March 27, 2007

Mimie @ Barbie @ Cinderelly...

Time flies extremely fast…..yesterday was history.…life must go on until our last throbbing pulse…only God knows when…..

This morning as I waved goodbye to mimi and izzat when they hopped on Ummu Khatif’s car to get to school I realized that those two ‘baby’ kids have grown so fast especially my baby girl, mimi whom for the past few days would love to be called Cinderelly.. Last week she went by the name Barbie instead of Baby.



Her name depends on what dvd she is watching again and again….last week was this Barbie in the Ocean movie and this week Cinderella 2&3 . She told me she liked Cinderella because she had beautiful hair and she was very kind to her mice friends.


Mimi is my youngest child and she is 8 years younger than Izzat…I guess you understand why Izzat is also my ‘baby’ even though he is 13 this year.


Mimi is everybody’s baby and sweetheart and she loves anything pink. She wears pink clothes most of the time , she has a collection of pink toys and she even craze for pink ice-cream. Only recently, I bought her a pair of red snickers after the pink ones were out of stocks. She also loves travelling and that's why she likes to be a pilot one day..that's what she says... InsyaAllah.


I was 37 when I got mimi and now I’m counting years ahead that makes me feel ‘old’ when mimi gets a place at an IPT….at that time I’ll be 55……wow..that old ahh…


Well no matter how old all my children are, they will always be my babies whom I cherish ,adore and love days and night ..no one can deny..InsyaAllah.

Saturday, March 24, 2007

NATURALLY BEAUTIFULLLLLLL...

The weather is back to cold/cloudy/foggy after 2 days of bright/clear/sunny sky….don’t know when this chilly winter will end…….




This morning feeling a bit rajin to prepare a ‘ lunch menu’ breakfast….plain rice with sambal ikan bilis, fried chicken drumsticks and mixed vegetables in black soy sauce and mango juice. That heavy breakfast just for mimi and I to enjoy since Izzat has classes today(almost missed the transport coz I forgot to wake him up after he continued sleeping after subuh prayer and he also forgot to remind me last night that he has class today ). Zaid had gone to Mu’tah Thursday afternoon and would come back this evening.


Yesterday Mimi had a fun time playing outside with her arab friends and as always I sometimes kept an eye on her coz I didn’t want her to play beyond ‘my’ fence. Then came Sobah, Mimi’s friend with her little sister Maryam. Those two girls are really sweet, cute and pretty ( so geram tau tengok anak arab ni ) and two months back their mother had another baby girl, Anut….




As I watched them playing and singing I kept admiring the beauty of arab girls and women ( men pun ramai yang handsome ). They are naturally beautiful and yet they still visit beauty salon which are mushrooming in this country. They even have kids salon just for the little ones to be groomed like princesses.The salon for women is usually covered with curtains to avoid the customers been ‘scanned/peeped’ by men . The women have their hair cut/dyed and most of them have their eyebrows peeled off when they are in high schools. So, most of them have artificial black-pencil-line drawn eyebrows .Sumayyah , my daughter had once went to a salon to have her hair cut and she came back giggling telling me that the lady who cut her hair had one eyebrow senget……..

These pretty arab women love to apply make-up and sometimes the over-applied make up turn their faces to the ugly ones. I always say to myself if I were an arab woman, I would not let my natural beauty be polluted with those hazardous chemical cosmetics.

I admire their beauty but for me the most important value is not on their faces but its in their hearts…Those who possess beautiful hearts are the most precious jewels in the sight of the AlMighty God……..

Thursday, March 22, 2007

INDAHNYA JEJAK KASIH.....

Yesterday was Mother’s Day in Jordan and my sons zaid and izzat bought me a set of food warmer as their Mother’s Day gift to me..THANK YOU MY DEAR SONs ....

Happy Mother's Day !!!The food warmer for me from my sons.


***********************************************



Semalam busy sikit mengemas rumah dan bilik tidur tetamu to welcome ibu asma ( rakan blogger I di Irbid, Jordan ) yang berkunjung ke Jordan kerana ada Computer Science Conference bersama beberapa pensyarah dari beberapa IPTA dari Malaysia di sini. Semalam adalah hari terakhir conference dan asma kebetulan masih ada kelas yang perlu dihadiri sehingga hari ini (she’s studying medicine at Jordan U of Sci & Tech di Irbid ,80km from Amman. ). So,dia minta tolong I bawa mak dia ronda-ronda Amman sehingga petang tadi dan asma akan ke rumah I and jemput her mother to her house in Irbid. Lecturers yang lain ada yang dah berlepas pulang ke tanahair dan ada ambik cuti lama sikit untuk ronda Jordan. Her mother pun akan stay here until end of the month to spend sometime with asma , InsyaAllah.

So, after maghrib semalam I jemput mak asma di Hotel Palmyra 7 minutes by taxi from my house.


“ I Sarinah, “ I perkenalkan diri.“ I Nurazzah , “ tetamu I perkenalkan dirinya.“ Rasa macam pernah jumpa, anak I asma kata you dulu belajar di US, you kat mana ? “ Nur bertanya pada I.“ I kat DC batch SPM 82, “ I balas semula.“ I dulu kat Columbus, Ohio dan pernah pergi DC tahun 84 dan rasa pernah jumpa you , “ Nur kata lagi.“ Dulu biasa kalau girls datang DC memang tido rumah we all ( me and 4 others ) kat River Place kan?…I ingat memang you ada datang rumah I , “ I dah mula rasa syok sangat dapat jumpa member lama.
“ Ha ah lah Ina I tido kat River Place…” Nur pun excited bila dapat tahu yang memang we all pernah berjumpa dulu…….
23 YEARS AGO…JEJAK KASIH diteruskan setibanya Nur kat rumah I dan sambil makan kami mengenang pertemuan lampau dan sekali-sekala ketawa gembira mengingatkan peristiwa manis semasa bersama dulu. Nur juga kahwin semasa belajar dan asma di JUST adalah anak kelahiran bumi America juga dan kini Nur punya 8 anak dan dia bertugas sebagai pensyarah Computer Science di UITM Shah Alam. So, last night Nur tidur di rumah I.

Pagi tadi I bawa Nur berjalan di sekitar Amman termasuk Rom Teater, Umayyad Palace)Jabal Qalaah, Ashabul Kahfi, Al Bakry Perfume dan shopping cenderahati di city centre. Sambil jalan sambil bersembang kisah lama...



Ashabul Kahfi..... Kisah 7 pemuda ditidurkan beratus tahun demi tauhid.....

Souvenirs..........


Petang tadi lepas asar asma dan kawan-kawannya datang menjemput Nur dan meneruskan perjalanan ke selatan Jordan dan akan bermalam di Petra malam ini dan esok akan ke Wadi Rum, Petra dan Aqabah sebelum kembali ke Irbid Sabtu nanti.

Walaupun pernah bertemu asma semasa rombongan Jelajah Jordan 2006 namun dek kerana terlalu rami peserta rombongan menyebabkan I tak berapa ingat yang mana satu asma. So, kiranya pertemuan petang tadi adalah pertemuan’ pertama ‘ antara I dan asma, rakan blogger yang kini bertemu di alam reliti bakan di cyberspace. Kalau rakan bloggers berjumpa sesama bloggers, I pun dah merasa berjumpa seorang dari rakan bloggers walaupun dia bukan di kalangan makcik bloggers tapi rakan tetap rakan and I even love her more since she’s like my daughter and she stays close to me…. NICE MEETING YOU ASMA DEAR !!


Pertemuan ...Asma tudung pink, Nur kiri sekali, Sarinah tudung hitam..dua lagi sahabat asma...




Perpisahan lepas maghrib tadi walaupun membawa kesedihan dalam hati namun terasa amat bertuah dapat berjumpa kembali kawan lama yang telah tidak bertemu selama 23 tahun lamanya . Sesuatu yang tidak disangka pertemuan ini tercetus dari ikatan ‘rakan blogger ‘ ( asma yang biasa tinggalkan komen di my blog ) yang beria menyuruh ibunya bertemu dengan I dan satu yang tidak akan dilupakan pertemuan berlaku bukan di bumi sendiri tetapi jauh di bumi anbiya…syahdunya dan cantiknya perancangan Yang Maha Esa…..

