BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 27, 2007

PANTUN KENANGAN...........

Ahlan Wa Sahlan.... Selamat Datang,
Bumi Jordan menggamit diri,
Hampir 2 tahun kami bertandang,
Tiba masa kami minta diri.


Mula-mula tiba van tersilap jalan ,
Perasaan tak syok terdetik di hati,
Takkan ini kawasan kediaman,
Sesak, kalut, bukit macamana ni ???


Zaid dipesan cari rumah di kawasan sunyi,
Dah ' tua' ni tak nak tempat sesak,
Alhamdulillah , rumah dicari ada privacy,
Lega rasanya tak perlu berasak-asak.


Masa tiba jetlag nak tidor cepat je,
Winter pulak pukul 6 dah gelap gelita,
Tidur pukul 6 pukul 3 dah jaga,
Kesian Zaid bercakap sorang-sorang je.


Jiran bertandang ucap ahlan wa sahlan,
Ummu Muaz dan rakan-rakan baik belaka,
Tak sangka dapat juga berkenal-kenalan,
Berlainan bahasa bukan penghalangnya.


Di sini bermula segala-galanya,
Naik coaster ke mana sahaja,
Bila dah penat dan jemu rasanya,
Taxi pulak menjadi kenderaannya.


Taxi pulak banyak ragamnya,
Tingkap bertutup heater terpasang,
Driver nak juga hisap rokoknya,
Mulalah Zaid ready nak 'berperang'.


Balad , Masjid Hussein sibuk kelilingnya,
Tempat lawatan setiap masa,
Malizia, malizia.. tak jemu kami dipanggilnya,
Dua gerai jus berebut customer.


Mat'am Cairo , gerai 10 kurusy wajib dilawati,
Setiap kali kami tak lepas peluang ini,
Kalau rajin ke gerai air tebu kami susuri,
Kacang soya, cili kering tak lupa dibeli.


Zaid dan Izzat solat Jumaat,
Berlapik kotak 5 sen sekeping,
Tapi Pak Arab ramai ponteng solat,
Buat muka seposen jalan sekeliling.


Women in black menjual rokok,
Loteri dijual merata-rata ,
Berjubah berserban semuanya merokok,
Penjual loteri tak juga kaya.


Ramadan dirai ceria sekali,
Macam pesta malam tak pernah sunyi,
Terasa terharu dalam hati,
Di Malaysia tidak seriang begini.


Syawal juga meriah dirai,
Kanak-kanak ramai bertandang ke mari,
Duit raya juga siap diberi,
Handbag masing-masing siap dipenuhi.


Musim panas musim party,
Graduation, kahwin semuanya masa ni,
Berdentum berdentam percikan bunga api,
Sampai tak hairan sebab dah lali.


Orang Amman moden belaka,
Anak muda berfesyen semua,
Pakai baju tak kira cap apa,
Adibas, Levi,s , Neki .. tak sape herannya.


Wanitanya pula cantik tak terkata,
Salon kecantikan bersepah merata,
Bulu kening habis licin di'siat'nya,
Silap-silap senget jadinya.


Abdoun tempat tinggal si kaya,
5/6 buah kereta tersadai depan rumah,
Senang lenang mewah segala,
Mecca Mall khas shopping buat merekalah.


Lihat pelarian di kem baqa'ah,
Rumah tidak macam rumah,
Atap sekerat lantai tanah,
Kesian nasib belum berubah.


Kini tiba kami mengundur diri,
Walaupun banyak lagi yang ingin diingati,
Jordan, terimakasih daun keladi,
Ada masa kami berkunjung lagi.


nukilan: Sarinah Abdul Aziz

14 comments:

Anonymous said...

Ni sure perasaan bercampur-campur ni... macam rojak mamak, haha..

Sedih ada, gembira pun ada:)

Unknown said...

Adoiii... panjangnya pantunnn....

Tinggallah kenangan,
Tinggallah sayang,
Apa lagi ek? (Garu2 kepala nak sambung :D )

Pi Bani said...

Sah! Ni mesti kes dah excited nak balik Malaysia tapi berat nak tinggalkan Jordan.

Kan? Kan?

mommy said...

walaupun hanya setahun di sana,
tapi namamu terpahat di kalbu..
akan kuingat arab dan ragamnya..
OH JORDAN I LOVE U!!!

Kak Elle said...

alahai cantik nya pantun ni .... hati bergelora ya rina?

Anonymous said...

hazia,

dah lebih dari rojak mama perasaan akak..... taktau macamana kat epot, mau banjir kot :(


++++++++++++++++


zalisa maz,

Tinggallah kenangan,
Tinggallah sayang,
Bye bye Amman,
Hi Hi Kemamang.....

amacam jadi tak?

Anonymous said...

Pi Bani,

Ye ye betul tu !!

Tak sabar nak terbang bersama kenangan.....



++++++++++++


princess,

ragam arab yang jadi bahan coretan, umpatan, kajian, kejian....eeiii banyaknya dosa mengata arab... kritik membina... hehehe.

Anonymous said...

kak elle,


pantun katun je kak elle.... saja buat seloka memadam rasa sayu di hati.....

Unknown said...

hai rina dan family
bila terdengar pengumuman nanti
"warga negara malaysia di ucapkan selamat pulang"
hah, seronok dgr, bulu roma meremang!

kita merantau mencari rezki
tak sama hujan batu di negeri sendiri
saya ucapkan, perjalanan yang selamat
semoga murah rezki, panjang umur dan sihat2.

:)

idham

Anonymous said...

idham,

Terimakasih daun keladi,
Ada rezeki mungkin kami ke middle east lagi,
Semuanya belum pasti,
Kalau dapat nak duduk lagi ...:)

Selamat bermastautin di Dubai... Burj al Arab... bila agaknya dapat singgah..salam buat kak Lil n family !!

Anonymous said...

salam makcik..
sy pun banyak kenangan bersama makcik sekeluarga di jordan..kenangan2 ini akan terus diingati sampai bila2..

blackpurple @ jowopinter said...

Menarik puisi kak LUJ itu. Ada cerita. Berjiwa.

Lepas ini masih pakai nama 'Loveujordan' lagi ke? :D

Salam Dari Dimasyq said...

naik basikal bawa guni,
singgah sekejap minum tamar hindi,
loveujordan tetap dihati ini,
semoga kite berjumpe lg..

timba ilmu dinegara orang,
ape yg elok kite sebarkan,
salah dan silap harap dimaafkan,
anak murid dgn teacher memang byk kesalahan..

10 jari tangan disusun rapi,
cuma tak termasuk jari kaki je lagi,
gurauan terakhir dari mizi disni,
jumpe mizi dibukit mentok nanti..

mizi nak mintak ampun dan maaf byk2 dgn teacher klu ada salah silap mz yg xdpt teacher terima,mz harap teacher dpt memaafkan mz..semoga kite berjumpe lg di kemaman nanti..i`allah..

Salam Dari Dimasyq said...

dan halalkan makan minum mz sepanjang mz di umah teacher hr tu..klu ada terkasar bahasa tersasur bicara..harap dimaafkan..xsempat nk bg cenderatangan untuk teacher bwak pulang..i` allah ada rezeki mz akan kirim kan cendera tgn dr mizi syria..semoga teacher sekelurga selamat tiba di tanah air tercinta..i`allah..