Yesterday was Mother’s Day in Jordan and my sons zaid and izzat bought me a set of food warmer as their Mother’s Day gift to me..THANK YOU MY DEAR SONs ....
Happy Mother's Day !!!The food warmer for me from my sons.
***********************************************
Semalam busy sikit mengemas rumah dan bilik tidur tetamu to welcome ibu asma ( rakan blogger I di Irbid, Jordan ) yang berkunjung ke Jordan kerana ada Computer Science Conference bersama beberapa pensyarah dari beberapa IPTA dari Malaysia di sini. Semalam adalah hari terakhir conference dan asma kebetulan masih ada kelas yang perlu dihadiri sehingga hari ini (she’s studying medicine at Jordan U of Sci & Tech di Irbid ,80km from Amman. ). So,dia minta tolong I bawa mak dia ronda-ronda Amman sehingga petang tadi dan asma akan ke rumah I and jemput her mother to her house in Irbid. Lecturers yang lain ada yang dah berlepas pulang ke tanahair dan ada ambik cuti lama sikit untuk ronda Jordan. Her mother pun akan stay here until end of the month to spend sometime with asma , InsyaAllah.
So, after maghrib semalam I jemput mak asma di Hotel Palmyra 7 minutes by taxi from my house.
“ I Sarinah, “ I perkenalkan diri.“ I Nurazzah , “ tetamu I perkenalkan dirinya.“ Rasa macam pernah jumpa, anak I asma kata you dulu belajar di US, you kat mana ? “ Nur bertanya pada I.“ I kat DC batch SPM 82, “ I balas semula.“ I dulu kat Columbus, Ohio dan pernah pergi DC tahun 84 dan rasa pernah jumpa you , “ Nur kata lagi.“ Dulu biasa kalau girls datang DC memang tido rumah we all ( me and 4 others ) kat River Place kan?…I ingat memang you ada datang rumah I , “ I dah mula rasa syok sangat dapat jumpa member lama.
“ Ha ah lah Ina I tido kat River Place…” Nur pun excited bila dapat tahu yang memang we all pernah berjumpa dulu…….23 YEARS AGO…JEJAK KASIH diteruskan setibanya Nur kat rumah I dan sambil makan kami mengenang pertemuan lampau dan sekali-sekala ketawa gembira mengingatkan peristiwa manis semasa bersama dulu. Nur juga kahwin semasa belajar dan asma di JUST adalah anak kelahiran bumi America juga dan kini Nur punya 8 anak dan dia bertugas sebagai pensyarah Computer Science di UITM Shah Alam. So, last night Nur tidur di rumah I.
Pagi tadi I bawa Nur berjalan di sekitar Amman termasuk Rom Teater, Umayyad Palace)Jabal Qalaah, Ashabul Kahfi, Al Bakry Perfume dan shopping cenderahati di city centre. Sambil jalan sambil bersembang kisah lama...
Ashabul Kahfi..... Kisah 7 pemuda ditidurkan beratus tahun demi tauhid.....
Souvenirs..........
Petang tadi lepas asar asma dan kawan-kawannya datang menjemput Nur dan meneruskan perjalanan ke selatan Jordan dan akan bermalam di Petra malam ini dan esok akan ke Wadi Rum, Petra dan Aqabah sebelum kembali ke Irbid Sabtu nanti.
Walaupun pernah bertemu asma semasa rombongan Jelajah Jordan 2006 namun dek kerana terlalu rami peserta rombongan menyebabkan I tak berapa ingat yang mana satu asma. So, kiranya pertemuan petang tadi adalah pertemuan’ pertama ‘ antara I dan asma, rakan blogger yang kini bertemu di alam reliti bakan di cyberspace. Kalau rakan bloggers berjumpa sesama bloggers, I pun dah merasa berjumpa seorang dari rakan bloggers walaupun dia bukan di kalangan makcik bloggers tapi rakan tetap rakan and I even love her more since she’s like my daughter and she stays close to me…. NICE MEETING YOU ASMA DEAR !!
Pertemuan ...Asma tudung pink, Nur kiri sekali, Sarinah tudung hitam..dua lagi sahabat asma...
Perpisahan lepas maghrib tadi walaupun membawa kesedihan dalam hati namun terasa amat bertuah dapat berjumpa kembali kawan lama yang telah tidak bertemu selama 23 tahun lamanya . Sesuatu yang tidak disangka pertemuan ini tercetus dari ikatan ‘rakan blogger ‘ ( asma yang biasa tinggalkan komen di my blog ) yang beria menyuruh ibunya bertemu dengan I dan satu yang tidak akan dilupakan pertemuan berlaku bukan di bumi sendiri tetapi jauh di bumi anbiya…syahdunya dan cantiknya perancangan Yang Maha Esa…..
Betapa kehidupan memisahkan ikatan persahabatan dan kehidupan jua yang mengikat kembali hubungan silaturahim sesama insan……INDAHNYA JEJAK KASIH .....