Betapa kehidupan memisahkan ikatan persahabatan dan kehidupan jua yang mengikat kembali hubungan silaturahim sesama insan……INDAHNYA JEJAK KASIH .....

Tuesday, March 20, 2007

Borong Fruits di Wehdad.....

Semalam dapat juga ke Wehdad Market yang juga berhampiran salah satu kem pelarian Palestine yang banyak terdapat di Jordan ni. Bila ke pasar yang penjual dan pelanggannya hampir 100% palestinians , mulalah I terasa terlebih kesian dan terlebih beli sebab kira semacam satu tanggungjawab membantu these palestinians to survive.

This market looks almost the same like night market di Malaysia tapi jauh lebih besar dengan berpuluh-puluh lorong kecil yang menjual pelbagai barangan kering dan basah. Sempatlah beli jubah untuk spring season, socks for mimi and izzat, a pink cap for mimi and bantal busuk mimi juga warna pink ( bantal ni produk industri kecil the palestinian camp ).

Baru terasa seolah-olah only Zaid and I yang bukan arab, seolah-olah kami ni memang pelancong luar kerana tiada kelihatan bangsa lain selain arab di sekitar market.

Ketika sibuk I suruh Zaid snap a few photos , ada this one guy panggil zaid Jackie Chan dan suruh zaid snap gambar dia. Di sini biasa mereka ingat kami ni chineselah, jepaneselah , koreanlah …..padahal mata tak sepet pun, kulit tak putih manapun. Pada arabs bila nampak muka lain sikit memang akan teka datang dari 3 negara tersebut.



The guy with cap yang panggil zaid Jackie Chan........



Selepas zaid snap gambar those arabs one of them cakap sesama dia( dia ingat zaid tak tau Arabic ) yang nanti bila kami balik Korea gambar diaorang mungkin akan keluar dalam majalah di sana….kelakar pulak…Jackie Chan…Korea…pandai sangatlah tu !! )



Sapa tak geram tengok strawberries dijual lambak cam ni..........



Bila masuk pasar basah ( I jarang masuk wet market di Malaysia mahupun di mana2 , tak suka sangat, sesak ) macam-macam buah-buahan I capai, macam kemaruk buah. Ini pun bukan musim buah lagi.. I bought bananas , red apples, abu surah oranges (my favourite sebab manis ), strawberries, buah kaka (taktau apa dalam BM/BI ) , buah badam fresh.and Turkish chest nut. Lepas tu singgah beli jagung mains dan daging lembu nak try resipi kak elle .




Inilah fruits yang I beli.. badam (hijau), kaka (oren ) , strawberry, apples, oranges, bananas, chest nuts...



Rupanya kat pasar ni ada servis wheelbarrow untuk bawa barang yang kita beli . Mula ingat nak upah jugak budak wheelbarrow tapi masih boleh bawak barang sebab taklah banyak sangat dan kami pun nak merayau ke tempat lain dalam kawasan pasar kering pulak.

Balik terus masak resipi daging jintan yang kak elle post dalam blog , memang sedap sebab tak pedas ..



Tadaaaaa..... beef jintan resipi kak elle ...minyak terlebih pulak, sori ekk.


Petang semalam dok teringat kat pisang yang dibeli , teringin sangat nak makan pisang goreng. Tau dah pisng kat sini tak boleh digoreng , ia jadi lembik tapi dah nak sangat.. I potong nipis-nipis and celup tepung untuk jadikan garing. Kemudian teringat baru ni ada girls kat sini bagitau diaorang buat epal goreng celup tepung.. I pun potong epal nipis-nipis dan celup tepung maka jadilah epal goreng. SEDAPPP. Waktu chatting dengan 2 anak dara I kat Korea and Ukraine petang semalam , I bagitau yang I buat epal goreng …. Dah masing-masing kata nak cuba buat jugak… resipi baru…cubalah.

Kegilaan menggoreng tak terhenti setakat semalam, pagi tadi I teringin nak menggoreng strawberry pulak….. You know what….. Don’t try lah, tak sedap….

Petang ni nak goreng apa pulak ekkk… goreng-menggoreng menaikkan lagi body ni…

Semalam masa nak say goodbye to my darling hubby masa chatting…

I saja typed……

Gdnite Darling Jambang ( my hubby ni berjambang jugak )

Dia typed balik…..

Gdnite Lady Tembam………HAHAHAHAHA.........

Monday, March 19, 2007

Berkunjung ke Wadi Syuaib.......

Kunjungan ke Jordan tidak lengkap tanpa ziarah ke Wadi Syuaib yang terletak 40km dari Amman. Di sini terletak makam Nabi Syuaib a.s. yang diutuskan kepada kaum Madyan .

Firman Allah dalam surah Al A’raf ayat 85 yang bermaksud:

“ Dan kepada penduduk Madyan (Kami utuskan ) saudara mereka Nabi Syuaib. “





Antara dakwah dan amaran Nabi Syuaib a.s. terhadap kaumnya ialah agar jangan melakukan penipuan timbangan dalam jual-beli dan menjadi samseng jalanan dengan menghalang orang-orang yang mengikut ajaran Nabi Syuaib a.s. ( rujuk surah Al A’raf ayat 85 dan 86.)


Allah menurunkan bala kepada kaum Madyan dengan wilayah tersebut menjadi panas dan terik matahari seperti membakar kulit dan mengeringkan kerongkong dan seketika kemudian terdapat gumpulan awan dan mereka semua berlari berlindung di bawah awan tersebut. Ketika itu jatuhlah ke atas mereka percikan api dari awan tersebut disusuli oleh dentuman guruh, petir yang maha dahsyat, sementara bumi di bawah mereka bergoyang dengan kerasnya menjadikan mereka berjatuhan, tertimbus di bawah tanah dan lenyaplah masyarakat Madyan dari muka bumi ini.



Sewaktu singgah di makam ini pada tahun 1997 semasa dalam perjalanan mengerjakan umrah sekeluarga ada satu perkara yang sampai kini masih menjadi tandatanya kepada diri sendiri iaitu tatkala turun dari bas dan ingin memasuki kawasan maqam ini, Izzat yang ketika itu berusia 3+ tahun menangis dan menjerit tidak mahu masuk . Bila ditanya kenapa menangis, dia spontan mengatakan dia takut sebab ada burung besar di situ. Pelik sebab kami semua tidak nampak pun ada burung di situ. Izzat bertegas tidak mahu masuk kerana adanya burung besar di kawasan makam tersebut.( I buat conclusion mungkin itu adalah malaikat yang menjaga makam !!)

Kemudian sewaktu berkunjung ke makam ini Mei 2006 yang lalu, kawasan makam telah diperelokkan dan cantik siap dengan tandas yang bersih( when we were there ada rombongan umrah dari Malaysia sebanyak 4 buah bas menziarahi makam ini) perkara yang agak ganjil juga berlaku. Malam itu lebih kurang 12 tengah malam,, tiba-tiba Mimi menjerit semacam kena hysteria dan serta –merta I teringat semula kisah Izzat sewaktu melawat makam ini 10 tahun lalu. My hubby and I bacakan ayat qursi dan ayat quran yang lain untuk menghilangkan ketakutan pada mimi(umur mimi 3+ juga ).Kejadian ini juga menjadi tanda tanya apakah yang sebenarmya ada di makam tersebut. Wallahualam.



Kunjungan ke makam Nabi Syuaib meletakkan jiwa ini terasa sayu mengenangkan betapa tabah dan sabarnya baginda berdakwah kepada kaum yang menolak ajaran baginda .......sayu dan pilu melihat makam baginda terpencil di celah bukit-bukau yang menjadi saksi kenabian dan dakwah baginda..........

Saturday, March 17, 2007

Soup Kepala Kambing.......Sedap Ke ???

Off we went to the city centre after being in Abdali (downtown ) for half an hour. It's such a cold day even with sunny blue sky and that what made the bundle market in Abdali wasn't packed with customers and lack of sellers too.

That's why we made up our mind to spend some time in the balad or city centre.

Actually I was planning to go shopping at Wehdat Market but Zaid said it's not a good idea to go there on Friday coz most of the stalls are closed. So, we ended up window-shopping( almost all shops have no windows...only doors widely opened !!) Izzat bought a new jersey... Brazil this time.....Mimi bought a pair of Barbie jeans jacket+pants.





Mukhollal, jeruk, pickle yang memang dihidangkan percuma





Then as usual we had lunch at Cairo Restaurant and this time Zaid really ordered his favourite kepala kambing soup which I never approved before. I felt nauseated looking at its head and teeth but could still control my face expression but I kept reminding him not to tease mimi with the goat's teeth and I even told him that if he did it again I would throw up there and then.



kepala kambing with teeth....... ni pun zaid order separuh kepala je..



Actually kepala kambing is one of the Jordanian's delicacies but I just cannot touch it and me eating the kepala......never ever.....ooohhhhh ........


Kepala Kambing.....bila lah I teringin nak rasa.....



While Zaid and Izzat performed the Friday prayer, Mimi and I waited for them at the juice stalls (the sellers didn't pray lah......the mosque is just 20m away...... )


The road is closed , giving space for the jemaah to pray to the AlMighty ALLAH


Enough for Friday outing and that 'delicious' kepala kambing soup..... I put ' delicious' coz I've yet a desire to have a bite of it..........

Friday, March 16, 2007

Laut Mati......INSAF

Kesan salji hari semalam masih dapat dilihat di atas dedaun pokok dan batu-batu kecil...Hari ini langit biru disinari dengan mentari yang cerah, Alhamdulillah.

Today, nak bawa bloggers ke satu lagi destinasi pelancong yang amat bermakna pada setiap pengunjung memantapkan kepercayaan kepada Yang Maha Esa......LAUT MATI.



Laut Mati merupakan kawasan terendah di dunia dan terletak 50km dari Amman dan merupakan kawasan yang bersempadan dengan tanah Palestin yang kini dikuasai oleh Israel.





Laut Mati... bukit di seberang adalah tanah Palestin yang telah dirampas Israel.


Laut Mati berada pada 397m di bawah paras laut dan keluasannya 48 batu panjang x 10 batu lebar. Ia merupakan kawasan tasik garam yang juga merupakan bala dari Allah terhadap kaum Nabi Luth a.s. yang berlaku kira-kira 3900 tahun lalu.

Menurut riwayat Imam Abbusyakh dari Said bin Abi Arubah kaum Nabi Luth a.s. berjumlah 4 juta orang. Kaum Nabi Luth dibinasakan oleh Allah disebabkan mengamalkan homoseks yang belum pernah dilakukan oleh kaum sebelum itu.






Lumpur Laut Mati yang mengandungi galian yang dikatakan amat baik untuk kulit.....



Setelah ajaran dan amaran Nabi Luth a.s. tidak diendahkan , maka Allah telah mengutuskan malaikat untuk membalikkan bumi Sodom sekaligus menghancurkan seluruh kaumnya.

Firman Allah dalam surah Hud 82 :

“ Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.”



Sememangnya setiap berkunjung ke Laut Mati hati benar-benar tersentuh , sayu dan insaf apabila melihat kesan bala Allah yang tiada siapa dapat menyangkalnya kerana bukti ada di depan mata, air laut yang begitu tinggi tahap kandungan garam yang mustahil untuk sebarang organisma hidup di dalamnya . Kesan bumi diterbalikkan juga jelas kelihatan daripada bukit-bukau yang ada disekeliling laut mati( bukit terbelah ).

Lalat amat banyak di kawasan laut mati terutama di musim panas ( why??? I don’t have the answer !! )




Di pinggiran Laut Mati..........lihat garamnya...


Amat malang kini kawasan yang di laknat Allah telah menjadi tempat tarikan pelancong bukan dengan tujuan mencari kebenaran dan menginsafi diri tetapi menjadi tempat bersuka-ria dengan terdirinya banyak hotel mewah di pinggir laut mati dan pelbagai majlis social dijalankan hampir setiap hujung minggu.

Kunjungan ke Laut Mati wajib bagi setiap yang berkunjung ke Jordan kerana di sini dapat dilihat kekuasaan Allah secara terang lagi nyata( tiada siapa yang menyangkal baik umat islam, nasrani mahupun yahudi ).

Thursday, March 15, 2007

Winter/Spring SNOWFALL......


Snowing in the middle of March sounds a bit odd especially for a country like Jordan where it is unusual to have the temperate below minus degrees at this time of the year.



Spring is coming to town........


Well that’s what we say, only Allah is the Creator and The Provider of the Universe.


Minutes later.....Opps...winter is still around the town......


It’s been snowing since early morning with spring is just around the corner. I’m a snow lover… even if it means cold down to my toes, I’m more than happy to enjoy such a beautiful white blanketed neighbourhood hilly sidewalk.


no school today.... but,but replacement this saturday tau....




Schools have been closed for the day but the replacement will be this Saturday.




leaving my footsteps up the snowy hill.........

The children are still playing with snow outside, some of them are not even wearing gloves , may be they have thick skin, I guess.

lalalalalala..........

Maybe this will be the last snowfall for this winter and for me as well, hope notttttt !!!!


SNOW, SNOW, SNOW…..LUV U SNOW !!!

Wednesday, March 14, 2007

YB....Kalah Bergaya.......

Semalam hujan ais-batu bukan main lebat lagi dan kini masih hujan tapi hujan air-biasa je sejak malam tadi. Tak sangka pulak dah pertengahan Mac masih sejuk sampai hujan ais-batu, cantik ais dia bulat-bulat dan sebesar lada hitam. So, pagi ni mimi dan izzat ke sekolah pakai semula winter jackets siap mufflers and caps.


Spring...where are you????


Thanx a lot to all bloggers yang memujuk hati ni dari kerinduan dan harini dah more than okay, Alhamdulillah.


*********************************************


2 minggu lalu semasa kes cable letrik rumah I di malaysia kena curi, I sempat called my friend dan sebab dah lama tak call, lama jugak kami bersembang dan bermacam topik sempat diperkatakan dari kisah perkembangan kawan-kawan yang lain sehinggalah kisah politik setempat dan semasa. I sebenarnya malas nak ambik tau sangat pasal politik tanahair tapi kebetulan ada sahabat yang amat minat dan aktif dalam politik,terkeluar lah kisah bakal-bakal calon bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Nak dijadikan cerita ada one guy ni yang amat minat nak jadi YB dan selesa kalau nama dia dicalon tapi masalahnya calon ni agak kurang dari segi fund untuk p/raya. Untuk jadi calon bukan mudah jika tiada kewangan yang kukuh dan calon juga mesti mempunyai karektor yang boleh menarik hati masyarakat setempat.......


Lepas tu I call sumayyah macam biasa mother-daughter talk dan termasuklah kisah politik dan p/raya tanahair. I bagitau nama bakal calon yang sedang hangat diperkatakan di tempat I, tiba-tiba sumayah ketawa and bagi komen... "daripada calonkan dia baik mama yang jadi calon sebab memang akan kalah tapi kalau mama ok lagi sebab memang pasti kalah tapi kalah bergaya , losing with style / a stylish loser "..... terus kami berdua ketawa berdekah-dekah.. "cis, tak baik tau kata mama calon pasti kalah...." hahahaha.


I pelik tapi bagi politicians memang tak pelik mahu dipilih jadi pemimpin kerana bagi I upah berapa juta RM pun I takkan mahu jadi YB atau isteri YB. I'll be dead !!!


I pernah rapat dengan beberapa YB dan isteri YB dan I yang nak sakit/pening tengok hidup diaorang tak lekang dari rakyat yang datang mengadu itu ini dan kena sentiasa tersenyum melayan masalah orangramai. Kalau I lama dah I cabut dan pindah duduk di isolated place yang tak de sapa dapat jumpa, tapi nak buat macamana memang kerja wakil rakyat kena layan rakyat dan isteri sebagai pembantu kena juga sealiran dengan suami...ish ish memang rumit dan payah tapi tidak bagi ahli politik yang memang dilahirkan untuk jadi politicians.


Di Jordan lain sikit halnya.... kalau ada p/raya setempat biasanya pertandingan adalah diantara kabilah-kabilah di sesebuah kawasan. Akhirnya calon nya terlalu ramai. Bayangkan jika ada satu daerah ada 7 kampung dan ada 12 kabilah didalamnya( kabilah= same family name eg AlGaramseh, AlSarairah ) maka akan ada 12 calon untuk merebut kerusi di daerah tersebut. Selalunya kemenangan berpihak pada kabilah yang mempunyai paling ramai ahli kabilah nya yang boleh mengundi .Selalunya memang mereka akan mengundi kabilah masing-masing........


Tak kira di bumi mana kita berada memang pemilihan pemimpin negara tetap menjadi agenda utama yang memerlukan pengorbanan individu-individu bagi memimpin negara ke arah lebih berkualiti dan makmur.


Anybody out there yang nak jadi calon p/raya nanti ?????? ish ish ish ish........

Monday, March 12, 2007

AM I LONELY OR WHAT ???

This entry is really for me to let myself out of loneliness !!!!!

This evening I feel like putting another n3 for the day just because I'm feeling a bit lonely , the house seems very quiet, izzat is having his 1st exam and busy doing his revision and mimi doesn't play outside since all kids are having exams.. zaid had gone back to mu'tah coz tomorrow he's having a friendly badminton match in Tafileh .

Once in a while I just cannot stand feeling so lonely being apart from almost half of my family members even though I chat and talk to them almost everyday. I feel so down sometimes after talking to them especially to my two lovely grown up daughters because I can't touch them, I can't hug them, I can't kiss them and I can't pinch their cheeks. For me, talking in the phones is not talking in real sense, it lacks the facial expressions and the ummpph is not truly there even with webcam around.

My daughters are like my friends, we chat just about everything..... from fashion to entertainment to social issues and sometimes into politics.

I can't wait to meet my daughter sofea end of June when she's coming back for summer holidays but I'm gonna miss sumayyah who will only be coming back next winter since her summer holidays is too short .

NOt to mention, I'm also very much missing my dearly darling hubby but I'm still okay knowing that he's coming back here end of this month , InsyaAllah.

I MISS ALL OF YOU GUYS !!! I LOVE ALL OF YOU !!!

AL URDUN AWWALAN !!!

AL URDUN AWWALAN !! JORDAN YANG PERTAMA !!




Jika di Malaysia slogan keramat adalah MALAYSIA BOLEH. !!

Berada di Jordan slogan utamanya
AL URDUN AWWALAN !!

Al Urdun Awwalan menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada setiap rakyat Jordan bagi melipatgandakan usaha untuk meletakkan Jordan yang pertama di mata dunia.

Al Urdun Awwalan adalah juga peniup semangat patriotik setiap rakyatnya agar cintakan negara walau dalam apa situasi sekalipun..





Al Urdun Awwalan bertujuan meletakkan Jordan pertama dalam segalanya dari segi pembangunan fizikal mahupun spiritual.

Al Urdun Awwalan mahukan rakyatnya sentiasa menghargai Jordan lebih dari segala-galanya ..

Begitulah luasnya erti AL URDUN AWWALAN bagi rakyat Jordan.

Sunday, March 11, 2007

21 YEARS AGO................

SELAMAT HARI LAHIR KE 21 BUAT ANAKANDA ZAID

21+ YEARS AGO………

Mama hanya inginkan kepastian…. Pagi Isnin sebelum ke kuliah, mama singgah ke klinik universiti dengan membawa sample ‘early morning urine ‘ dan menyerahkannya kepada nurse yang bertugas. Tak sampai sepuluh minit menanti, puan doctor memanggil mama masuk ke bilik rawatan sambil berkata …”it’s positive….. Do you want to keep the baby ?” Tersentak mama dengan soalan puan doctor lantas secepat kilat mama terus menjawab,”of course, definitely I want my to keep my baby, “ mama menjawab dengan nada yang agak tinggi . Mama terasa tercabar bila soalan begitu yang ditanya oleh puan doctor. Mama faham masalah teen pregnancy dan unwanted pregnancy adalah lumrah di USA tapi mama kan dah bersuami , mestilah mama mahu mengandung dan melahirkan zuriat mama walaupun usia mama masih terlalu muda ketika itu.

Bermulalah episode suka-duka sebagai isteri dan pelajar yang mengandungkan anak yang pertama. Mama seperti opah ketika mengandung, terlalu banyak dugaan terutama bab alahan yang sampai ke tahap kronik. Mama muntah di mana sahaja yang sempat…di escalator subway, di bus-stop, di luar kelas, dalam toilet usah dikira berapa kerapnya, di rumah mama terbaring betul depan pintu toilet supaya senang merangkak ke toilet untuk mengeluarkan isi perut. Tiada apa yang boleh dijamah, mama rasa macam tak de harapan hidup.walaupun begitu mama gagahkan jugak kaki melangkah ke kelas walaupun adakalanya kepala mama terpaksa diletakkan di atas meja kerana tak mampu melihat dan mendengar apa yang diajarkan oleh pensyarah.kadangkala mama terpaksa singgah di U ayah kerana tak larat nak meneruskan perjalanan ke U mama yang agak jauh dari rumah.

Oleh kerana kos rawatan di US mahal, mama hanya terpaksa menggunakan khidmat sebuah klinik percuma yang dibiayai dan dikendalikan oleh sekumpulan NGO Yahudi iaitu Zachaeus Clinic di tengah-tengah bandaraya Washington DC yang pesakitnya kebanyakannya adalah golongan black teenagers yang mengandung anak luar nikah. Nama penyelia clinic tu Laura yang mama takkan lupakan jasanya yang banyak memberi panduan dan layanan yang amat menyentuh sanubari mama walaupun berlainan agama dan bangsa. Mama menerima rawatan daripada doctors dan midwives yang volunteers dan hanya dibuka di sebelah malam.

Mama ingat sewaktu kandungan mama berusia 6 ½ bulan mama mengalami pendarahan dan apabila kebetulan malam tu adalah appointment mama di klinik berkenaan,selespas diperiksa , Laura dengan tergesa-gesa menyuruh mama segera pergi ke hospital kerana dikatakan baby dalam kandungan mama akan dilahirkan bila-bila masa. Mama masa tu rasa takkanlah dah nak bersalin sebab baru 6 ½ bulan. Malam tu jugak mama dan ayah bergegas ke Arlington Hospital bersama abang Othman ,kawan ayah dan dari pengamatan doctor di situ peralatan di Arlington Hospital tidak mencukupi untuk pre-matured baby dan dia menyarankan agar mama ditransferkan dengan helicopter ke Georgetown U Hospital kerana ini kes yang amat emergency.



Mama menangis bukan kerana hanya kerana takut bersalin dan kehilangan bayi tapi jugak menangis mengenangkan siapa yang akan membayar kos perkhidmatan ambulance helicopter tu nanti….Lepas ayah berbincang semula dengan pihak hospital akhirnya mama di transferkan Ke Alexandria Hospital yang tak jauh dari situ dengan ambulan biasa.



Mama diberi rawatan kecemasan dan tidak dibenarkan bangun dari katil samasekali. Semuanya di atas katil…dan diberi ubat supaya kurangkan contractions dan mematangkan baby dalam kandungan. Mama diberi steroids untuk mematangkan pertumbuhan paru-paru zaid. Setelah 3 hari mama rasa ok sikit mama minta discharged dengan nasihat doctor ,” if anything goes wrong, come to the hospital immediately.”

Kelas terpaksa ditinggalkan minggu itu tapi memang mama telah buat perbincangan dengan all 4 lecturers yang mama ambil subjects for that semester, Ms Taylor, Dr Martin, Dr Linowes dan Dr Jacob. Kesemuanya memang baik dengan mama dan telah menetapkan
grades mama akan berasaskan mid-term exams dan assignment kerana zaid sepatutnya lahir penghujung may 1986 iaitu semasa peperiksaan akhir semester.

Setelah berada di rumah 2 hari tiba-tiba mama terasa seperti ada air mengalir laju dari dalam kain dan tak boleh diberhentikan dan ianya adalah air jernih. Mama terus called doctor Aminah, a Pakistani doctor yang amat baik. Dia segera mengarahkan mama datang ke hospital kerana baby boleh keluar bila-bila masa kerana water-bag dah pecah. Mama waktu tu memang agak ‘bingung’ sebab itu adalah kelahiran pertama, mana mama tau itu semua. Setiba di hospital mama dapat bertahan lagi sehingga waktu dinner dalam jam 6.30pm tiba-tiba terasa nak ke toilet terasa macam nak buang air besar. Nurse suruh mama buang je atas katil. Mama tak mengalah…,”no , no I want to go to the toilet , please ,” mama terus merayu . Akhirnya dia benarkan mama bangun ke toilet . Bila mama angkat je punggung untuk ke toilet..…voila……darah telah banyak di atas cadar katil..panik nurse tu kejap,mama tak panik. Dia cepat-cepat bagitau.”.don’t move !!” mama segera dibawa ke labour room dan tak sampai setengah jam lahirlah bayi pertama mama ……….berusia tak sampai 7 bulan dalam kandungan dengan berat 1.4 kg dan tiada isi langsung…hanya kulit berkedut-kedut yang membalut tubuh….tarikh keramat ..11 mac 1986.

Mama dan ayah bersetuju namakan bayi kami yang pertama dengan nama zaid sempena nama anak angkat Rasulullah saw, zaid bin harithah yang gugur syahid semasa peperangan mu'tah. Harapan kami agar darah pahlawan yang mengalir di dalam tubuh as syahid zaid bin harithah agar segar mengalir dalam tubuh zaid, InsyaAllah.


Mama terpaksa tinggalkan zaid di NICU ( Neonatal Intensive Care Unit ) selama 45 hari kerana zaid terpaksa diletakkan dan dirawat di dalam isolette akibat lahir tidak cukup bulan.Mama juga terpaksa mengepam susu setiap hari untuk dihantar ke hospital dan tatkala waktu menyusu terasa begitu sayu kerana zaid hanya diberi susu melalui tiub kerana usia zaid yang teramat muda masih belum upaya untuk menghisap susu dari puting susu.

Hampir setiap hari mama menangis inginkan zaid pulang ke rumah dan yang lebih menyedihkan mama tidak dapat hadir ke hospital setiap hari kerana terpaksa ke kuliah dan hospital pula agak jauh dari rumah dan mama juga tiada kenderaan pada masa itu.

Lupa mama nak bagitau mama kena buat final exam betul-betul sebab pada mulanya sepatutnya zaid lahir pada musim final exam dan markah mama macam mama bagitau bergantung pada mid-term exam tapi oleh kerana zaid lahir pada musim mid-term exam so grades mama bergantung pada final-exam pulak. Mama ke kuliah selepas seminggu di rumah dan bermakna selama 2 minggu termasuk sebelum bersalin mama terpaksa ponteng kelas. Ms Janice Taylor pensyarah mama agak terkejut melihat mama hadir ke kelas setelah seminggu bersalin, dia kata,”…it’s ok, you can rest at home,” tapi mama tak nak sebabkan kelahiran zaid pelajaran mama terganggu. Mama gagahkan jugak kaki melangkah ke kelas walaupun kadang-kadang masih terasa sakit di bahagian peranakan.

16 April…alangkah gembiranya mama apabila doctor bagitau yang mama dah boleh bawak zaid balik ke rumah kerana berat badan zaid telah pun mencecah 2.2kg dan zaid telah pandai menghisap susu dari puting botol. sebelum tu mama dan ayah diajar cara melakukan CPR sekiranya pernafasan zaid terhenti semasa di rumah. Mama jugak diwajibkan membawa zaid ke pusat terapi kanak-kanak setiap rabu bagi memastikan pertumbuhan dan perkembangan zaid tidak ketinggalan . sekiranya mama gagal berbuat demikian pihak jabatan kebajikan boleh mengambil hak penjagaan zaid dari mama dan ayah kerana zaid adalah warganegara America. So, bermulalah kehidupan mama menjaga zaid dan tidak pernah terlepas sessi terapi yang di selia oleh pakar terapi kanak-kanak .



Alhamdulillah zaid tidak jauh ketinggalan dari kanak-kanak lain yang dilahirkan cukup bulan dan apabila besar zaid adakalanya amat lebih jauh kehadapan dari rakan sebaya.Cuma satu yang mama dan sahabat-sahabat mama yang juga banyak membantu semasa di US tidak akan lupakan ialah zaid masa kecil sangat kuat menangis atau istilah manjanya, seorang yang cememeh.Kini bila mereka jumpa zaid mereka berasa macam tak percaya seorang bayi yang kuat menangis dan manja kini merupakan seorang hafiz, boleh bertutur bahasa arab dengan begitu fasih dan telah mendapat ijazah sarjana muda syariah islamiyah dalam usia yang muda kerana zaid masuk universiti semasa usia 16 tahun dan graduate seawal usia 20 tahun. Itu semua adalah dengan rahmat dari Yang Maha Esa serta berkat usaha gigih yang zaid tunjukkan yang tidak pernah mengenal penat dan jemu menuntut ilmu, Alhamdulillah.


Ketahuilah bahawa semua pengalaman mengandung , melahirkan serta mendidik zaid menjadikan kehidupan mama lebih matang dan tabah dalam menghadapi kehidupan walaupun pelbagai ranjau dan duri terpaksa ditempuhi, hanya Allah yang Maha Mengetahui Segalanya.

Sempena harijadi zaid yang ke 21 ini mama doakan agar zaid terus gagah dan tabah melangkah alam dewasa dan menjadi contoh teladan adik-adik serta rakan dan masyarakat seluruhnya , InsyaAllah. AMIN.

SELAMAT HARI LAHIR ANAKANDA KU SAYANG !!!!!!!

Friday, March 09, 2007

PETRA.....MENAKJUBKAN !!!

Sekarang orang di Malaysia ramai yang melancong sempena cuti sekolah. Oleh kerana kami di sini hanya akan bercuti panjang musim panas nanti (budak sekolah cuti hampir 3 bulan ) I nak cerita tentang cuti-cuti Jordan musim panas yang lalu.





Musim panas yang lalu kami sempat menziarahi Kota Petra buat kali ke 2. Kali pertama ketika mengikuti program Jelajah Jordan semasa winter 2006.



Kota Petra terletak 250km dari Amman merupakan kota tinggalan kerajaan Nabatean atau Al Anbad yang amat kreatif dan produktif yang tinggal di selatan Jordan 2000 tahun lampau. Mereka menguasai jalan perdagangan dan memungut hasil cukai barangan seperti rempah, sutera india, gading Afrika serta kulit haiwan.



Dari kurun ke 16 Petra tidak lagi dikenali dan sumber maklumat mengenainya tidak diketahui oleh penduduk Barat. Selama 300 tahun kota ini tersembunyi dari pengetahuan dunia sehinggalah tahun 1812 seorang pengembara orientalis switzerland Johann ludwig Burckhardt telah menemui kota ini dengan bantuan masyarakat badwi yang telah menetap di situ. Pada tahun 1924 projek pertama ahli arkeologi meneroka kota petra di bawah Arkeologi British School di Jerusalem.



Para arkeologi yakin bahwa kesan pahatan bukit di petra berupa kubur, penempatan, tempat ibadah adalah hasil kerja masyarakat Nabatean.


Namun ada yang mengatakan kota petra adalah tinggalan kaum tsamud yang kepada mereka telah diutuskan Nabi Saleh a.s. yang menurut Al Quran kaum Tsamud dikurniakan kemahiran memahat gunung untuk dijadikan istana dan penempatan mereka.


Walau apapun kebenarannya, memang kota petra sebuah kota yang amat menakjubkan bagi sesiap sahaja yang melihat. Di celah bukit ada kota yang dipahat dari bukit itu sendiri. Untuk sampai ke pintu kota kami kena berjalan kaki sejauh 1.6 k dari main entrance dan untuk menjelajah jauh ke dalam kena mengambil masa yang panjang. Perjalanan keluar biasanya pelancong akan mengupah kenderaan dari kaum badwi seperti unta, keldai dan kuda kerana pasti penat dan letih tak terhingga.


Petra adalah satu-satunya tourist spot yang paling tinggi bayaran masuk jika tidak mempunyai student/PR visa..........JD 21 = RM105 seorang . Tak sah ke Jordan kalau tak ke Kota Petra.

Thursday, March 08, 2007

Another Day, Another Celebration

Happy International Women's Day to all makcik and cik bloggers & non bloggers all around the world !!!

This morning I went to a breakfast party in the sports City , 20 minutes taxi ride from my house. This party was organized by my malaysian-married-arab friend, Lynn at her house and was only for ladies. It was such a small gathering with 9 of us all together including 6 malaysians( 3 got married to pak arabs ) , an american and two britons.

It was just a coincidence the party took place on this special day for all women in this entire world.

We had a wonderful time together....chatting and eating all morning. Lynn had prepared nasi goreng kampung , roti canai, cokodok pisang ,blueberry pie , saadah the american lady brought lemon and coffee cakes, I brought fruit cocktail caramel, badariah a malaysian lady who also married an arab brought cinnamon rolls and fatimah another malaysian brought some oranges.

What a heavy breakfast we had this morning!!


Out of 9 , 4 of us used to study and stay in the US , so we talked more about our life there and how we miss all the fun time we had long time ago . 3 of us even got married while studying in the states including me but the other two were married to jordanians and that's why they are now residing in Jordan.They could speak arabic fluently after staying here for more than 5-13 years.Their children can only speak arabic and english. They can't speak any malay...well , not in use why bother to learn, right ???

As usual we discussed some matters related to women's life nowadays and it was so unfortunate that one of the ladies told us that her husband got married to another lady back in the US and now she's such in a terrible state because she couldn't get her visa to get into the US and she's stranded here in Jordan. How sad and sorrow to hear all those heart-breaking story. I knew her husband was still in the US but the thing that I didn't know was that her hubby was married to another american which according to the american law, a man must divorce her first wife in order to marry another one.Even though according to Islam he is still her husband but what bothered me... the husband must have signed a divorce paper before he married another lady. It was so complicated but i only pray that my friend will have the authority to keep her children with her (OMG ...could it be possible coz all the kids are flying to the US next week !!)

Back to the party.....we kissed goodbye at 1pm and hope to have another party in the near future , InsyaAllah.

To all my sisters in Islam I do pray for our well-being and may the women's day bring joy into our life, InsyaAllah.


(sorry , no photos coz most of us took-off our hijabs/purdah at the party!!)

Wednesday, March 07, 2007

Street Soccer..........

My son Izzat is 13 this year and he is so crazy about soccer. He was only 4 when he was already able to recognize countries and players which competed in 1998 world cup tournament . He is the no1 Manchester United fan and he knows everything about MU . He has collected many MU items like T-shirts, key chain, muffler, pencils, pens, caps and pics of MU players. He even has an ambition to go to U of Manchester after high school, InsyaAllah.

He is not only a soccer craze but he's been into soccer since he was small and now he is a skillful player and always scores goals whenever he plays at school or at home. My house backhome has 'bigger' compound compares with other houses (mine is corner lot) which makes it a 'soccer centre' in the evening.



where's the ball ????

I remember the first evening we were here in Amman, a few arab boys came and invited Izzat to play soccer with them. Izzat was a bit shy at first but when I said go play and mix with them....what a bless for Izzat to have friends who love soccer.I thought they were playing in the field but Izzat came back telling me they were playing at an empty parking lot nearby. Then sometimes izzat and his friends play soccer at my house which has bigger area(tak besar mana pun tapi rumah lain has smaller area) .Later on I learnt that there is no soccer field in Amman and many schools do not have fields. Izzat's school only has a field made of concrete. So street soccer is common in Jordan. If you go out in the evening or at night (they play at night during spring and summer ) you can see many boys play soccer in between apartment buildings, at car parks (usually they make sure the carparks are empty ) and on the roads.

Street soccer in Jordan is coming up to be the no 1 outdoor sport . Despite the lack of sport facilities , the Faisali Club of Jordan won the arab countries champion league in 2006. The boys and Izzat are very excited when they know that the Faisaly's goalkeeper is now living behind my house but Izzat has yet to get his autograph because that goalkeeper is seldom at home.

Well, I'm glad that Izzat can still enjoy soccer even without green-trimmed-carpet like grass here in Amman ,Jordan.....( forget to mention ... with street soccer so many balls have been the victims of sharp fences....................)

Monday, March 05, 2007

Let's Go To JERASH....

Harini terasa nak imbau lawatan ke Jerash bersama sahabat yang datang ke Jordan sempena cuti sekolah November tahun lalu. Terasa baru semalam bersama kak Ana sekeluarga menyelongkar khazanah sejarah Jordan di sekitar kota Jerash .



Di sini I titipkan sedikit maklumat ringkas berkenaan kota Jerash buat ingatan bersama......






Jerash terletak 45km ke utara Amman dan merupakan salah satu daripada 'decapolis' (10 roman cities outside Rome).Ia merupakan kota tinggalan Rome terlengkap di luar Italy. Nama asalnya Gerasa dan pernah berada di bawah penaklukan Alexander The Great pada 332 sebelum masihi.



Pada 832masihi merupakan detik di mana Islam menguasai Jerash dan kegemilangannya ternyata pada zaman Umayyah. Ia terkenal sebagai lombong perak dan gangsa di samping kawasan industri pasu belanga.



Pada tahun 749 masihi , Jerash dilanda gempa bumi yang menyebabkan populasi penduduknya merudum kepada 4000 sahaja.



Pada zaman Uthmaniyyah bandar ini dipelihara dan masjid telah didirikan pada 1927 dan Jerash diletakkan menjadi sub-daerah di bawah kerajaan Jordan dengan mandat British sehinggalah kepada kemerdekaan Jordan pada 1946 yang menyaksikan Jerash menjadi sebuah tapak arkeologi utama di Jordan.

Sememangnya bumi Jordan penuh dengan beratus pusat tarikan pelancong yang menjanjikan kepuasan yang tidak terhingga terutama kepada pencinta sejarah tamadun dunia..........

Sunday, March 04, 2007

ROKOK+ASAP = ARABS


Arwah abah seorang yang sangat anti pada rokok, dia tak pernah merokok walaupun kawan-kawan di sekelilingnya merokok. My brothers(2) dan BILs(2) and my darling hubby semuanya tidak pernah merokok . Kami dari kecil telah sentiasa diingatkan agar jangan merokok dan sebab utama abah kata membakar rokok bererti membakar wang. Sebab kedua, ia tidak memberi sebarang faedah, masuk angin, keluar asap. Sebab ketiga ianya merbahayakan kesihatan bukan hanya kepada perokok tetapi pada orang yang menyedut asap rokok . So, my family setakat ni bersih dari tabiat merokok dan tradisi anti-rokok ni macam dah sebati dalam family termasuk my darling children yang amat tidak selesa jika berada berdekatan dengan perokok.

Sewaktu di Malaysia kami jarang 'menyedut' asap rokok kerana jika berjalan ke mana-mana memanglah kami menggunakan kenderaan sendiri dan public transport pun kini adalah no-smoking zone dan kebanyakan tempat/bangunan awam adalah juga kawasan larangan merokok.

Setelah berada di Amman , I dah lali degan asap rokok. Di mana-mana sahaja these arabs merokok.Rokok seolah-olah sahabat sejati rakyat Jordan yang tidak dapat dipisahkan. For them smoking 'is a must' for most men and women. yupp....you got me right...smoking is not only popular with men but women pun sama naik cuma bezanya selalunya women tidak merokok di tempat awam. Mereka merokok di dalam tandas awam, di cafetaria yang dikhaskan untuk wanita dan di majlis-majlis seperti wedding party just for ladies.

Jumaat yang baru lalu we had our weekend outing at Mukhtar Mall and semasa bawa mimi ke toilet penuh asap rokok dalam toilet sebab ada a few ladies yang tengah hisap rokok sambil sembang-sembang sampai susah I nak basuhkan tangan mimi selepas keluar tandas sebab those ladies berdiri depan sinki sebab habuk rokok dibuang ke dalam sinki.Sewaktu menghadiri sebuah party for ladies only, i terkejut bila makcik-makcik jiran arab yang nampak 'alim' dengan jubah dan purdah tapi bila mula je party....wuhhhh....siap dengan evening dress, skirts and siap offer rokok kat I and tuan rumah siap bagi piring kecik tiap sorang untuk dibubuh habuk rokok. ( sorry no photos allowed kalau party for ladies sebab those ladies pamirkan kecantikan masing-masing !! )Memang tak sangka betul diaorang tu merokok tapi selalunya bukan di tempat terbuka. Kalau di city centre boleh dilihat 'women in black' duduk di kaki lima menjual sambil menghisap rokok in public.

a woman in black selling cigarettes



Lebih parah bila bus/taxi drivers hisap rokok sedangkan tingkap kenderaan ditutup sebab sejuk(musim sejuk memang tension naik bas/taxi especially menghala ke selatan jordan ). Pernah pelajar Malaysia bergaduh dengan driver dan penumpang arab yang merokok sewaktu dalam perjalanan dari mu'tah ke Amman. Lebih pelik setiap kali penumpang naik aje taxi mulalah si driver keluarkan kotak rokok dan hisap rokok. Dulu Zaid pernah beberapa kali bagi 'lecture ' dan berbalah dengan driver taxi tentang tabiat arabs yang kuat merokok. Ada drivers yang mengiakan dan ada yang marah-marah balik. Then, one day I kata pada Zaid, cuba jangan marah (budak muda, darah panas ) , cuba request politely agar dia tak merokok sebab kata tak tahan asap dan hisaplah selepas kami dah turun nanti. you know what, It works very well. Arabs ni boleh dibawa berunding cuma yang tak tahannya produktiviti jadi menurun. Kalau naik taxi bila dia tak dapat hisap rokok, ada kalanya dia lupa jalan sebab tak dapat berfikir dengan betul. It happened 2 weeks ago on our way to the Rome Theatre, this taxi driver mula nak keluarkan rokok, bila Zaid baru nak mintak dia agar tangguhkan dulu merokok, dia kata ok..ok. Then mula dia tanya dari mana...kami jawab malaysia...tangan dia keluarkan semula kotak rokok dan bila zaid kata tadi kan dah bagitau kejap lagi baru merokok, terus dia kata..oh I forget...Lepas tu elok dari jalan dekat dia bawa taxi ikut jalan berbukit dan I bagitau Zaid yang otak dia ni dah tak berapa betul sebab tak dapat rokok...(cuma taxi fare taklah beza sangat , tak kisahlah )...pakcik driver pun akhirnya mengaku otak dia tak berfungsi tanpa rokok. Zaid tanya macamana bulan Ramadan...terus dia diam tak menjawab ( oh boy... ramai yang tak pose ramadan kat sini tau!!). Di bulan Ramadan I pernah cerita dalam n3 yang dulu-dulu macamana arabs bila time buka pose,.... makan kurma , minum air dan terus hisap rokok dulu (kadang-kadang 2 batang sekaligus ) baru jamah makanan. Yang gelihati tu siap ada yang 'baik hati ' tolong nyalakan rokok untuk perokok yang terkial-kial cari lighter/mancis.

Semasa mengikuti Jelajah Syria awal bulan lalu pakcik driver coaster yang disewa non-stop smoking the whole journey . Girls yang ikut sama dah komplen tak tahan asap rokok sebab nak buka tingkap amat sejuk waktu tu tak dibuka pening bau asap rokok satu bas. Bila zaid minta pakcik tu agar jangan selalu sangat merokok semasa memandu, awal-awal pakcik tu cakap bab merokok memang dia tak boleh kompromi sebab tanpa rokok dia akan buntu and dia hisap rokok 3 kotak sehari....bila dia hisap aje rokok kami buka-buka jugak tingkap bas dan terpaksa tahan angin sejuk dari luar.

Pernah sekali tu kami di Queen Alia International Airport ada this guy hisap rokok betul-betul bawah sign-board no smoking dan disamping berulang kali pengumuman dibuat tentang larangan merokok di kawasan airport..nobody seems to care....

Kebanyakan arab mula merokok di usia yang amat muda ...9 tahun pun dah ada yang merokok. Pernah mimi pergi bermain di rumah jiran I bila balik rumah habis baju dia semua bau rokok..rupanya semua keluarga jiran I tu hisap rokok termasuklah emak ,kakak, abang dan yang memeranjatkan I bila mimi bagitau this 9 year-old -girl pun merokok depan emak dan bapak dia. Lepas insiden tu I tak bagi mimi main dalam( di luar tak pe ) rumah jiran tu lagi takut silap-silap dia bagi rokok kat mimi.

Well, smoking walaupun semua tahu ianya merbahayakan kesihatan dan ada di kalangan ulama mengatakan ianya perbuatan makruh /haram, namun ianya sudah menjadi lumrah dalam kehidupan. Tiada siapa dapat menyekat kehendak manusia ....Wallahualam ......

Friday, March 02, 2007

Shopping & Goodbye


Friday morning.....weekend....masih sejuk walaupun dah masuk Mac...semalam Zaid dan Gmin kawan baik dia balik Mu'tah nak bid farewell pada kawan-kawan yang dah habis belajar yang akan pulang ke malaysia this saturday. So, kat rumah tak de tetamu(minggu ni tak henti kawan-kawan zaid datang tumpang rumah sebab ramai yang buat last minute shopping untuk family di malaysia.) So malam tadi kira nya tinggal 3 beranak je. Apalagi bawak tilam ke ruang tamu depan TV....cadang nak tengok movie' ' nature of forces/forces of nature' , tak sure tajuknya, lakonan sandra bullock tapi tak dan apa dah terlena...hari ni ada ulangan cadang nak tengok, I like sandra bullock .

I terasa 'sunyi dan kehilangan' bila setiap kali kawan-kawan zaid yang selalu singgah di rumah pulang for good ke tanahair. Rasa macam anak sendiri sebab umur pun tak jauh beza dengan anak-anak I. This Saturday 5 more students akan pulang ke Malaysia and three of them baik dan rapat dengan I including a singaporean boy. Goodbye dear sons....wish all of you the best of luck..........InsyaAllah jumpa di Malaysia.

Izzat di Al Bakry Perfume ,City Centre.


Dua hari lepas I tolong kawan zaid ,SN shopping di city centre. Dia naik buntu taktau apa yang nak dibeli for souvenirs...yelah budak lelaki dan his mother pesan suruh belikan kain ela jika ada untuk semua ahli keluarga dan saudara mara. Kebetulan malam tu dia nak tumpang tido di rumah dan dia rasa lega sangat I dapat ke bandar. I pun bukan pandai sangat tapi oklah sebab mak dia dah pesan beli kain ela I pun bawak dia ke kedai kain ela dan tunjukkan yang mana sesuai untuk org tua/muda. Bab harga and tawar menawar kenalah buat sendiri, I tak pandai...Then habis urusan kain dia pening lagi apa yang nak dibeli untuk yang lelaki. I kata nak senang dan ringan dibawa, beli minyak wangi/atar . Kami ke kedai Al Bakry Perfume depan rome theatre. I biasa beli kat kedai ni dan harga pun ok. Wangian pun boleh pilih dari beratus jenis wangian. Banyaklah jugak SN memborong minyak wangi dekat Al Bakry ni. Selesailah bab shopping ni sebab sebelum ni dia dah membeli-belah di Syria yang jauh lebih murah berbanding Jordan.

Lelaki di mana sahaja ....


Shopping untuk wanita mudah asalkan barang yang boleh dipakai untuk diri sendiri atau untuk perhiasan rumah tapi untuk lelaki memang merumitkan. Yang hairan kalau kat amman ni yang ramai keluar bershopping adalah lelaki, entahlah mungkin ramai lelaki masih bujang sebab kos perkahwinan terlalu tinggi..... mungkin kaum wanita yang dah berkahwin payah nak keluar dengan anak-anak...... mungkin suami arab ni rajin bershopping bagi pihak isteri nak elakkan 'pergaulan' lelaki/wanita di tempat awam (aib)...masih mencari jawapan. Mula-mula dulu pernah I keluar dengan sumayyah ke bandar hari Jumaat, memang kat bandar tu penuh dengan lelaki dan pernah hanya kami berdua aje perempuan yang lalu di sebuag lorong jualan kain/baju....cepat-cepat kami jalan sebab rasa macam bersalah je lalu depan semua kaum lelaki.


Well, ingat hari ni nak ke Mukhtar Mall nak bawa Izzat and Mimi jalan-jalan/main-main/ makan-makan sempena hujung minggu.


Have a nice weekend !!!!!!!

Thursday, March 01, 2007

Kecoh Kematian Kabel............

" Macamana ni ustaz? Apa kita nak buat dengan mayat ni ??, " Pok Kareng bapa saudara Kabel panik ketika melihat keadaan mayat Kabel yang amat ngeri.

Bagaimana ini boleh terjadi pada anak saudara kesayangannya ? Urusan memandikan jenazah terhenti seketika kerana ustaz Umar bingung bagaimana kejadian ini boleh berlaku di hadapan matanya sendiri.Baru tak sampai 24 jam mayat Kabel didapati berubah menjadi sebegitu ngeri...biji mata kanannya hampir tersembur keluar dan mata kirinya tenggelam lopong berlubang, perutnya pecah hancur dek kerana hentaman kuat dari lori tangki yang merempuh motorsikalnya tengah malam Rabu baru ni yang juga mengakibatkan sahabat karib Kabel, Sariq(dalam bahasa arab bermakna pencuri ) mengalami patah kaki dan masih dirawat di hospital .Yang terlalu menghairankan Pok Kareng dan ustaz Umar bagaimana usus Kabel boleh bertukar menjadi seperti wayar kabel eletrik yang berpintal-pintal dan ususnya yang asal ghaib begitu saja.Perlukah dimandikan usus Kabel yang sama macam kabel eletrik ataupun perlu dipotong sahaja kabel yang berpintal dan meninggalkan Kabel dikebumikan tanpa usus yang sepatutnya masih wujud walaupun keadaannya hancur .

Akhirnya keputusan dibuat iaitu memotong kabel elektrik dan membiarkan perut Kabel kosong tanpa usus......selesailah urusan memandikan dan menyembahyangkan jenazah . Ketika pemuda-pemuda kampung ingin mengangkat keranda Kabel untuk diusung ke tanah perkuburan tiba-tiba keadaan menjadi kecoh.....

"Adoiiiiiiiiii !! Tolong !! Tolong akuuuuuuuu!! OOOiiii sakittttttttttt !! , " kesemua lapan pemuda yang mengusung keranda menjerit kesakitan dan menggelupur jatuh ke tanah dan secara automatik keranda Kabel pun ikut sama jatuh dengan mayat Kabel terpelanting ke dalam lopak air yang berada betul-betul di hadapan rumah akibat hujan seketika tadi. Masing-masing menjerit dan menyatakan semuanya terkena kejutan elektrik sejurus keranda di angkat , sebab itulah mereka melolong kesakitan.Orangramai kecoh dan terpinga-pinga melihat senario yang belum pernah terjadi di mana-mana. Baru sahaja orangramai ingin mengangkat mayat Kabel yang kini dipenuhi lecah serta lumpur , keadaan menjadi semakin gamat kerana tiba-tiba kabel elektrik keluar dari dalam kain kafan dan menjerut tangan dan badan setiap lelaki yang membantu mengangkat mayat Kabel dari lopak air.

Melihat keadaan makin tidak terkawal pasukan polis dan paramedic dipanggil datang membantu.

Setengah jam kemudian............Suasana kembali tenang dan selesai sudah upacara pengkebumian mayat Kabel. (macamana boleh selesai...fikir sendiri !!!!)

Masing-masing tertanya-tanya apakah yang menyebabkan insiden yang pelik sebegitu boleh berlaku di hari pengurusan mayat Kabel?????

Ustaz Umar melangkah lesu menuju wad lelaki di hospital untuk menemui Sariq , rakan baik Kabel yang bernasib baik kerana tidak menemui ajal ketika kemalangan berlaku. Tujuan ustaz Umar berjumpa Sariq adalah untuk mendapatkan sedikit maklumat tentang diri Kabel yang mengakibatkan kecoh serta bingung seluruh warga kampung memikirkan semua kejadian yang berlaku siang tadi.

Setengah jam kemudian.........tahulah kini ustaz umar kenapa dan mengapa kejadian pelik lagi luar biasa sebegitu boleh berlaku. Begini ceritanya....(baru nak start..kalau boring bye-bye...... )

Sariq menceritakan pada malam kejadian Kabel seperti biasa telah membuat rancangan untuk mencuri di sebuah rumah yang diperhatikannya telah lama tiada penghuni dan dia dapat tahu penghuni rumah tersebut telah berpindah ke Jordan .Lokasinya amat mudah, walaupun di tepi jalan tapi oleh kerana rumah tersebut adalah lot penjuru dan rumah yang lain agak jauh sedikit membuatkan urusan mencuri menjadi lebih mudah. Sariq tidak ingat jam berapa mereka ke sana tapi selepas jam 12 tengah malam. Kabel meletakkan kerusi kecil yang dibawa di luar tingkap bilik dan mula mengopak grille tingkap rumah berkenaan. Rancangan mereka pada malam tu ialah mencuri kabel elektrik yang boleh dijual timahnya dan itulah pendapatan mereka berdua semenjak 3 tahun lalu. Apabila mereka masuk ke bilik tersebut, mereka mula memotong 'casing' kabel dan menarik kabel dari dalam bilik .Mereka kurang bernasib baik kerana pintu bilik itu dikunci dari ruang tamu di luar . Ini bermakna mereka 'terkunci' di dalam . Sambil Sariq menarik isi casing , Kabel pula mula membuka dan menyelongkar laci dressing table untuk mencari jika ada barang berharga tetapi hampa. Tiba-tiba matanya tertumpu kepada sebuah frame gambar yang disimpan di dalam drawer dan terus dia mengarahkan sariq agar jangan curi lagi kabel di rumah tu. Sariq hairan, tadi Kable yang beria-ia nak mencuri keseluruhan kabel di situ , ini dia pulak yang menyuruhnya berhenti....

Rupa-rupanya Kabel ternampak wajah perempuan yang di dalam frame gambar itu adalah gambar makcik yang pernah membantu nya ketika lehernya terjerut oleh kabel elektrik ketika terjatuh dari motorsikalnya setelah terlanggar babi hutan yang melintas sekembalinya dari kerja mencuri kabel. Kejadian ini berlaku 2 tahun lalu dan memang Kabel masih ingat benar wajah makcik yang baik hati membantunya dulu.Dia rasa bersalah untuk mencuri tapi sariq mahu jugak hasil curian mereka malam tu walaupun sedikit. Kabel terpaksa mengalah dan mereka dapat juga kabel walaupun bukan semuanya.

Menurut Sariq, Kabel menunggang motorsikal seperti orang khayal dan semasa melintas di traffic light di tengah-tengah bandar , Kabel terus memecut tanpa menyedari lampu isyarat berwarna merah....Apalagi mereka dirempuh oleh lori tangki minyak petronas .Sariq bernasib baik kerana dia hanya terpelanting di atas divider yang beralaskan rumput walaupun dia pengsan selepas itu.

Sariq rasa amat bersalah dan berjanji di hadapan ustaz umar yang tidak akan mencuri lagi dan biarlah kisah Kabel menjadi pengajaran dan kenangan dalam sejarah kehidupannya di dunia. Dia benar-benar bertaubat.

Persoalannya...Adakah Ustaz Umar akan melaporkan kepada pihak polis apa yang didengarnya ( Sariq bersalah mencuri )atau membiarkan sariq kerana dia telah pun insaf ?? Ustaz Umar jadi serba salah dan kasihan juga pada tuan rumah yang kabelnya dicuri walaupun sedikit..perlukah dia memberitahu tuan rumah yang tinggal jauh beribu batu dari tanahair ??? Ustaz Umar masih mencari jawapan............THE END.


*********************************************************************************

Cerita di atas adalah rekaan semata-mata . Nak lepaskan rasa tak puas hati kepada semua pencuri kabel dan memang kabel elektrik di rumah I telah dipotong dan dicuri..kerja-kerja membuat wiring baru sedang dalam proses..........

Jutaan terimakasih kepada semua sahabat di alam realiti (backhome ) / cyber ( bloggers ) yang bersimpati dengan apa yang berlaku.